Hari tu merupakan hari Selasa. Joned tak kerja hari ni. Ambik annual leave, lagipun hari ni Joned kata ada sesuatu urusan yang nak disiapkan. Tapi lepas ambik cuti, tak jadi pulak nak siapkan benda yang dia patut kena buat tu. Sepanjang hari dia cuma duduk dirumah.. membuta.
Biasalah.. orang yang dah kerja memang macam ni. Lagi-lagi kalau hidup bujang. Asal ada cuti je, memang tak kemana, tido je la kerjanya. Tengah sedap-sedap si Joned ni tidur, dia terdengar pulak ada suara budak-budak memekak-mekak dekat luar apartment. Terjerit-jerit. Sedikit sebanyak mengganggu la jugak ketenteraman si Joned ni nak tidur.
Rupanya suara tersebut datang dari taman kecik yang disediakan untuk penghuni apartment dikawasan tempat tinggal tempat Joned menginap untuk melakukan aktiviti riadah.
Woi! Pas la sini! Ape ko ingat ko ni Tores ke nak gelecek sorang-sorang!
Tores? Fernando Tores? Dia nak datang apartment ni ke? Joned bermonolog sendiri dalam keadaan masih mamai..lalu Joned pun melangkah menuju ketingkap, untuk tengok sendiri apa sebenarnya yang berlaku dekat luar rumah.
Oh.. budak-budak main bola rupenye.. ingatkan ape la..
Saat tu jugak, Joned teringat zaman kanak-kanak dia.. lebih kurang 15 tahun yang lepas. Joned kaki bangku. Itu memang dia tak nafikan. Bukan dia tak minat nak main bola, tapi keadaan fizikal Joned yang tak benarkan untuk Joned jadi seorang yang terror main bola.
Masa umur 6 tahun, Joned main kejar-kejar dengan kawan-kawan. Semua perempuan, kecuali Joned. Kononnya kawan laki malas nak kawan dengan Joned. Tengah seronok larikan diri dari ditangkap, tiba-tiba dia jatuh. Semua gara-gara sebab nak elak daripada terpijak taik kucing. Sedar-sedar bila dia nak sambung berlari, dia terjatuh semula.
Baru dia perasan, kaki dia dah bengkok. Ah… rasa ngeri bila ingat-ingat balik kejadian tu. 5 bulan lepas tu, kecederaan Joned dah mula pulih, tapi kesannya, pergelangan kaki Joned jadi tak berapa kuat. Doktor yang merawat Joned sempat pesan pada Joned, yang lepas dari insiden ni Joned dah tak boleh melakukan aktiviti sukan yang lasak. Termasuk la main bola.
Walaupun semua orang kata yang Joned ni kaki bangku, tak boleh main bola.. tapi Joned masih lagi tak putus harapan. Bukan semua orang tahu Joned pernah patah kaki masa kecik-kecik dulu, yang diorang tahu nak kutuk je. Joned nekad, dia kena main jugak bola. Walaupun dia tau yang mungkin sesuatu yang tak baik bakal terjadi, dia tetap berdegil nak main bola jugak. At least, dia nak buktikan.. dia bukan tak boleh main langsung.. dan itu mungkin merupakan kali terakhir dia bermain bola.
25 September 1995, itu kali pertama dan terakhir Joned main bola bersama kawan-kawan selepas insiden patah kaki dulu. It is now or never. Prove it or leave it. Hari tu dah dijadualkan suatu perlawanan persahabatan antara sekolah-sekolah. Joned bukan dalam team bola sepak, but he insists to play. Puas dah dia pujuk coach untuk bagi dia peluang untuk main, even cuma untuk 10 minit. Since ia cuma perlawanan persahabatan, he got his chance.
Joned sendiri memilih untuk main dalam posisi pertahanan.
Saya nak jadi goal keeper, boleh ye coach?

So what? Memang tendangan Joned tak kuat, rembatan tak kencang. Lari tak berapa laju, tapi pasti ada satu posisi yang sesuai untuk dirinya. Pasti ada satu peranan yang Joned boleh sempurnakan dengan baik, tanpa ada banyak masalah.
Bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat.. dan keadaan masih lagi seri tanpa jaringan. So far, Joned masih lagi menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, dan gawang gol masih lagi selamat selagi dia masih lagi berdiri disitu.
Akhirnya, selepas 90 minit berlalu, kemenangan hanya dapat ditentukan dengan sepakan penalti. Perlawanan berkesudahan dengan …
GOL! GOL!
Jeritan kanak-kanak yang asyik bermain bola sekali lagi menghentikan lamunan si Joned.
Sebelum Joned berhasrat untuk sambung tido balik, dia sempat bercakap dengan dirinya sendiri..
Dalam dunia ini ada benda yang aku mampu buat tapi kamu tak mampu nak buat, peranan aku adalah untuk bantu kamu dalam perkara-perkara yang kamu tak mampu nak buat. Daripada kamu perlekehkan aku atas benda yang aku tak mampu buat, lebih baik kamu hargai aku atas apa yang aku mampu lakukan.
Wah… besok kena kerja balik.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]

No comments yet.