Facebook bukan sahaja digunakan untuk bersosial, malah ada juga pengguna facebook yang menggunakan facebook untuk meluaskan jaringan perniagaan, dan ada jugak yang menggunakannya untuk berjinak-jinak dengan perniagaan.
Ramai yang menyangka, berniaga menggunakan facebook adalah sangat mudah. Memang tak dinafikan, facebook adalah antara laman sosial yang paling banyak mendapat pengunjung. Bila ada ramai pengunjung, maka mudahlah untuk mendapat pembeli. Ye ke?
Aku tertarik dengan kata-kata seorang internet marketer, katanya, orang menggunakan facebook adalah untuk bersosial, bukan untuk membeli apa yang kamu ada di stor simpanan kamu.
Maknanya, untuk menghasilkan jualan difacebook bukanlah mudah. It’s because facebook is not a marketplace. People tends to go to ebay, amazon or maybe mudah.my to make purchases. Tapi ini tak bermakna tak ada orang berjaya menjadi penjual yang berjaya di facebook.

sumber gambar: remajablogger.com
Mulakan Dengan Bersosial
Kebanyakkan orang berjaya menjadi penjual di facebook bermula dengan bersosial di facebook. Get to know some friends, ambil tahu apa yang mereka minat, apa yang mereka tak suka, dan apa yang mungkin mereka perlukan. Selepas dah tahu kesemua ni, baru lah mereka memperkenalkan produk mereka.
Sebagai contoh, sekiranya kamu menjual tudung di facebook, amat jarang sekali untuk berjaya menjual tudung kepada individu yang kamu belum kenal atau yang baru kenal. Biasanya, kalau ada yang beli pun adalah kawan-kawan terdekat sahaja. Tag lah gambar tudung tersebut kepada seberapa banyak facebook user yang kamu suka, kesudahanannya, bukannya kamu akan dapat pembeli, malah mungkin akan dapat maki . Orang bukan suka sangat kena tag dengan gambar yang tak ada kena mengena dengan dirinya.
Dalam satu ebook berjudul Facebooking Craze For Internet Marketers, ada membincangkan 5 perkara yang sepatutnya kita elakkan dalam mempromosikan bisnes kita di facebook. Antaranya ialah
Jangan Spam
Perbuatan spam bukan sahaja boleh membuatkan kamu hilang kredibiliti dan kepercayaan antara pengguna facebook, malah kamu juga berpotensi untuk dibanned daripada menggunakan facebook.
Sekiranya kamu tidak pasti, sila lihat dibahagian terms and condition untuk mengenalpasti tindakan yang bagaimana yang boleh menyebabkan akaun facebook di banned.
Jangan Post di Wall orang lain hanya semata-mata ingin menyebarkan link
Tindakan seperti ini akan menyebabkan kamu kelihatan sebagai seorang yang desperate. Terdesak nak menghasilkan jualan, dan secara tak langsung ia juga menunjukkan yang produk atau bisnes kamu tak bagus sehingga lamu sanggup bertindak sedemikian rupa.
Jangan Terlalu Kelihatan Personal
Profile facebook kamu tak sepatutnya dipenuhi oleh gambar-gambar yang bersifat personal, seperti gambar dating, rekreasi, dan gambar-gambar majlis khas. Ini hanya akan mengganggu perhatian pengguna facebook lain.Sepatutnya perhatian mereka patut difokuskan kepada perniagaan yang sedang kamu jalankan.
Kebiasaannya, orang akan buat satu facebook khas untuk tujuan bisnes.
Facebook Application
Seriously, facebook apps hanya akan melambatkan loading page facebook kamu. Selain itu, ia jugak menggangu fokus orang yang melihat page kamu.
Perang Facebook
Ini buang masa. Ada masa kita tak suka dengan pengguna facebook lain, kita pun sibuk tulis dekat wall kita pasal dia. Mana-mana pengguna facebook yang kita tak suka, lebih baik kita block sahaja pengguna facebook tesebut. Habis cerita.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 3% [?]

tips yang menarik.. elok juga ni dicuba..
cuma masalah aku bab bersosial tu.. tak berapa pandai nak bersosial..
Encik Kulanz mesti ada cara tersendiri untuk bersosial punya hhe.. lain orang lain style kan
starting is easy.. tapi to sustain quite hard

ken baru-baru ni tulis pasal..Types of Girl I Won’t Couple With
Yeah the challenge begins after the business is started
yup.. terbaik nih bro… kalau update terlalu kerap pun orang dah menyampah… pastu dah di hidden kan kita punya profile …
zik baru-baru ni tulis pasal..HOKI malaysia mara ke final bertemu Pakistan!
Last-last orang dah tak nak layan kita lagi pulak.. susah jugak macam tu