Financial Report Itu Apa?



Posting kali ni aku kategorikan ia sebagai akademik sikit.Amaran! Boleh jadi ia sangat membosankan.

Sebelum aku membebel lebih panjang aku nak bagitau dekat korang semua dulu yang aku ni sebenarnya suke la jugak buat senaman ringan seperti blog walk ( berjalan-jalan di blog orang lain sambil meninggalkan jejak). Sepanjang aku mengamalkan blog walk ni, jarang pulak rasenya aku jumpa blog yang ‘berani’ menulis something yang agak akademik. (waha)

Banyak yang aku jumpe suke cerita bab2 peribadi. Sama la jugak dengan aku ni sebenarnya. By the way, lantak la kan, blog korang, korang yang beli domain, korang yang bayar sewa hosting. Aku sape pulak nak menyibuk pasal content blog korang kan.

financial_services

Topik kite malam ni adelah “Financial Report”, ataupun dalam bahasa Melayu nye dikenali jugak sebagai Laporan Kewangan. Memandangkan sebut dalam bahasa Inggeris menimbulkan impak yang lebih gempak, maka aku akan menggunakan istilah Financial Report. Nampak macam Pro sikit kalau guna istilah Inggeris ni.

Penting ke ada Financial Report ni, dan sape pulak yang nak baca benda2 macam ni?

Ha sebelum tu aku nak story satu benda dulu. Ok cerita dia macam ni (camera, light, and action)

Satu malam aku dijemput untuk ke satu programĀ  dekat Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Tapi aku datang sebagai peserta je la. Program macam biasa ada sesi ceramah and selepas tu ada pulak sesi question and answer (Q&A)

Sampai satu giliran ada seorang wakil dari Syarikat Rapid KL. Memandangkan perkara ni dah agak lama berlaku, aku pun tak berapa nak ingat sangat, jadi beberapa perkara seperti nombor terpaksa aku reka semula. Tapi ia still tak menyimpang dari apa yang aku nak ceritakan.

Menurut wakil dari syarikat bas RapidKL tu, setiap bas yang beroperasi dari seksyen 2 Shah Alam menuju ke Kampus Induk UiTM Shah Alam terpaksa beroperasi dalam kerugian. Ha macam mane tu? (Kalau dah tau rugi kenapa nak buat bisnes lagi). Kerugian yang Syarikat bas tu alami dalam sehari adalah kira-kira RM30 (macam yang telah aku beritahu, figure ini terpaksa aku reka semula) setelah mengambil kira kos minyak, driver dan lain-lain kos yang tersembunyi. (eceh2)

RAPID KL

Kalau sehari syarikat bas Rapid KL ni rugi RM30, sebulan dia dah rugi sebanyak RM900. Kalau setahun jumlah keseluruhan kerugian untuk satu bas dah jadi RM10,800. Itu baru satu bas, masalahnya dekat seksyen 2 tu ada 5-6 bas jugak la. (itu pun masih tak cukup sebab bilangan student UiTM yang sangat ramai). Jadi RM10,800 tu bila didarab dengan 6 dah menjadi RM64,800 (banyaknye rugi dia).

Disebabkan ‘kerugian’ yang terpaksa syarikat itu tanggung maka syarikat tersebut nak naikkan harga bagi tambang bas. Ni lah agenda sebenar syarikat bas ni sebenarnye. Nak naikkan tambang bas tanpa mengundang kemarahan yang meluap-luap yang amat sangat oleh golongan pelajar.

Kita dah dengar cerita wakil syarikat tu tadi. Tapi macam mana kita nak justify sama ada cerita tu benar atau rekaan semata-mata? Perlu ke kita duduk sehari suntuk dekat stesen bas dekat situ, kira satu satu berapa banyak orang naik, lepas tu dapatkan total dan kita come out with a figure saying that “sebenarnya kamu (rapid Kl) tidaklah rugi ho ho

The answer is…

Tak perlu buat semua itu.

Sebab itu lah dalam dunia ini diciptakan satu benda yang diberi nama financial report. Untuk justify fakta-fakta mahupun auta-auta yang disampaikan oleh pihak wakil tadi tu, kita rujuk balik financial report syarikat tersebut.

Financial Report itu tadi akan memberi gambaran yang jelas bagi sesuatu syarikat sama ada syarikat tersebut betul2 mengalami kerugian ataupun cuma sekadar alasan je. Dari financial report ini jugaklah kita boleh tau berapa banyak untung atau rugi yang dialami oleh sesuatu syarikat.

Tapi financial report itu sendiri bukanlah sesuatu yang sempurna. Boleh jadi juga pihak penyedia laporan tu membuat sesuatu pada report itu tadi seperti memalsukan data, sengaja tak record data penting, dan boleh jadi jugak meletakkan item yang sebenarnya tak ada. Contohnya, company tersebut mendakwa yang mereka memiliki aset bernilai RM1 juta, padahal aset tersebut belum dimiliki tetapi sebenarnya bakal dimiliki.

Walaupun macam tu, financial report tetap menjadi rujukan utama terutama sekali bile kita nak tau kedudukan sesuatu syarikat. Sebabnya, buat masa ni masih belum ada lagi mana-mana rujukan lain yang lebih baik berbanding financial report.

Disebabkan wujudnya kebarangkalian sesuatu syarikat itu menipu dalam laporan kewangan mereka, maka setiap individu yang membaca laporan tersebut perlulah memiliki kemahiran menganalisis laporan kewangan. Gempak jugak kan perkataan tu. Analisis tu (ngeh2)

Dengan adanya kemahiran menganalisis financial report ini, kita boleh tahu berapa banyak syarikat ini melabur dalam asset, berapa banyak jumlah penggantungan terhadap pembiayaan dalam liability, berapa banyak jumlah equity yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Kalau sekiranya syarikat tersebut terlibat dalam bidang jualan, kita jugak akan boleh tahu berapa banyak sales yang berjaya syarikat tu jana, kos-kos yang terpaksa ditanggung, dan yang paling penting syarikat ni buat untung ke rugi tahun itu. Kalau syarikat tak berjaya nak menunjukkan Financial Report, maka setiap apa yang dikata hanyalah cakap-cakap kosong je la. Kita nak kan bukti, nak data, bukan nak dengar auta. (huh)

Financial report ni hanya untukĀ  syarikat-syarikat besar je ke?

Pastilah tidak. Sebenarnya setiap orang perlu ada financial report mereka sendiri. Ye, korang tak salah baca lah, sebab aku memang kata semua orang. Tak terhad pada entiti perniagaan semata-mata.

Sebab kita perlu ingat ye, tanpa adanya financial report korang takkan dapat tahu dimana kedudukan sesuatu syarikat tu, dari segi kewangan. Kuat ke lemah. Jangan tertipu dengan banyak mana duit yang syarikat tu ada dalam akaun bank, sebab kita tak tau berapa banyak yang syarikat itu hutang, berapa banyak syarikat kena bayar dan macam2 lagi lah.

Jadi, secara kesimpulannya korang janganlah percaya bulat2 dengan apa yang korang dengar mahupun lihat. Lagi-lagi bila melibatkan hal2 kewangan sesuatu syarikat. Kena la jugak tengok2 die punye financial report. Kalau setakat cakap je, ala… semua orang boleh.

By the way, tambang bas Rapid KL dah naik dah pun sekarang. Kalau dulu nak masuk kampus induk cuma perlu bayar RM1 je sehari, tiket pulak boleh guna ulang2 kali. Tapi sekarang dah tak boleh da. So, sian jugak lah dekat junior yang baru masuk UiTM ni, tak dapat la nak merasa pusing2 Shah Alam dengan kos RM1 je. (hhe)




//

If you see this, your server does not support PHP. Ask your web-hosting provider where you can add the PHP code on your website.

/*ERROR

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled