Sejarah penubuhan Facebook telah bermula sejak dari tahun 2004. Pada waktu itu, Facebook beroperasi secara persendirian dan dimiliki sepenuhnya oleh Facebook, Inc. Bagi yang dah lama berkenalan dengan facebook, dan yang dah lama menjadi pengguna facebook, pasti banyak perubahan yang ketara yang dah dirasai oleh pengguna sekalian.

sumber gambar : mujahideen-islam.blogspot.com
Mengikut sumber dari wikipedia, setakat July 2010 ini, pengguna facebook yang aktif adalah seramai 500 juta diseluruh dunia. Ini bersamaan dengan kira-kira 0.083% dari penduduk dunia.
Tapi sejak facebook mula jadi semakin popular di Malaysia, macam-macam benda tak baik mula dilaporkan oleh media yang melibatkan pengguna akaun Facebook. Memang dah jadi lumrah alam, benda yang baik macam mana sekalipun, bila disalahgunakan, pasti akan mengakibatkan bencana.
Medium Penyebar Fitnah
Walaupun bukan berlaku setiap masa, tapi ia berlaku sekali-sekala. Punca mudah je.. I don’t like you.
Maksud ayat surah al-baqarah ayat 191,
Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh
Justeru, sekiranya korang adalah beragama Islam, pastikan dalam apa keadaan sekalipun, jauhkan aktiviti fitnah memfitnah dalam facebook korang. Tak selamat dunia dan akhirat.
Akta Fitnah 1975
Akta ini bertujuan menerangkan kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai memfitnah dengan kenyataan dibuat bertujuan memperkecilkan seseorang dalam jawatannya, profesionnya, pekerjaannya, dagangan atau perniagaan.
Kenyataan palsu memburukkan reputasi seseorang dengan mendedahkannya kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan adalah fitnah.
Dalam kes Sim lwn Stretch (1936) 2 ALL ER 1237, mahkamah di England memutuskan fitnah adalah penerbitan kenyataan yang menunjukkan reputasi seseorang dan kecenderungan merendahkan seseorang dalam penilaian masyarakat yang berfikiran waras amnya, atau membuat mereka menjauhi atau mengelaknya.
sumber : http://mamatcyber.blogsome.com
Sekiranya korang disabitkan kesalahan, korang boleh dikenakan hukuman mengikut apa yang telah diperuntukkan dalam akta tersebut.
Penyebaran Video, Photo, dan Hasil Seni Yang Dilindungi
Ini pastinya kerap berlaku dekat facebook. Kadang-kadang kita tak perasan, yang gambar yang kita upload atau video yang kita share, sebenarnya ada hak milik eksklusif mana-mana individu. Sekiranya kita terus menyebarkan hasil seni tersebut, kita akan dikira telah melanggar akta yang telah diperuntukkan untuk melindungi hasil-hasil seni tersebut.
Akta Hak Cipta 1987
Akta ini bertujuan melindungi hasil literari, hasil drama, filem, hasil muzik dan hasil kesenian. Penerbit, pengarang, atau pencipta mana-mana hasil itu mempunyai hak eksklusif mengawal penerbitan, pengedaran, penyiaran dan sebagainya dalam apa juga bentuk termasuk di internet.
Pengecualian diberikan kepada penyelidikan tanpa keuntungan, pengajian dan kritikan peribadi, ulasan atau laporan peristiwa terkini. Bagaimanapun, penghargaan terhadap hasil kerja pengarang atau pencipta perlu dinyatakan.
Seksyen 4(3) akta ini turut membabitkan program komputer, foto dan filem, penyiaran rakaman bunyi, objek, simbol dan sebagainya. Seksyen 7(2) akta itu menerangkan bahawa karya dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya itu dihasilkan.
sumber : http://mamatcyber.blogsome.com
Penghasut Yang Berjaya
Facebook tak terkecuali daripada digunakan untuk menjadi satu medium menyebarkan artikel, kata-kata mahupun ucapan-ucapan yang berbaur hasutan. Hasutan dilakukan atas sebab-sebab tertentu dan atas kepentingan-kepentingan individu.
Akta Hasutan 1948
Seksyen 2 akta itu mengatakan setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.
Dalam kes Pendakwa Raya lwn Param Cumarasamy [1986] 1 MLJ 518, mahkamah memutuskan adalah dikira menghasut sekiranya menimbulkan kebencian, menghina atau merangsang ketidakpuasan hati terhadap mana-mana pemerintah atau kerajaan. Keadaan yang boleh menyebabkan ketidaksetiaan, permusuhan dan menghina keadilan dalam negara juga satu bentuk hasutan.
Mahkamah memutuskan dalam kes Melan Abdullah lwn pendakwa raya [1971] 2 MLJ 280, bahawa kecenderungan menghasut apabila menyoal peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 yang berkaitan bahasa, kerakyatan, keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak serta kedaulatan pemerintah.
sumber : http://mamatcyber.blogsome.com
Sebagai penutup, sekiranya korang terdedah atau pernah menjadi sebahagian daripada individu-individu yang pernah melakukan kesalahan-kesalahan seperti di atas, maka, dinasihatkan supaya korang padamkan mana-mana bahagian yang dipercayai boleh mengakibatkan korang didakwa dimahkamah dengan segera. Artikel atau kata-kata dalam wall post wajib korang erase dengan segera sebelum ia dijadikan bahan bukti untuk mengheret korang ke mahkamah.
Akhir kata, nasihat ini jugak terpakai untuk penulis blog ini, dan semoga ia berguna kepada pembaca blog sekalian.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 3% [?]

Nasihat yang berguna…
iza baru-baru ni tulis pasal..Burung Sintar Sintaq
Terima kasih datang singgah
erm…manusia,bukan mudah nak dikawal walaupon keluarkan mcm-mcm akta..
cyberboy baru-baru ni tulis pasal..Macam Mana Saya Dapat kenal Nuffnang Gara-Gara Myspacetunai mangkok
Asalkan kita beringat ok la.. akta tu kan cuma untuk mengawal manusia supaya jangan jadi terlalu melampau
Sebenarnya ramai yang terlepas pandang perkara-perkara macam ni dan ada juga yang menganggap ini perkara remeh.
Sama la dengan yang menulisnye ni haha.. tapi since dah tau ada akta yang macam ni.. dah jadi slow sikit la.. tak mau lebih-lebih dalam berfacebook. Takut terlanggar peraturan
ayie.. kirenye salah la kan pasal org yg kutuk2 drr ng ac mizal sume tu kan.. kire hasut jugak tu kan? *just curious
ecah baru-baru ni tulis pasal..29November2010- P
Mungkin jugak hhhe buat pa la buang masa nak kutuk orang, kutuk diri sendiri kan lagi baik. Pastu buat correction kat diri sendiri. Kalau ikut by definition, nampak macam menghasut la. Itu pun kalau AC nak bawak kes ni la. Kalau tak, lepas macam tu je la