Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri
Ko tak balik kampung ke cuti raya haji ni? Tanya Halim kepada Amir.
Amir buat bodoh je, atau mungkin sebab radio kuat sangat. Tu yang dia jadi bodoh tu. Eh bukan-bukan, tu yang buat dia tak dengar.
Woi, raya haji ni ko balik kampung ke idak?!
Eh ko cakap dengan aku? la.. sori-sori, kurang pendengaran la tadi. Aku balik, tiket aku pukul 2.30 petang nanti ni. Ko tolong hantar aku sampai bus stand ye kejap lagi.

sumber: sani express
Halim dengan Amir ni sebenarnya housemate. Sama-sama masih belajar lagi dekat Melaka. Bila kata Melaka ni, korang pandai-pandai la ye teka dekat mana tempat diorang ni belajar. Memandangkan minggu depan cuti Raya Haji, so Amir pun bercadang nak balik beraya di Kampung.
Sebelum naik bas tadi, Amir sempat beli keropok lekor dengan setin air coca cola buat bekal sepanjang perjalanan nanti. Bukan lapar sangat pun, saja nak makan-makan. Buat hilangkan boring, dapat kunyah-kunyah something, at least tak payah la dia tidur dalam bas nanti.
Sejak akhir-akhir ni kan kerap berlaku kes bas accident dekat sana sini. Jadi sebab tu la Amir dah kurang confident nak tidur dalam bas. Kalau dulu memang pantang naik bas, tak sampai 15 minit memang dia dah terlelap dah. Tapi sekarang.. Oh tidak. Dia lebih rela tak tidur. Kalau perjalanan tu mengambil masa 10 jam sekalipun dia sanggup berjaga. Selalu jugak la dia dibayangi dengan peristiwa-peristiwa buruk yang melibatkan pemandu bas.Bagi dia, kalau jadi pape nanti, at least dia sedar dan boleh buat something untuk selamatkan diri.
Sesekali Amir ikut nyanyi sekali lagu yang dipasang oleh pemandu bas. Setiap lagu yang berkumandang dia follow nyanyi, sampai la dekat satu tempat tu, gelombang radio jadi tak berapa clear. Radio terpaksa di off, dan sebagai ganti, pemandu bas tu tadi pasang vcd karaoke pulak.
Wah.. nak pasang cd la. Ni dah bagus. Mesti ada movie best-best ni. Harap-harap bukan cerita Upin & Ipin.
Tapi sayang, bukan movie yang dipertontonkan, tapi video karaoke. Lebih tepat lagi, video karaoke dangdut versi Indonesia.
Menyumpah-nyumpah sekejap Amir dekat dalam hati.
Banyak-banyak cd ko boleh pasang, cd macam ni jugak ko nak tayang. Lagu tak best, model tak lawa, muka model lelaki macam muka orang jahat. Oh what a wonderful world. Perfect! So aku kena ngadap benda ni 6 jam. Duh.
Dengan hati yang masih lagi panas, Amir teringat air tin dengan keropok lekor yang dibeli tadi. Minum air dulu. Seteguk, dua teguk.. kemudian diletakkan air tin tadi dekat tepi.
Tiba-tiba bas bergegar sedikit, dan air yang dibawak tadi pun tertumpah. Air tin kot.. Bukan boleh tutup balik lepas bukak. Dan basah lantai tu. Nasib baik tak tumpah sampai habis. Ish tu la.. lain kali kalau nak bawak air dalam bas tu, bawaklah air botol. Lepas minum kan boleh tutup balik.
Keropok lekor tak makan lagi nih, air dah tumpah. Ah memang nasib kurang best la. Sebenarnya yang salah bukan nasib, tapi biasa la.. manusia ni kan tak suka nak akui kesalahan sendiri. Satu persatu keropok lekor Amir suap ke mulut. Berselera sungguh. Dia bukan perasan, ada budak kecik dekat kerusi sebelah yang dok perati je dia makan.
Kesian budak tu, maybe dia nak rasa sikit kot. Amir buat-buat macam tak nampak je. Buat bodoh gitu. Sesekali terdengar jugak ibu kanak-kanak tersebut memujuk.. Dah sampai nanti mama belikan keropok macam tu ye. Kejap ye sayang.
No la.. Amir bukannya kedekut, cuma dia tak tau nak bagi respon yang macam mana je. Dia tak biasa dengan situasi macam ni. Nak share ke, nak makan seorang ke. Sudahnya, sampai habis dia makan sendiri. Lama sangat fikir, nak bagi sikit ke tak. Untuk kurangkan rasa bersalah, Amir pandang ke luar tingkap. Layan pemandangan yang dilalui sepanjang perjalanan.
Tak lama lepas tu, baru Amir perasan. Tangan dia terasa sedikit melekit. Rupanya disebabkan oleh sambal dari keropok tu tadi. Mana nak carik tisu. Tak kan nak mintak dekat orang. Bila dia terpandang dekat budak tadi, dia ternampak yang si ibu tadi ada memegang sepeket tisu.
Nak mintak? Gila apa. Dah la tak kenal, tiba-tiba nak mintak tisu pulak. Tadi masa anak dia nak rasa keropok tu, dia buat tak faham je. Kalau tadi Amir bagi sikit dekat budak kecik tu, mesti sekarang ni dia tak ada malu-malu nak mintak tisu. Kalau tadi dia bagi keropok tu sikit dekat budak tu, silap-silap boleh dapat kawan baru. Dapat jugak kawan untuk sembang-sembang dalam bas.
Tapi apa pun, semua tu dah terlambat. Yang jadi mangsa, ha.. tu dia, langsir dan kusyen bas. Langsir pun jadilah buat pengganti tisu. Hampeh punya Amir ni.. Tadi ko dah tumpahkan air, sekarang ni ko buat langsir bas tu jadik kain lap pulak. Plastik sampah tu pulak jangan ko tinggal je dekat celah-celah kerusi.
Walaupun niat hati tadi tak mau nak tidur. tapi memandangkan perjalanan yang mengambil masa terlalu lama, lebih kurang 8 jam macam tu.. dia tertidur jugak. Dan semoga perjalanannya itu bukanlah untuk kali yang terakhir.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 3% [?]

dulu masa zaman naik bas balik kampung,nak tak nak memang kena tido sebab pening kepala..memang dari kecik kalau naik bas mesti pening kepala..
khairolghani baru-baru ni tulis pasal..I’m from Holland
sekarang dah tak naik bas lagi eh
suri rindu gak nak bas nih dari ipoh ke melaka hee..
Ipoh ke melaka? belaja kat melaka ke
dulu masa mula2 datang melaka untuk blajar, memang teruja naik bus jauh2..sekarang dah macam fobia skit sebab byk accident…uih menakutkan gak..
kalau dah tak ada pilihan, terpaksa jugak naik kan
ohoho…..blk kg…ohoho blk kg..
tp rya aji xblk lol.. T_T
orang kampung baru-baru ni tulis pasal..Google Bertukar Wajah
cuti raya haji pun sehari je kan biasanya, macam tu memang susah la nak balik kampung lama-lama
mahu tak mahu kena jugak naik bas…huhu , macam2 pengalaman… nasib baik pengalaman yang tak teruk2..
zik baru-baru ni tulis pasal..Permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh- MRSM 2011
pengalaman yang ada tu la akhirnya kita boleh kongsikan dengan kawan2
banyak juga pengalaman naik bas ni.. manis, pahit, masam semua ada.. apapun yang penting pemandu bas kenalah sentiasa jaga keselamatan penumpang
kulanz baru-baru ni tulis pasal..Mata Air Tawar di Laut Malubang- Kebenaran di Sebalik Mitos
Kalau dulu bas eksiden sebab kondisi bas, tapi sejak2 akhir2 ni banyak disebabkan oleh human error
urm taklah, tak amek french history pun

studying engineering kat france, dah 6 tahun.. and it’s about time that i know even “a bit” about their history kan? hehe
ida baru-baru ni tulis pasal..The Paradox of Our Time
betul, setuju hhe. kalau dah duduk agak lama satu dua benda pasal negara tu mesti ada lekat sikit kan
naik bas mmg selalu dilemma camtu… tapi kalau awek duduk tepi tak de la pulak dilemma ehhehe
jemput la..
- amphibian tu.. pameran scale model yg tema dia kenderaan 2-alam..
Kuman “amphibian” Entry
kuman baru-baru ni tulis pasal..The upcoming Amphibian Group Build November 20th- 2010
kalau awek yang dekat sebelah memang happy la hahaha
kenderaan dua alam macam hovercraft tu la ye
dah lm xnaik bas..last naik pon time sdy kt penang dulu.dgn kejadian sl bus yg mcm2 skrg lg wat rs tkut je nk nek..huhuu
izee baru-baru ni tulis pasal..Godaan Bibir Untuk Si Dia Rahsia Bibir
takut sikit takpe, tapi jangan sampai boikot ye
hmm, nih dah macam kisah benar je..
btw, xbagus minum coke.. pengakis terbaik, bleh buat mandul~
SharkFiq SSM baru-baru ni tulis pasal..KFC MeGa MiX CRuNCH – DaH TRy
eh tak tak, ini hanya kisah rekaan, tapi based on true story la hhe,
pernah jugak baca pasal coke yang bahaya tu, tapi memandangkan ia agak sedap.. cuma mampu kurangkan minum je.
hahaha aku pernah jadi seperti amir…ingin bersapa hai..tapi segan..ingin memberi..tapi jiwa bertubi2 keliru…
Sir Marcello baru-baru ni tulis pasal..Mentari Merah Di Puncak Broga
sekarang mesti dah tak segan kan, ala buat benda baik. orang tak marah punye, lagi suka ada la
orang dulu-dulu kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali (buatlah berkali-kali kata orang sekarang)
kadang dalam hati memang nak buat baik, tapi seru tak sampai lagi macam dalam kes amir tu. tu yang habis licin makan keropok lekor sorang-sorang.
tetapi…. sekarang ni nak buat baik pun kekadang menjadi masalah. beberapa hari lepas aku ada terbaca kisah tentang seorang awek kena maki sebab nak bagi sorang perempuan mengandung duduk.
kemudian naik pula seorang lelaki dok jeling2 kat awek tu sebab dalam fikirannya mungkin negatif yelah awek tu tak nak bagi perempuan mengandung tu duduk. bila penumpang kat sebelah awek tu turun, si lelaki tadi pun offer perempuan mengandung tu duduk.
ada ke patut perempuan mengandung tu pun maki lelaki tu jugak. kendiannya lelaki tu tadi duduklah kat sebelah awek tu dan bertanya “tadi awak pun kena macam tu jugak ke? awek tu angguk2 dan sengih.
ardzham baru-baru ni tulis pasal..Pendidikan Muzik Dan PERKESO
Ni kes bawaan budak dalam perut kot ni. Time mengandung, dengar2 perempuan ni akan jadi lagi sensitif, senang terguris.. tapi nak buat macam mana kan, mungkin timing jumpa dengan perempuan mengandung tu kurang sesuai agaknya
balik naik bas best gak nak2 dpt mmber yang jenis satu kepala blh borak2 macam2 heee.pasti perjalanan ang lama tak terasa membosankan..
tidur ramai-ramai pun tak rasa bosan jugak, dengan alunan lagu dan bas yang bergoyang-goyang.. feeling.. macam dalam buaian