Insurance Agent. Kerjaya Indah Khabar Dari Rupa.


Assalamualaikum wbt, ada sesiapa yang pernah jadi agent insurance tak dekat sini? Kalau ade sudi-sudi kan lah diri untuk tinggalkan komen ye. 1 komen anda pastinye mampu menyelamatkan satu nyawa hhe. Macam mane tu?

lifeinsurance

Sebenarnye aku sendiri pun tak pernah jadi agent insurance, tapi aku pernah jadi agent untuk takaful. Well, korang jangan nak kate yang korang tak tau bahawa status insurance tu haram di sisi Islam ye. Berkenaan status haram insurance itu, satu fatwa pernah dikeluarkan dah sebelum ni, dan korang boleh google sendiri kalau nak kan lebih kepastian.

Jadi untuk menjimatkan masa korang semua, aku akan kongsikan pada korang semua fatwa mana yang aku maksudkan.

Status pengharaman insurance ini adalah merujuk kepada Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pada 1397H yang mana hasil perbincangan/pertemuan itu memutuskan bahawa kontrak insurance adalah haram disebabkan ianya mengandungi unsur-unsur riba, gharar iaitu ketidaktentuan atau ketidakpastian, jahalah (ketiadaan maklumat tepat dalam transaksi), judi dan lain-lain.

Cadangan aku,

“Sila jangan degil. Aku cakap perkara yang benar. Tak perlu buang masa korang nak check. Tapi kalau rasa ada keperluan untuk check jugak.. you are most welcome to do the research

Sebelum ni aku selalu jugak dengar, baca, lihat, dan rasai sendiri pendapatan hasil dari jual-jual polisi insurance/takaful ni. Memang agak menarik, dan ini barulah dikatakan sebagai pendapatan pasif. Kita jual sekali je, setiap bulan kita akan dapat hasilnye dalam bentuk komisyen. Tapi kalau client korang tu bayar setahun terus, tak adalah dapat komisyen bulan-bulan, dapat sekali je.

Komisyen pun sebenarnya akan dikira apabila client atau pencarum korang buat bayaran ke atas polisi yang mereka miliki. Kalau lambat client korang bayar, maka lambatlah korang dapat duit.

Cadangan no2 aku,

“Sila paksa pujuk client korang untuk bayar sama ada setahun terus ataupun paling kurang pun setengah tahun terus. Ini bagi mengelakkan client korang terlambat bayar, atau sengaja bayar lambat-lambat. Bile client korang bayar lambat, korang punye komisyen pun jadi lambat lor.. “

Korang pernah terfikir nak jadi agent insurance/takaful ke? Eh bagus tau kerjaya ni. Pertama sekali ia bukan sahaja melatih kita untuk menjadi seorang pekerja, malah pada satu tahap ia jugak melatih kita untuk menjadi seorang manager. Pada waktu korang dah naik pangkat jadi manager, korang boleh wujudkan agensi korang sendiri, ada agent yang akan bekerja bawah korang dan macam-macam lagi privilege yang golongan manager ni je yang tau.

Waktu tu lah korang akan rasa susah senang dan nikmatnye ada bisnes korang sendiri. Korang kena take care agensi korang, beri latihan pada agent baru bawah korang, dan kalau jiwa korang memang dah jenis ke arah kerjaya-kerjaya macam ni, trust me..You all are going to love it.

I mean satu kerjaya yang ada memerlukan kemahiran merancang, melatih, mendidik dan organize day to day operation bagi memastikan all is in order.

Merujuk kepada manager perspective, setiap agent yang berdaftar dibawah agensi kelolaan manager tersebut, hubungan yang terjalin bukanlah seperti hubungan antara pekerja dengan boss. Yang mana boss kena sediakan benefit macam potongan kwsp, socso, annual leave, medical leave dan lain-lain. Semua tu tak perlu.

It is more like you work then you get paid.

Sebab tu most of the time, agent insurance adalah on contract basis. Selagi mana dia (agent) masih lagi memegang kontrak yang valid, maka dia masih lagi ada lesen untuk jual insurans/takaful.

Jadi, selagi mana agent perform sebagai mana yang tercatat dalam kontrak, selagi tu lah dia masih lagi boleh jadi agent insurance/takaful. Tapi kalau dia sendiri dah langgar kontrak seperti jarang buat sales atau tak capai sales quota atau melakukan sebarang misconduct seperti songlap duit client, maka dengan mudah agent akan di terminate.

Kalau tengok balik sejarah yang lepas-lepas, dalam era tahun 90an, bisnes insurance ni memang rancak habis. Waktu tu korang boleh nampak agent-agent insurance ni sangat radikal dalam mempromosikan polisi diorang ni semua. Ada yang sanggup datang dari rumah ke rumah. Ketuk-ketuk pintu rumah orang, ingatkan nak ape la..Rupenye nak jual insurance.

Tapi waktu tu, penerimaan terhadap produk insurance masih ditahap rendah lagi. Orang tak berani nak ambik polisi sebab takut mati. Dulu kalau kate nak jual insurance je, orang ada tanggapan macam nak jual nyawa. Ade ke pulak macam tu.

Mungkin dulu ramai kot orang yang kena bunuh lepas ambik polisi. Duit mudah tu (hhe) banyak pulak tu.

Tapi sekarang ni keadaan dah lain sikit, mentaliti masyarakat pun dah berubah. Orang ramai pun dah mula menerima kepentingan produk insurance/takaful itu sendiri. Dah tak banyak dah yang anggap beli insurance tu macam beli nyawa. Orang ramai pun dah ramai yang terdidik.

Kalau masa era 90an dulu memang susah jugak la nak jual insurance sebab orang tak ramai yang berani beli. Kalau sekarang pulak, dah senang ke nak jual insurance? Pada pendapat aku, still susah jugak. Sekarang ni susah pun bukan ape, orang ramai yang dah ada insurance/takaful.

Tak percaya ke? Sekarang ni ada banyak syarikat insurance di Malaysia ni. Antaranya

  1. American International Assurance Bhd
  2. Etiqa Insurance Berhad
  3. Hong Leong Assurance Berhad
  4. ING Insurance Berhad
  5. Malaysian Assurance Alliance Berhad
  6. MCIS Zurich Insurance Berhad
  7. Prudential Assurance Malaysia Berhad
  8. Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
  9. AmLife Insurance Berhad
  10. AXA Affin Life Insurance Berhad
  11. CIMB Aviva Assurance Berhad
  12. Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad
  13. Manulife Insurance Berhad
  14. Mayban Life Assurance Berhad
  15. TM Asia Life Malaysia Berhad
  16. Uni.Asia Life Assurance Berhad

Oh ada lebih kurang 16 syarikat insurance di Malaysia buat masa artikel ini ditulis dalam blog ni. Ini belum campur lagi syarikat penyedia takaful di Malaysia ni.

Antara Syarikat Takaful yang ada di Malaysia ni

  1. CIMB Aviva Takaful Berhad
  2. Etiqa Takaful Berhad
  3. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  4. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
  5. MAA Takaful Berhad
  6. Prudential BSN Takaful Berhad
  7. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  8. Takaful Ikhlas Sdn Bhd

Pendapat aku pulak,

It’s all about competition. If you are strong enough, then definitely you can survive in this fierce market. If you are not, maybe it is time to say good bye. Orang dah ada insurance jarang nak ambik takaful, and orang dah ada takaful pun susah nak convert ke Insurance. Diorang takkan suke-suke nak convert lebih-lebih lagi dengan adanya isu insurance haram dan takaful halal. Lagi satu, kalau dah lama mencarum dalam insurance, tak ramai yang sanggup burn duit caruman semata-mata nak convert ke takaful atau tukar syarikat lain.”

Dari mata kasar aku, nampak macam market yang tinggal hanyalah dari golongan-golongan muda yang baru menghabiskan pengajian dan baru mula bekerja. Diorang ni yang akan jadi sasaran untuk menjadi pembeli insurance/takaful. Sekali lagi, seseorang agent tu kena bersaing dengan 16 syarikat insurance dan 8 syarikat takaful. (Fuh)

Dulu aku nak cari satu kes pun payah, tapi lepas dapat satu kes, untuk dapat yang kedua, ketiga, keempat dan ke seterusnya dah tak susah sangat dah.

Cakap pasal nak jual polisi ni, kalau korang rasa setakat nak jual dua polisi sebulan tu kacang je (minimum) maka jadilah agent insurance/takaful. Sebab mana-mana syarikat insurance pun akan meletakkan sales target pada setiap orang agent yang berdaftar melalui syarikat tu. Kalau sebulan 2 kes (kes ni merujuk kepada polisi yang dijual bukan kes yang melibatkan jenayah), bermakna setahun perlu ada 24 kes.

Nasihat aku,

“Korang kena faham, bila company dah letakkan sales target bermakna company tersebut memang serius nak korang carik client. Macam mana susah korang carik pun company takkan tanya, yang penting ada kes. Kalau korang tak boleh nak capai minimum target, itu bukan masalah company sebenarnya. Tapi lebih kepada masalah korang la. Korang akan dihadiahkan dengan surat warning, and akan dapat notis terminate kalau masih lagi susah sangat nak cecah minimum sales target.”

Aku tau la, sebab aku pun pernah dapat la warning2 ni (eheh)

Pernah tak korang tertanya-tanya berapa agaknya komisyen yang korang akan dapat dari sorang client. Kalau ada terfikir nak tanya, bagus. Ini juga merupakan bukti sahih yang anda ini adalah manusia normal. Masih lagi ingat nak tanya tentang duit (wala)

Biasanya korang akan dapat 35% daripada nilai caruman peserta. Caruman ye, bukan nilai perlindungan. Kalau peserta mencarum RM100 sebulan untuk perlindungan sebanyak RM100,000 35% adalah daripada RM100. Bukan dari RM100,000 tu. So, jangan nak kate tak tau pulak lepas ni.

Aku tak pasti kalau ada company insurance yang bagi komisyen kurang daripada 35% ini, sebab aku pasti insurance company tu sendiri kena pastikan yang rate yang dia tawarkan is competitive. Barulah orang berminat nak jadi agent dia.

Satu part yang paling spoil, kos untuk dapatkan seorang client ni agak tinggi. Kita kena set appointment, kena buat sales presentation, follow up call, cold call, jumpe prospect dekat rumah, edar fliers dan pamphlet, beli free souvenir dan macam-macam lagi. Senang cerita, kos overhead dia agak tinggi. Sebab tu tak berbaloi lah kalau komisyen die sikit sangat. Nasib baik komisyen boleh kita dapat selama 6 tahun. Tapi nilainya makin menyusut tahun demi tahun la.

  • Tahun pertama korang akan dapat 35%
  • Kedua 25%
  • Ketiga 20%
  • Keempat 15%
  • Kelima 10%
  • Keenam 10%

Cume korang kena pastikan beberapa perkara la untuk memastikan komisyen korang boleh bertahan selam 6 tahun tu.

Korang kena pastikan

  1. Client bayar caruman on time supaya policy client tak lapsed
  2. Client korang panjang umur. Mana tau baru tahun kedua dah meninggal. Habis sampai situ je la komisyen korang
  3. Korang still belum kena terminate dari menjadi agent

So bila orang kate jadi agent insurance ni senang, tak susah macam jadi agent 007…hmm aku kate dalam hati mesti ade muslihat ni. So, benda yang kononnye senang tu sebenarnye tak adalah semudah mana.

Tak percaya? Tanyelah sendiri mana-mana agent insurance, especially yang baru-baru je nak naik.

Nasihat aku yang seterusnya,

“Ha yang ni korang patut buat, tanya sendiri pengalaman orang yang terlibat dalam industry ini. Tapi jangan sampai kena kapur sudah la ye. Elok-elok kita cuma nak tanya je, tak pasal sesi perbincangan jadi sesi sales presentation pulak”

****

Updates, Sabtu 28 Januari 2012

1. Rasanya dah agak lama aku tak bukak blog ni, and tak sangka rupa-rupanya artikel pasal insurance ini betul-betul spark a debate among the reader. Yang serang aku secara peribadi pun ada jugak. Tak caya? Boleh scroll down dan tengok komen-komen dari mie, Azam, din, soberii, jem. Kalau nak cepat tengok komen pedas diorang ni boleh la guna ctrl + f lepas tu taipkan nama-nama yang aku highlightkan tu tadi, maka akan keluarlah komen-komen atas nama mereka tu.

2. Apa persamaan mereka ni semua? Concern citizen? Entah.

3. Kalau ada yang baca entry yang aku tulis ini dari mula sampai habis, maka korang akan perasan, apa yang aku tulis tu semua adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Kenapa aku sibuk nak jadi agen takaful? Pengalamanlah. Mission aku dah accomplish. Kena terminate pun aku puas, sebab benda yang aku nak aku dah dapat. Orang yang jadi guru berpuluh-puluh tahun pun akan resign bila sampai masanya. It just a matter of time. Nak resign awal atau lambat. Tu je.

4. Kisah dan nasihat yang aku share ni pun, ibarat satu penceritaan daripada seorang kawan, kepada kawannya yang lain. Tak ada selindung-selindung punya. Apa yang aku rasa, apa yang aku alami, apa yang aku faham, itulah yang akan aku sampaikan dekat kawan aku.

5. Bila aku highligt yang insurance tu haram, tetapi takaful tu halal, yang depa ni nak marah dekat aku buat apa? Bukan aku yang jatuhkan hukum. Semua hukum dan ketetapan ni dijatuhkan oleh ijtihad ulama dan dibentangkan dalam persidangan. Aku pun tak terlibat dalam persidangan tu, tapi hasil daripada pembacaan, dapatlah tau yang ijtihad tersebut menjatuhkan hukum insurance itu haram. fullstop.

6. Low quality macam mana sekalipun artikel ini, at least aku tulis dalam blog aku sendiri. Aku yang bayar hosting aku sendiri, aku yang bayar domain aku sendiri, semua tu aku yang keluar duit sendiri. Ah.. diorang ni mana guna akal sangat, sebab tu letak komen ikut emosi. Tak setuju tak kisahlah, bukan aku mintak duit korang pun.

7. Budak-budak kecik yang mengutuk kata low quality, bull shit, crap, bodoh ni semua cuma tau cakap je. Bagitau lah mana satu yang tak betul, mana satu yang aku tulis ni salah. Specify. Which one dan bagitahu apa yang betul. Apa benda yang sebetul-betulnya. Aku tak ada hal lah.. dah kritik, lepas tu bagi tau la apa benda yang betul sebenarnya.

8. Kalau ada mana-mana fakta yang salah bagitaulah yang mana. Catatan ni aku buat masa tahun 2010. Sekarang dah 2012. For sure ada mana-mana yang tak tally dengan keadaan semasa.

9. Ok la.. lain kali kalau perlu, aku update lagi :p


 

Popularity: 37% [?]

Share/Save/Bookmark

87 Responses to Insurance Agent. Kerjaya Indah Khabar Dari Rupa.

  1. Mia June 29, 2010 at 10:42 am #

    Salam. Saya adalah surirumah sepenuh masa. Dah 12 tahun unemployed. Bila dah nak masuk lewat 30-an ni baru nak terfikir nak buat duit sendiri. Dulu anak2 kecik lagi, masih tak boleh independent. Sekarang saya ada masa free especially hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 ke 4 ptg. Dulu pernah terfikir nak berniaga dari rumah tapi semua tak menjadi, mungkin sebab minat tu tak ada. Tapi sejak suami beli polisi insuran kesihatan (kad kesihatan) untuk kami daripada sebuah syarikat besar, malah pernah menggunakannya, saya amat kagum dan mula berminat untuk menjadi ejen. Anak saya pernah sakit paru-paru berair lalu kami menggunakan kad kesihatan ni untuk mendapatkan rawatan v.i.p. Alhamdulillah setelah ditahan selama 7 hari di hospital panel (swasta) tersebut, pembayaran utk semua kos tidak menjadi masalah. Saya amat bersyukur kerana ada kad kesihatan untuk anak-anak dan diri saya sendiri. Pembayaran oleh syarikat berkenaan dilakukan serta merta dan cuma mengambil masa kurang dr 2 jam semasa ‘check-out’ dari hospital berkenaan. Malah tiada soal jawab pun dari syarikat insuran berkenaan. Semua berjalan lancar…Dari pengalaman itulah saya merasakan kad kesihatan itu penting. Saya mahu semua orang memilikinya seboleh mungkin. Ia sangat penting di saat kecemasan. Kita tak ada duit tunai sampai beribu-ribu untuk tanggung kos perubatan, pembedahan dan sebagainya. Jadi inilah jalan penyelesaian yang terbaik. Sebab itulah saya ingin menjadi ejen syarikat ini supaya dapat membantu sanak saudara, rakan-rakan dan jiran-jiran. Mungkin betul kata tuan, bukan senang nak capai target jualan minimum setiap bulan tu. Tapi saya yakin jika pandai bawak diri dan pandai dekati orang ramai dengan niat yang ikhlas dan bahasa yang sopan, insyaAllah mudah untuk kita berurusan. Kita kena dapatkan ‘trust’ dulu, jangan gelojoh nak untung cepat. Niat saya nak dapatkan pendapatan ‘extra’ untuk keluarga dan ingin membantu masyarakat. Itu je. Bukan nak mengejar kekayaan pun. Tapi terima kasihlah atas nasihat dan cara terus terang tuan itu. Saya akan ingat sampai bila-bila. Sekian.

    • sabree September 28, 2010 at 5:53 pm #

      Salam cik Mia, saya terharu dengan perjuangan cik mia. Memang tak dinafikan, sebenanrnya memang besar perngorbanan dan perjuangan yang perlu dilakukan oleh seorang agent insurans.

      Lebih-lebih lagi bila bercakap berkenaan dengan konteks orang melayu, memang masih ramai lagi yang masih belum ada insurans polisi sendiri.

      Mungkin sebab kurang mampu, dan mungkin jugak sebab kesedaran tu masih belum ada lagi. Tapi sebagai agent, menjadi sebahagian tanggungjawab untuk beri kesedaran tersebut. Lepas tu, part kalau nak diorang nak ambik atau tak, itu terpulang pada individu masing-masing.

    • ema December 13, 2012 at 4:24 pm #

      boleh sy thu company insuran mana yg awak joint.sy tgh mencari company insuran yang baik.

      • Mia December 21, 2012 at 11:25 pm #

        Suami ambik insuran ING utk anak2 dan istri tp dia sndiri ambik insuran takaful BSN. Malangnya tidak semudah ING. Suami buat pembedahan utk buang batu karang tp claim sgt lambat dpt iaitu selepas 2 minggu. Sedangkan ING selesai dlm 2 jam shj semasa dischar

  2. mie October 11, 2010 at 10:58 am #

    saya rasa kata2 dari penulis adalah kerana penulis tidak berjaya dalam bidang ini. Jadi menampakkan bias yang menjadi agent insurans itu payah. Semuanya terpulang kepada diri masing2. Cuma kalau ditanya orang2 yang berjaya dalam bidang ini pun, masa memula diorang buat nipun bukanlah semudah bilang A,B,C. Utk berjaya dalam bidang ini, kena tanya orang yang berjaya, bukan tanya orang yang gagal dalam bidang ini. Sekian.

    • sabree October 11, 2010 at 2:43 pm #

      Terima kasih sebab sudi singgah dan berkongsi pendapat. Cuma saya tertanya adakah apa yang saya tulis itu salah? Adakah saya membuat tuduhan palsu atau apa yang saya tulis itu berasas? Jawapan ‘terpulang pada diri masing-masing’ langsung tak membantu, sebab bagi saya semua perkara kalau kita nak buat akan jadi ‘terpulang’.

      By the way, ini hanyalah satu perkongsian pendapat, dan saya tak harapkan semua orang untuk setuju dengan apa yang saya tulis. Berkenaan saya berjaya atau tak, itu tak perlulah nak dipersoalkan. Kalau tanya pada yang berjaya pasti semua akan kata okay, bagus, menarik. Apa salahnya dengar pendapat dua pihak.

  3. maliana November 6, 2010 at 3:15 am #

    saya masih baru dlm industri nie.. exam pun xlepas lg.. saya harap, kerjaya nie dpt membantu dlm kehidupan saya yg masih muda nie..

    • sabree November 7, 2010 at 1:58 am #

      Insya Allah, mesti boleh je. Rezeki masing-masing, dan semoga kamu berusaha dengan ikhlas

  4. syahrul November 15, 2010 at 3:26 pm #

    Mungkin yang ini mudah untuk sesiapa sahaja berjaya. Anda ada VIP medical card, bayar sekali, kenalkan kpd 6 rakan yang join, anda PERCUMA sampai akhir hayat, sila ke blog saya http://www.syahrulmanan.blogspot.com

    • sabree November 16, 2010 at 3:13 am #

      Wah dah macam MLM pulak ye, ada sistem perkenalkan pada kawan-kawan tu semua. So agent akan dapat apa lepas ni?

    • NIZAM December 25, 2010 at 12:00 am #

      yer ke percuma sepanjang hayat,macm mana pula clien yang mencarum berhenti mencarum..!!! tak ke income kita shottttt!!

    • Fauzi December 26, 2011 at 11:42 am #

      dalam dunia ni mana ada yang free…
      nak melepas pun nak kena bayar..
      apatah lagi berkenaan kos perubatan..
      nak dapatkan medikal kad free…? mana ada..
      itu semua gimik saja..x percaya cubala macam
      en syahrul cakap tu…setahu saya xde free…
      lau ada free macam mxm buat tu, alamat tutupla
      kompeni insuran/ takaful lain…

      • sabree hussin December 26, 2011 at 1:23 pm #

        business takaful/insurans lain lingkup la.. semua nak ambik MXM

  5. qais November 18, 2010 at 11:18 pm #

    assalamualaikum wrt..

    saya suka nengok komen2 ni..dan juga dari penulis..suami saya pun baru jinakkan diri dalam perniagaan nih..harap2 dia diberi ruang luas untuk masa depan kami anak beranak..bersusah payah saya mengundur diri dari kerjaya saya tuk beri laluan pada suami saya dengan harapan dia dapat berjaya..insyaallah dimana ada usaha di situ ada jalan..betul..bukan senang nak maintain..bagi yang dah berumahtangga shj lah yang tahu cemane nak bagi semangat pada suami2 bkerjaya dalam bidang ini agar teeerrruss ke depan tak berputus asa..kerana saya amat memahami bila suami balik umah..memuncunnng mulut sbb tak dapat close(haha)..tapi bila sekali dia dah close betuulll…senyumnye sampai ke telinga..dan terus menerusss dia close lagi….(bestnye dalam hati)..jadi bagi para isteri tak kira apa jenis kerjaya suami anda..doakanlah dan berilah semangat pada mereka..!!

    • sabree November 18, 2010 at 11:55 pm #

      wasalam Puan Qais,

      Sebenarnya entry ni ditulis berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa dan pembacaan serba sedikit.

      Kesudahan yang saya alami pastilah tak akan sama seperti yang bakal dilalui oleh suami puan, insya allah.

      Apa pun saya hanya doakan yang terbaik buat suami puan. Saya setuju dengan puan, memang happy bila dapat close satu atau dua kes ni, rasa berbaloi sangat usaha kita menerangkan.. dan hanya bayangkan yang kita secara tak langsung sudah menolong keluarga client kita sekiranya berlaku apa-apa pada pemegang polisi.

      Oh ini pun satu kerjaya yang mulia

    • syahrul November 20, 2010 at 4:07 pm #

      Boleh minta juga suami puan mengenali MXM, sila lihat blog saya, http://www.syahrulmanan.blogspot.com, PELUANG SENAGAI EJEN memang hebat!
      syahrul baru-baru ni tulis pasal..FREE Medical Check Up di PathlabMy ComLuv Profile

      • sabree hussin November 20, 2010 at 4:22 pm #

        MXM ni company mana? tak pernah dengar pun.. siapa pemegang saham dia?

        • Fauzi December 26, 2011 at 11:47 am #

          pertama daftar dgn mxm dgn bayaram tertentu…
          bukan terus dapat percuma..anda kena kenalkan kawan2 anda
          6 orang…ambil plan yg sama…bukan terhenti disitu saja…
          6 orang td kenalkan pd kawan2 yg lain pula…baru dapat percuma..

          • sabree hussin December 26, 2011 at 1:23 pm #

            insurans yang di MLM kan lah ni.. ai berbelit-belit akad yang terlibat

    • mama_nieza May 11, 2012 at 12:00 am #

      qais…saya sokong awak…(situasinye sama jer cam saya)
      hehehe…wlupun article ni 2 taun lepas,tp saya br bace arini…;)
      saya sokong my husband 200%…tp yg paling best takaful ni konsepnya bantu membantu…my husbnd pun br 4 bln joint takaful,alhamdulillah nmpk ada kemajuan..rasenya klu niat betul n ikhlas,insyaalah senang nk close…n yg sshnye ramai yg dah ada polisi tafakul…

  6. azaz December 8, 2010 at 10:40 am #

    Salah satu promosi sykt insurance ialah diorg suruh daftar percuma utk setahun melalui JV dgn bank or lain2 company. Lepas tu utk thn kedua diorg akan pujuk utk join yg berbayar pulak. Ada juga yg terus call walaupun x kenal pun ejen tu. Mana diorg dpt no. hp kita? Teori aku ada bank yg jual no. client yg apply kad kredit dr bank diorg.
    Jenuh nk menepis semua offer2 tu….

    • sabree hussin December 8, 2010 at 10:58 pm #

      Pemberian insurans percuma ni rasanya tak semua orang boleh dapat. Sebabnya syarikat insurance pastinya tak nak secara tak sengaja terberi insurans pada individu yang memiliki risiko yang tinggi untuk mengalami kemalangan.

      Yang selalu saya jumpa, insurance ditawarkan dalam harga yang murah, macam RM10 setahun. Insurance yang ditawarkan pun tak adalah tinggi mana dan nak claim nanti pun agak susah, sebab ianya adalah insurance berkelompok, dan polisi original dipegang oleh orang yang kita tak kenal.

      Bab nak tepis tu, cakap je ‘saya ni agent insurance jugak’.. nanti dia akan berhenti kacau la tu hhe

      • admizal January 29, 2012 at 9:43 pm #

        -> Bab nak tepis tu, cakap je ‘saya ni agent insurance jugak’.. nanti dia akan berhenti kacau la tu hhe

        setuju sangat

        • sabree hussin January 30, 2012 at 12:42 am #

          pernah guna strategi tu, memang berkesan.. depa tak kacau dah

  7. kadri December 8, 2010 at 2:55 pm #

    Aslkm wbt,
    Saya tersinggah post ini melalui pencarian komisyen sebagai ejen insurans. Saya mahu pastikan berapakah peratus caruman yang diperolehi ejen sebagai komisyen.

    Tahun 2003 ini saya ada menyertai insurans A melalui rakan sejawatan. Pada tahun 2006, rakan saya ini berhenti menjadi ejen, dan melalui surat dari insurans A, saya di letakkan dibawah ejen yang saya tidak saya kenal berpangkalan di Penang. Saya orang KL. Saya terminate polisi saya kerana menyertai insurans B dan kelemahan customer service insurans A. Saya x mahu masa depan saya disusahkan oleh perkhidmatan yg mengecewakan.

    2007 hingga sekarang saya masih memegang polisi insurans B. Tetapi ejen saya telah berhenti menjadi ejen baru-baru ini. Saya berasa amat marah, kerana jika ejen berhenti, maknanya saya akan diletakkan di bawah jagaan ejen yg saya tidak kenali, segali gus menyukarkan saya update polisi saya.

    Persoalannya, adakah ejen2 ini akan menikmati komisyen besar2 di awal2 tahun penyertaan, kemudian bila komisyen berkurang, terus berhenti jadi ejen? Berapa lamakah ejen akan menikmati komisyen dari pencarum? 6 tahun? selepas 6 tahun adakah klien harus bersendirian menguruskan polisi sendiri? Harap tuan rumah boleh memberi pendapat dan nasihat..

    Saya mmg akui insurans itu penting, tapi sikap ejen2 amat mengecewakan saya.
    kadri baru-baru ni tulis pasal..Iman NY berhenti sekolahMy ComLuv Profile

    • sabree hussin December 8, 2010 at 11:20 pm #

      wsalam saudara kadri,
      Pertama sekali terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya.

      Kalau mengikut common practise syarikat insurance yang saya sertai, sekiranya agen dilucutkan title sebagai agent, maka agensi manager yang akan ambil alih tanggungjawab menguruskan polisi insurance client. Namun pada pendapat saya, agensi manager yang sama juga ada kuasa untuk appoint anyone who is consider fit to monitor those policy.

      Rata-rata syarikat insurance kini memiliki perkhidmatan customer service yang sangat baik. Jadi, sekiranya saudara concern untuk update berkenaan status policy and what not, saya sangat galakkan kalau boleh berhubung terus dengan bahagian customer service atau customer support. Pengalaman berhubung dengan AmAssurance, they are very friendly and helpful.

      Pada pendapat saya, ada beberapa reason why agent quit.. and mostly because of commitment. Kebanyakkan yang jual insurance ni ada second job, dan hanya jual insurance as a part time. Bila commitment pada second job bertambah, and they need to let go one of it, selalunya mereka akan quit jadi agent. Why wait sedangkan komisyen makin berkurang tahun demi tahun? And that second job, which is the permanent job we received an increment in salary year to year.

      Yes, it is also about ethic. If I am your friend, and you buy that policy from me, i will feel obliged to give full service to you even though I am not receiving commission anymore.

      Selepas 6 tahun, dan sekiranya agent tersebut masih lagi berstatus agent, bermakna tak dilucut jawatan, dia masih lagi wajib untuk beri 100% servis kepada pemegang polisi. Sebab dia (agent) dah pernah enjoy komisyen selama 6 tahun. Tak boleh jadikan alasan dah tak dapat komisyen sebagai sbb tak nak bagi servis atau nak lepas tangan.

      Agent mmang macam ni sebab kebanyakkannya bertindak atas sebab duit. Mereka jadi agent sebab nak duit dan bukan sebab ada rasa tanggungjawab, and everything. Jadi, dalam kes saudara ni, saya pasti ada cara nak atasinya. If possible, try not to depend so much with the agent. The good news is that you will know the in and out about insurance, and the bad news is that, you already pay for the ‘zero’ service from them.

      Itu lah pendapat yang saya boleh kongsikan. Mungkin Saudara Kadri ada pendapat lain yang boleh kita kongsi sama?

      • kadri December 9, 2010 at 5:12 pm #

        Terima kasih Saudara Sabree atas komen yang baik,

        Cuma saya ingin para ejen berterus-terang saat klien membeli polisi, sampai bilakah ejen ini akan berkhidmat untuk klien? Adakah 6 tahun atau sehingga polisi tamat? Sekiranya Ejen menemui Ilahi sebelum dalam masa tempoh tadi, apakah patut klien buat. Sering para ejen menyembunyikan fakta dan mengambil kesempatan ke atas kedangkalan klien. Yang pasti ejen sering berkata kalau masuk hospital, jangan risau, beliau akan uruskan. Telefon sahaja. TETAPI, kalau dah dia berhenti jadi ejen tiba2 tanpa notis, apa cerita?

        Penjelasan tuan mengenai servis ejen selepas 6 tahun menikmati komisyen mungkin dipandang sebelah mata oleh ejen tertentu. Siapa peduli. Tiada hitam putih yang tertera tanggungjawab2 ini. Memang komen saya bernada marah dan kecewa yang teramat sangat.

        Alhamdulillah saya semakin celik dalam bidang insurans ini. InsyaAllah selepas ini saya sendiri akan menguruskan hal ehwal insurans keluarga saya sendiri seperti yang Saudara sarankan. Pengalaman buruk 3 kali bersama ejen yang tidak bertanggungjawab mendewasakan saya. Sebagai seorang pendidik, seringkali saya mengingatkan pelajar-pelajar saya akan kepentingan insurans kesihatan dan hayat. Saya juga mengingatkan pentingnya mencari ejen yang betul-betul bermoral. Saya maklum bahawa golongan graduan muda adalah sasaran utama para ejen. Saya sudah terkena, dah saya x mahu org lain juga terkena.

        Alhamdulillah selama memegang polisi, saya belum lagi ditimpa musibah. Jadi saya harus berhati-hati di masa hadapan.

        Selamat Maju Jaya Sabree!

        • hisham March 2, 2012 at 4:26 pm #

          agen tak wajib servis client da…. tak de dalam akta insuran atau takaful..

      • Azam December 14, 2010 at 10:31 am #

        kerjaya indar khabar dari rupa eheheheh , saye buat indah je tatau le kan , nak indah kene wat kerja le , ni bukan makan gaji ade keje tade keje dapat duit. kalau kita kerja insyaAllah tiap2 bulan gaji kita naik. Kita buat kita dapat , kalau kita tak buat kita tak dapat. Title tu agak kurang sesuai ye cik empunya blog. Jangan salahkan kerjaya or benda lain. Sebab berjaya atau gagal adalah disebabkan diri sendiri.

        • sabree hussin December 15, 2010 at 12:09 am #

          Yup saya setuju, sebab kerjaya sebagai jurujual insurance adalah komisyen based.

          Macam perompak jugak la, dia buat rompakan dia dapat lah hasil. Macam peragut.. dia ragut beg tangan orang dia dapat la hasil.

          So, sama la macam yang kamu kata ‘kita buat kita dapat, kalau kita tak buat kita tak dapat’ (Ini semua orang boleh cakap. Please Tell me something I don’t know)

          Tajuk nak letak apa-apa pun boleh, yang penting fokus adalah berkenaan dengan kerjaya insurans. Ramai orang diberitahu @ didedahkan yang kerjaya insurans ni bagus, boleh dapat pendapatan tinggi. Saya cuma share apa yang terjadi sebenarnya. HAKIKAT. Tak semestinya semua orang suka.

          Apa yang buat kamu fikir saya menyalahkan mana-mana pihak? Kerjaya or benda lain.. apa you cakap ni.. satu hapa pun saya tak faham

          Kalau kamu percaya yang ‘sebab berjaya atau gagal adalah disebabkan diri sendiri’.. sorry to say, saya dan kamu memang tak sependapat. We see things differently. I don’t say that you are wrong or I am right. But as for me, setiap apa yang berlaku ni dah ditetapkan oleh Maha pencipta. Kalau Allah dah kata kita akan gagal, maka gagal la. Redha.. and move on.

          Tuhan tak jadikan satu-satu perkara dengan sia-sia. Even kegagalan itu sendiri ada hikmah dia. Kegagalan saya mungkin boleh jadi titik tolak bagaimana orang lain boleh capai kejayaan. What i provide in this blog is just information. How people want to use it, is solely up to them.

          By the way, your comment is appreciated. Hopefully, we can discuss matter in a healthy way..

          • herry November 29, 2011 at 11:32 pm #

            stuju dgn blog ni,asik citer bagus je skali skala kena ada citer yg kurang menyenangkan ye x,apapun jadi agen takaful ni mmg besar tanggungjawab,bab komisen tu agen dpt sb dia wiiling to do this job,pada client2 x boleh salahkan agen 100% kalau agen berhenti atau kena terminate, sbnya kalau kita dh tau pentingnya takaful ni jgn marah jika ini terjadi,dan jgn rasa tertipu selagi agen x songlap duit kita,namun sebaliknya kita kena fikir dan faham sblum kita sain kena get ready for any situation dan amik tau klu apa2 jadi kat agen kat mana kita nak tanya,so kita blajar buat sndiri,tel sndiri,mudah mudahan kita pun jadi pandai menggunakn akal fikiran yg dianugerahkn,sb sampai bila nak hrpkn agen buat,smpai bila kita nk dibantu,smpai masa kita kena buat sndiri juga,klu agen masih ada tp buat dekk je bila kita ada masaalah mmg x patut la,tp klu agen quit,terminate or meninggal xkn nk sumpah seranah agen yg dh xde?…siann dia,apapun kita kena redha atas ketentuan ilahi,so maafkan agen2 ni selagi dia x aniaya kita,klu kena aniya pun yakin lah ada hikmah sebaliknya supaya kita berhati-hati di lain masa,tp klu jenis yg main masuk je ins atau takaful ni pastu kena camni,mmg nasib la,sb salah sndiri klu fikir agent akan membantu selama-lamanya..huhu,sy xde niat nak salahkn sesiapa sb sypun amik takaful pastu stiap bln sy byar kat agen pastu sy tel customer service tnya payment sy ok ke x,pastu sy blajar byar sndiri pkai internet banking pastu sy tel lg customer service klu berlaku apa2 problem apa nak buat,so sy blajar dan amik tau apa situasi tanpa bergantung sgt pada agent,so hrp2 sy boleh buat la,agent sy mmg sronok dgr ni,sabar je la..,apapun client dan agent adalah manusia biasa,msing2 ada salah silap,biar win win situation dan bantu membantu dan bersangka baik sesama kita,lg satu klu msuk takaful ni niatkn skali nak bantu sesama insan yg perlukan bantuan sb duit2 kita tu dpt bantu peserta lain yg ditimpa musibah,….insyaallah diberkati usaha kita..aminn…(aku dh melalut ke ni tuan rumah…sory ye..huhu)

      • Azam December 14, 2010 at 10:38 am #

        kebanyakan agent insurance ade second job , fakta dari mana ni

        • sabree hussin December 15, 2010 at 12:15 am #

          This is not fact. This is generalization. That is why the word ‘kebanyakan’ is being used. Kalau sebuk nak fakta pi la distribute questionnaire. Buat survey. Nak sangat info yang accuracy 100% bull’s eye kan.

  8. wan kuantan December 12, 2010 at 9:27 pm #

    salam en sabree,
    asyiknya saya membaca cerita cikgu kadri..sabar aje la cikgu..biasa la di bidang apapun pasti ada segelintir yg menjadi perosak..pokok pangkal terpulang pd individu itu sendiri..apakah dia paham yg kerja itu adalah ibadah..saya pun agen insuran takaful jugak..seronok ye kalau dpt berkenalan dgn cikgu kadri.

    • sabree hussin December 12, 2010 at 10:51 pm #

      Wsalam Wan,
      Baik jugak kalau wan dapat berkenalan dengan Cikgu Kadri, boleh bantu-membantu dalam pengurusan plan takaful nanti

  9. Azam December 15, 2010 at 9:00 am #

    dont blame the job just sebab anda tak berjaya or berusaha buat , tu je.

  10. din January 8, 2011 at 6:01 am #

    knapa kite perlu share benda yg x membawa kebaikan…cerita sebegini boleh memberi pemikiran negetif kpd org yg terlibat…especially yg bru nk naek…bukan kah kita digalakan untuk berkongsi benda2 yang membawa kebaiakn???
    x paham???

    • sabree hussin January 9, 2011 at 9:25 pm #

      Setiap orang ada pandangan tersendiri dan ADA HAK nak menyuarakan pendapat!

      Aku hanya manusia biasa. Tak mampu nak mempositifkan mahupun menegatifkan manusia lain. Kalau ada yang terkesan disebabkan oleh sedikit penulisan yang tak seberapa ni (dan mungkin terdapat sebahagian yang mengatakan penulisan aku ni adalah SAMPAH) itu terpulang pada individu. Aku hanya menyampaikan dan kongsikan buah fikiran aku.

      Sekiranya penulisan aku ni tak membawa kebaikkan, sila abaikan. Anggap la statusnya sangat rendah dan lebih hina dari pornografi.. Aku tak kisah pun. Kalau kamu nak tengok benda-benda yang baik-baik sahaja dalam BLOG PERIBADI aku ni, maaf aku cakap.. kamu mungkin tak akan jumpa.

      Jadi tak perlu nak buang masa kamu. Penulisan ini hanya untuk orang-orang yang mahu berfikir melalui sudut-sudut yang berbeza.

      Wsalam

      • herry November 29, 2011 at 11:49 pm #

        btul,sy suka fikir sudut yg berbeza supaya tau mana yg baik dan x baik,sy x fikir tuan rumah nak share benda x baik,sb ada juga komen2 yg menarik dlm ni,lgpun mungkin sesuatu yg kita nampak baik tu sebenarnya x baik dan sesuatu nmpak x baik tu ada baiknya,jadi renung2kn lah….n peace no war..:)

  11. NIZAMMISHAH B MAHRAN March 9, 2011 at 7:37 pm #

    Salam,kepada semua saya juga amat tertarik kepada semua pendapat dan komen- komen yg diberi,
    Pada pandangan saya yg tak seberapa mungkin ada segelintir yg tak bersetuju dgn pendapat yg diberi oleh En: Sabree hussin sebab itu ada yg terus memberi komen balas yg agak keras,kepada yg memberi komen yg agak keras mungkin atas dasar niat yg baik kerana tidak mahu org lain yg membaca blog ini akan memandang negetif kepada agent insuran atau takaful,dan secara tak lansung akan melemahkan semangat mereka yg baru berjinak-jinak dlm industri ni.pada pandangan saya tajuk”Insurance Agent. Kerjaya Indah Khabar Dari Rupa”adalah pendapat dan pengalaman yg dilalui oleh En:Sabree,besar kemungkinan En:Sabree sudah berusaha berhabis-habisan akan tetapi tidak membuahkan hasil seperti yg diharapkan atas dasar pengalaman En:Sabree.Kita kena percaya hukum alam dan ketentuan Allah swt,
    Kerana pengalam yg dilalu oleh seseorang tidak sama,sebab itu Allah swt menjadikan manusia dari pelbagai bangsa,keturunan,bahasa dan berlainan jantina utk kita sama-sama berfikir,Jika semua org nak jadi agent Insuran @takaful siapa pulak nak jadi polis,bukak kedai makan,cikgu dan bermacam lagi,kerana semua org dimuka bumi ini ada paranan dan tanggung jawab masing-masing..Besar kemungkinan Kejayaan En:Sabree adalah dlm bidang yg lain kerana Allah swt lebih mengetahui apa yg terbaik utk setiap hambanya seperti kita ini.pada pandangan saya kepada cikgu kadri dan apa yg dilaluinya,saya Cuma syorkan supaya cikgu kadri sendiri menjadi agent insuran@takaful agar lebih memahami selok belok Ilmu berkaitan Insuran@takaful dan dapat mengurus polisi sendiri agar tidak timbul lagi pengalaman seperti apa yg dilalui sebelum ini,secara tak lansung dapat mengurus polisi anak-anak,keluaraga saudara-mara cikgu kadri.Apa pun yg kita lakukan bergantung kepada niat.Saya sendiri melalui pengalaman yg saya panggil kerja Amal,ia itu saya sering datang berjumpa sahabat-sahabat saya apa bila diminta memberi pendapat atau pertolongan apa yg mahukan,sedangkan mereka tidak mengambil polisi dgn saya,akan tetapi mereka lebih senang merujuk kepada saya,saya tak untung satu sen pun,akan tetapi saya percaya rezeki itu Allah swt yg tentukan yg penting kita berniat baik.sebarang pertanyaan boleh hubungi saya,Insya-Allah apa yg mampu saya jawap saya akan jawab.

    NIZAMMISHAH B MAHRAN
    No H/p:017-606 1789
    MAA TAKAFUL BERHAD
    “We Do What is Right”

    • sabree hussin March 14, 2011 at 1:38 am #

      wsalam en Nizammishah.. semoga Allah sentiasa memudahkan urusan dunia dan akhirat saudara..

  12. soberii March 11, 2011 at 2:25 am #

    apsal ang nie gagal??pemalas jual insuran la 2 smpai 2 kali kne warning letter…dop tidoq,tgok sinetron ngan drama korea j,pas2 nk blame kerja x elok..muka da nerd,tp pmalas plak..sedar2 la bai..ramai ja jual insuran nie bjaya,cme nk ad usaha j..pas2 kata ad fatwa jual insuran nie haram,abeh 2 yang ang gatai jd ejen lak 2 apa pasai..msuk bdang apa pon kalu nk goyang teloq ja mmg smua x jd la..ang tulis blog nie rajin la plak..apa da..klu ang malas dop nk main teloq ja baik ang wat kerja yg bleh dpt hasil dr teloq ang 2..jgn skrg nie ja rajin main teloq,da dpt kerja yg berasa kn hasil teloq 2 nti jd malas plak..nti ad plak blog jual teloq,indah kabar dr rupa..terima kasih..org nerd x leh marah

    • sabree hussin March 14, 2011 at 1:36 am #

      Maha suci Allah yang menjadikan sifat sabar sebagai sebahagian daripada diri hamba yang hina dina ini. Sesungguhnya walaupun Muhammad s.a.w adalah semulia-mulia manusia, namun baginda tak terlepas dari tuduhan, cacian, makian kaum KAFIR, yahudi, nasrani dan musuh-musuh Allah lainnya. Tidak Allah menjadikan mulut dan kepala otak engkau untuk memaki orang lain dan melemparkan tuduhan-tuduhan yang menggambarkan kelemahan diri engkau. Dunia ini pasti lebih indah tanpa orang macam engkau yang buat kotor walau diBumi mana engkau berjalan.

      Apa pun terima kasih sebab sudi singgah dalam blog yang tak seberapa ini..

      Penulisan aku adalah perkongsian.. Dunia ni bukan di didiami oleh orang yang berjaya semata-mata. Jadi apa salahnya melihat dunia melalui perspektif orang yang gagal? Walaupun lihat benda yang sama, tak bermakna akan nampak benda yang sama. Boleh jadi berbeza.

      Maaf kalau penulisan ini tak tercapai dek akal kamu, dan kiranya kamu memiliki IQ yang rendah untuk menafsir apa yang aku sampaikan. Jangan risau walaupun sikit, aku bukan target orang macam kamu untuk baca blog aku.. Aneh bila kamu begitu obses dengan telur..

  13. mie BerJAYA March 23, 2011 at 6:12 am #

    A’kum,
    Saya nak kongsi sikit jee ni, untuk BerJAYA kena ada RESEPI, KALAU MASAK TAK TAHU RESEPI macam mana nak SEDAP silap2 sakit perut, pasal kerjaya insurance ni SEBENARNYA tak susah pun untu BERJAYA… saya sebenarnya bekas JURUTERA MEKANIKAL graduan Oversea dan juga bekas kaki Bisnes MLM macam2 yang PERNAH telah Berjaya & Gagal berkali2 kerana terpaksa MENANGGUNG HUTANG HUTANG MODAL MLM, MLM memerlukan modal besar(Modal= Wang Besar+Masa Banyak utk Tumpu Bisnes) dengan penuh HASRAT nak lebih SELESA TAPI SEBALIKNYA selepas beberapa tahun, apa jadi? modal banyak keluar dan 5 kad kredit habis limit termasuk Amex… tetapi setelah saya bertemu dengan SESEORANG tu, ia telah memperkenalkan suatu bisnes yang modal terlalu kecil( Wang Kecil + Masa tak banyak) tapi PENDAPATAN yang BANYAK dan BERKEKALAN ALHAMDULILLAH… dengan bermodalkan tak lebih RM80.00(lapan puluh ringgit)dan lebih kurang waktu kerja 2jam hingga 5jam sehari telah MENYEBABKAN pendapatan PALING TINGGI SETAKAT NI pernah lebih kurang RM60,000(enam puluh ribu) sebulan, kerja tak BANYAK tapi income OK lah tu, kalu nak banyak lagi USAHA LAGI… nak tahu bisnesssss apa… bisnes utk mereka yang BETUL2 ingin BERJAYA DALAM HIDUP dan bukan sekadar cakap jee “nak berjaya” tapi malasss, kerjayanya SEBAGAI PERUNDING INSURANS AMLIFE INSURANCE BERHAD DENGAN NSCB (11 TAHUN BERTURUT TOP3,Ramai org nak Berjaya senang tapi susah utk keKalkan KerJAYA, tapi kalau dengan Kami InsyaAllah senang utk KEKALKAN KEJAYAAN)… kalau sesiapa yg BETUL2 nak RESEPI KEJAYAAN sila hubungi saya 017 9734 896 atau email: azmie_ambg@yahoo.com.my… w”salam

  14. faiz March 24, 2011 at 3:15 pm #

    assalamualaikum en Sabree, terima kasih atas info. Berkenaan idea dapat insurance percuma, ingin saya kongsikan sedikit. Tapi saya hanya membaca buka pengamalnya.ini laman web yang telah terang tentang MXm tu http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/03/mxm-jual-insurans-pakai-skim-piramid.html

  15. ana April 5, 2011 at 11:22 am #

    Assalamualaikum…

    Saya masih pelajar. Saya telah ditawarkan jadi ejen insurans Great Eastern di ipta.Saya masih mentah pasal ini. Seriously, sy tak minat langsung nak ceburi bidang insurans sebelum ini. Memang saya ada tunjuk minat bila manager offer. Tp sebelum saya ceburi bidang ini, saya kene tahu soal selidik dulu pasal kerjaya ini.Manager tu dah siap buat bisnes kad untuk saya dan sediakan file. Saya rasa saya tak boleh pergi dlm bidang ini. Ini melibatkan trust pelanggan. Integriti seorang ejen boleh jatuh bila ejen stop. Macamana nak buat ini?
    ana baru-baru ni tulis pasal..Testimoni Pesakit Kencing Manis- Darah Tinggi- GoutMy ComLuv Profile

  16. Ana Admi April 27, 2011 at 1:43 am #

    Salam..dan terima kasih kerana sudi untuk berkongsi pendapat.. saya pun baru je dalam bidang takaful dan baru lulus exam bulan lepas, tapi banyak pengalaman yg sy dapat, saya banyak mengenali people behaviour dan skiLL comunication juga bertambah, disamping itu, saya berpuas hati sebab dapat membantu org lain dalam merancang pelan kewangan mereka, yang penting melakukan kerja denga ikhlas bukan utk komisyen semata2, terima kasih
    Ana Admi baru-baru ni tulis pasal..TIREDMy ComLuv Profile

    • sabree hussin April 27, 2011 at 3:32 pm #

      wsalam.. terima kasih sudi singgah.

  17. insurance agent May 6, 2011 at 11:48 am #

    salam, sy setuju dgn pendapat anda kerana hak masing2 utk memberi pendapat.. ini tahun keempat saya sbgi insurance agent.. memang tidak dinafikan kerjaya ini memang sukar..tetap ia tidak bermakna ia tidak oleh dilakukan.

    memang ada yg berjaya dan ada yg tidak berjaya kerana usaha itu adalah dari diri masing2, x perlu menyalahkan org lain..(sy x kata sesiape dlm ni salah ek.. hehe)cube kite lihat ye.. bukan dlm bidang ni je..sume bidang dlm dunia ni sume mempunyai kesammaan, cth nye x sume doktor berjaya dlm bidang kedoktoran, x sume lawyer berjaya dlm bidang guaman, x sume cikgu berjaya dlm jd cikgu, so same la ngan bidang ni.. cume ape yg sy nk sampai kan..bg sy ini bidang yg bagus kerana sy dpt membantu org lain didalam kesusahan, mengikut pengalaman sy 4 thn dlm bidang ni.. alamdulillah sy dpt tolong yg memerlukan.. dan ditambah pula 60% bumi putera xde insurance..ish kesian bile sy fikir kan..bile kite usaha sungguh2 dgn iklas utk membantu insyaAllah ade rezeki..dr segi komisen mmg masyuk..kalau x masyuk xkan sy stay smpi 4 thn ni kan hehe..well tu je kot nk share.. sy ni bukan la penulis yg bagus.. kalau ade kesalahan tu maafkan la ye..

    “I have not failed 1,000 times. I have
    successfully discovered 1,000 ways to NOT make a light bulb.” -Thomas Edison.

    • sabree hussin May 9, 2011 at 12:23 pm #

      thanks saudara hafizul.. lain orang lain yang dirasa kan?

  18. din May 6, 2011 at 3:18 pm #

    walau wei.. terbaik la tajuk… aku rasa ko sesuai la jadi penasihat sabree.. sekali ko kata blog ni untuk beri pendapat tapi ko bagi 4 nasihat.. memang ko ni terrer la bro..

    oklah kalo ko kata insurans agen ni indah kabar dari rupa, apa kerja lak yang ko nasihatkan yg indah segala2nya? tolong kongsi dengan aku pekerjaan apa yang terbaiiiikkkkkkk?

    ko ni cerdik pandai orgnya.. apa pendapat ko kalo org ckp kerje ko skrg ni indah kabar dari rupa? aku setuju dengan pengalaman ko yang banyak tuuu tapi boleh tak ko baca balik ape yang ko tulis? ko ni mcm mengutuk jer kerjaya sebagai agen insurans? cara ko ckp ni mcm ko tahu semua benda kat dunia ni.. teruskan usaha ko tu..

    kepada sesiapa yg nk join insurans biz, tolong pilih kompani insurans yang betul sebab dan tentukan niat anda..

    bagi aku, tak semua dilahirkan untuk menjadi agen insurans dan apa jgk keje lain.. tak semua agen insurans tu teruk..

    aku bukan agen tapi cara ko mengenengahkan dan menghuraikan tajuk ni mcm tak sesuai la bro.. aku mintak maaf la kalo ko terasa tapi ada aku kisah?

    • sabree hussin May 9, 2011 at 12:23 pm #

      Tak kisah din nak kata apa

  19. seli December 22, 2011 at 10:27 pm #

    terima kasih sebab tuan mengejutkan orang insuran yang tengah lena tido kot, semua agen dah sedar, lepas ni kita rajin2 cari client baru, jgn lupa servis dia orang. apa2 cara jualan kena rujuk kepada bank negara, ramai sungguh agen insuran & takaful tipu client dengan pelbagai cara, sungguh jahat & dashyat, melibatkan puluhan juta duit client, sila rujuk kepada bank negara. sedarlah, nak makan duit cara tipu ke…ntah esok kita mati, bila nak mintak maaf tu ? juallah cara betul. apa2 kekeliruan tentang insuran sila rujuk bank negara….

    • sabree hussin December 24, 2011 at 7:36 pm #

      Strategy hit and run la ni ye encik seli? dah jual dekat client, dah dapat duit dia lepas tu terus tinggal

  20. mr 2012 January 1, 2012 at 5:54 pm #

    boleh buat apa2 kerja asalkan halal. niat hati mesti ikhlas, jujur. untuk berjaya harus berpandangan jauh dan bermatlamat tidak kira dalam bidang apa yg di ceburi. kali pertama membaca blog..rasanya tajuk x sesuai, komen blogger agak mengikut kata hati, dan hanya melihat dari segi kegagalan dan keburukan sahaja. apa2 kerja tidak kira jadi tukang rumah ke.. pandang yg positive dulu dan memperbaiki kelemahan dan mengorak langkah agar tidak mengulangi kesilapan yg sama. apabila anda kondem org lain, kita pun mesti terima teguran yg drpada yg lain. guna ilmu yg ada untuk kebaikan, dan segala tindakan dan penyampaian mesti bermula daripada hati yg bersih, bukan faktor kekecewaan. saya bukan insuran.. terima kasih

  21. jem January 27, 2012 at 1:14 pm #

    satu article yg very low quality dan tiada manfaat kpd sesiapa..buat insuran konvesional haram takaful jadi apa wajib, harus? apa yg saya nak kata pada anda it is all bullshit la bro..you jgn la nak tunjuk pandai nak buat analisa tak pernah jd insuran ajen lepas tu pernah jadi ejen pulak,,, cut all the BS and all that crap…kalau anda tak berjaya jgn ckp market tepu dsbnya…sebenarnya anda adalah seorang yg bodoh dan pemalas…sbb tu anda tak berjaya..itu saja

    • sabree hussin January 28, 2012 at 2:03 am #

      Ok jem, terima kasih Memang ikhlas betul nampaknya komen awak tu? Puas hati dapat menyumpah seranah orang.. takpe2 .. kutuk la lagi.. kita jumpa dekat akhirat nanti ye.. semua yang kamu kutuk ni, saya akan tuntut di akhirat.

      eh silalah kutuk lagi.. kalau masih belum puas.. i ok je dengan kutukan-kutukan ni semua. Tak mengurangkan apa-apa yang ada pada saya pun. Peace :-)

  22. zul January 27, 2012 at 10:45 pm #

    klu da smpi kena warning..sorry to say, memang pemalas tu bro.. minimum target untuk mengelakkan diri dari kena warning rendah jer sebenarnya.. pejam mata pon bole dapat.. so kalau diri sendiri yg malas, jgn keje yg di salahkan..

    Lagi satu, aku tengok org yg gagal n suka menyalahkan benda/orang lain, tapi bukan diri sendiri ni, kebanyakannya keje semata2 nak duit cepat..cuba ko tanya diri sendiri, tanya jauh di lubuk ati ko, . betul ke tak apa aku cakap ni??? nak cepat kayo kan?.. bukan sebab passion nak bantu client….bagi aku, pendapatan no 2, sebab aku sentiasa percaya misi aku nak tolong org lain.

    Bila ia jadi satu misi, aku da tak terasa macam bekerja dah..keje jadi mudah, ia da jadi passion aku utk membantu selagi aku terdaya..klu ko percaya dgn produk ko, ko akan share dgn orang lain setiap hari tanpa jemu.. sekarang aku nak tanya, berapa banyak ko jumpa n share dgn org tentang insuran dalam seminggu? Numbers cant lie bro.. klu ko tak share dgn ramai org, memang ko takkan ada banyak business.. betul kan?

    Lagi satu, client aku sentiasa utamakan.. even orang yg beli insuran dgn company lain, tapi agen da x service lagi..pun aku akan bantu, jika dia nak warded,claim etc..

    bila client ko sentiasa utamakan, wang akan datang dengan sendirinya.. client akan ingat ko n akan refer ko dgn org lain.. tapi nak bina semua tu, x amik masa cepat.. sentiasa ingat, insuran bukan skim cepat kaya.. semua real biz mcm tu.. just my 2 cents

    • zul January 27, 2012 at 11:13 pm #

      oh ye.. lagi satu, aku tak pernah paksa/pujuk client aku utk beli insuran.. kenyataan ko salah.. agen yg begitu adalah agen yg nak duit cepat, yg tak pikir pasal nasib sang client itu sendiri..janji dapat pujuk, dapat la komisen.. agen yg mcm ni la yg cepat gagal.. pastu menyalahkan keje tu susah.. tapi tak pernah tengok diri sendiri n salahkan diri sendiri dulu.. this is the real truth! betul kan? kan? kan?

      kalau agen benar2 paham kepentingan insuran di zaman sekarang, seseorang agen itu akan share dgn lebih ikhlas, niat yg datang dari hati yg ikhlas adalah lebih mulia.. betul aku cakap, aku tak terasa macam bekerja pon.. tapi macam misi pulak.. komisen belakang kira.. klu agen ikhlas, percayalah, duit akan datang dgn sendirinya.. network biz akan terbina, tapi client mesti diutamakan terlebih dulu.. n percayalah, ia tak boleh amik masa dlm sebulan dua atau setahun.. semua biz, bagi masa at least 3 tahun tapi kena keje kuat dulu (klu malas, 3 tahun pun tak guna) sentiasa ikhlas, reward yg besar pasti datang..

    • sabree hussin January 28, 2012 at 3:11 am #

      1. Saya bkan nak jadikan jadi agent ni kerjaya tetap. So normal la kalau kena warning letter yang membawak kepada termination. Pejam mata pun boleh buat? Tu riak namanya. Hati-hati sikit zul.

      2. Zul nak jawapan dari lubuk hati kan, okeh biar saya share hal sebenar. Waktu saya join jadi agent takaful ni, waktu tu saya masih belajar lagi. Degree in finance. Salah satu subjek yang saya kena ambik ialah islamic finance. Jadi memandangkan dalam silibus pembelajaran, kami tak ada satu program untuk mendalami produk ataupun instrumen kewangan, jadi dengan effort sendiri saya join jadi agent takaful. Classmate lain ada yang take effort untuk jadi agen unit trust, agen pinjaman koperasi, dan yang tak buat apa-apa pun ramai. benda ni semua sendiri punya usaha. Cepat kaya bila jual polisi? Oo please.. jangan suka-suka hati nak golongankan aku dengan orang lain yang zul biasa jumpa. This is solely for my education purposes. Kalau faham bagus, kalau tak faham sudah.

      3. Mestilah aku share dengan ramai orang. Bukak kaunter, door to door dll.. asal bukak mulut je mesti akan keluar cerita pasal takaful (product yang saya jual). Sampai boleh hafal apa benda yang saya jual. Alhamdulilah dapat sale walaupun buat secara part time. Rasanya, apa yang agent lain buat, saya pun buat jugak. Saya sendiri ada kekangan peribadi, perlu set masa untuk belajar, dan perlu masa untuk aktiviti persatuan pelajar. Masa time belajar saya antara AJK Tertinggi, maka komitmen perlu dibahagi ke situ jugak. Yep.. nak kata ini cuma alasan pun boleh. Tak salah dan saya tak akan nafikan. by the way, dekat sini jugak saya nampak kos overhead jual polisi ni agak tinggi. Ada masanya, dalam seminggu wang keluar aku lagi banyak dari wang masuk. Aliran tunai aku menunjukkan negatif flow.. so it is not good for a student macam aku. faham?

      4. Client is my priority. Sama la dengan ko. Sampai satu tahap aku rasakan, ianya mengganggu jadual aku, dan dari situ aku decide this career is not for me. Sooner or later I will quit. It is just a matter of time.

      5. Tak pernah pulak aku tengok insurans ni sebagai alat atau mekanisme skim cepat kaya.. haish macam mana ko boleh keluarkan pendapat macam ni. Insurans tu insurans lah.. skim cepat kaya dia ada lah method dia sendiri.

      6. Tak pernah pujuk customer untuk beli insurans? ko pasti tak pernah buat langsung? wallahua’lam. Kalau dah ko kata tak pernah buat, tak pe la.. aku percaya je la.

      7. banyak betul kan kan kan? Ko nak paksa aku setuju dengan statement ko ke? Bagi aku, aku gagal dalam industry ini ada sebabnya lah. Bukannya aku salahkan market, salahkan company, salahkan masyarakat, salahkan itu ini.. what for?

      8. Subjek pasal insurans ni dah jadi redundant untuk aku. Dkat agency kena belajar, dalam kelas pun aku kena belajar jugak. Nak jadi agent kena jawab exam, dekat U pun aku kena jawab exam. Pusing-pusing benda sama jugak. SO macam mana pulak aku boleh tak faham? memang faham sangat-sangat lah.

      9. By the way, thanks la bagi komen dalam blog aku yang tak seberapa ni. Apa yang aku tulis just pendapat je. Tak semestinya betul untuk orang lain, tapi ia betul dalam situasi aku.

      10. Ko punya komen ni dah macam motivational talk pun ada.. haish.. penat dah baca buku motivasi. Apa kata ko pun share apa strategi dapatkan client yang orang msih belum tahu lagi. Baru ada value-added.

      wallahua’lam

  23. zul January 28, 2012 at 11:16 am #

    Aku baca satu persatu jawapan ko sebanyak dua kali!! daripada yg aku baca, kesimpulan aku ini adalah alasan.. alasan dan alasan.. excuse untuk membenarkan apa yg ko buat.. macam aku cakap, ko tak pernah tengok diri sendiri dulu sebelum menyalahkan org lain. Sekarang ko baca betul2 apa yg aku tulis ni..

    kalau ko betul2 buat, ko tak mungkin akan gagal dalam biz ni. Melainkan presentation ko sehari memang sikit. Presentation!! duduk n present betul2! Bukan setakat exchange card, bukan setakat tahan orang tengah jalan sambil cakap “bang, da ada insuran?” “bang, medical card da ada?” At least presentation kena 3 sehari (kalau dpt 5, lg bagus)5 hari keje, 15 presentation.. takkan 2-3 case tak boleh bukak.. nombor takkan menipu bro..Allah akan tolong kalau org keje kuat.. tak mungkin ko tak reap the reward, selepas usaha kuat.. kalau ko benar2 faham, kepentingan insuran pada client ko, presentation 3 sehari bukan satu masalah.. sebab ko benar2 nak tolong org. Tapi kalau keje sebab duit semata2, memang tak jadi la bro..penulisan ko yg memang menampakkan ko keje semata2 sebab duit.. tapi ko tak nak mengaku..

    Since, ko kata duit keluar lebih banyak dari duit masuk, kalau ko sedar, ini memang biasa dalam mana2 biz yg baru.. network belum luas, orang belum kenal lagi.. banyak marketing kena buat.. even orang baru jual nasi lemak pun, akan amik masa beberapa bulan hingga setahun baru dapat untung. Sebelum tu, dia kena amik risiko rugi dulu, jualan teruk, makanan tak habis, cashflow teruk etc etc (tats y dlm biz kena ada reserved fund).. sebab org tak tau lagi makanan sedap ke tak, service bagus ke tak.. tapi kalau dia bagus, dengan perseverance, pasti berjaya.. Allah pasti tolong! Tapi semua biz memang amik masa.. marketing kena buat dulu,presentation kena buat sebanyak mungkin (utk lebih senang, jgn anggap sebagai keje, anggap satu misi utk bantu org. Tapi ko kena faham kepentingan n kelebihan produk ko dulu) klu selalu tolong n service org dengan ikhlas, satu hari nanti pelanggan yg puas hati secara tak langsung akan promote utk ko..words of mouth is so powerful.. tats y aku cakap semua biz termasuk insuran, kena tunggu at least 1-2 tahun. Paling lama, 3 tahun.. pastu,biz akan jadi senang, InsyaAllah..

    Apa yg aku cakap is true for all the biz.. org yg gagal, memang takde perancangan n pemalas.. pastu nak duit cepat.. kalau cakap bagi masa 2-3 tahun, mulala mengeluh.. padahal semua biz sama.. this is the REAL HARD TRUTH! Mungkin ko tak bole nak accept realiti.. hehehe

    Since, ko kata biz ni ko memang takkan buat keje tetap, jadi sangat TAK ADIL utk ko menulis seperti yg ko da tulis kat atas.. kalau seseorang tu benar2 bekerja keras, penat lelah at least setahun, tapi tetap gagal, aku bole terima..

    Masalahnya, orang lain bole buat, takkan ko tak bole. Aku bole buat, takkan org lain tak bole buat bro..ingat senang ke masa aku start dulu.. sangat tak mudah..duit x cukup slalu, simpanan hampir habis, banyak dugaan berlaku.. tapi aku sabar, sebab aku SEDAR, SEMUA BUSINESS MACAM NI PERMULAANNYA.. aku juga manusia biasa.. takde speciality dalam hidup aku..Tapi aku tetap percaya Allah akan tolong aku.. then miracle happen… no need to say, I’m glad I did what I did..

    Aku rasa, ko hanya layak bekerja dgn org lain.. lebih mudah kot.. biz bukan profession utk ko..

    Thanks.

    • zul January 28, 2012 at 12:05 pm #

      “4. Client is my priority. Sama la dengan ko. Sampai satu tahap aku rasakan, ianya mengganggu jadual aku, dan dari situ aku decide this career is not for me. Sooner or later I will quit. It is just a matter of time. ”

      Perlu diingat, hampir semua biz, servicing d client is very important, klu x, takdela org yg entertain client kat karaoke, main golf dgn client atau bg limau time Chinese New Year.. (tapi aku tak le smpi wat camni, servicing client dlm insuran lain, ko paham kan?) tats y aku cakap ko tak layak wat biz.. ko layak keje dgn org jer, itupun jgn wat sales.. kang tak pasal2 ko kena entertain client, tapi bole claim balik ler dgn boss.. hehe..

      • sabree hussin January 29, 2012 at 12:52 am #

        “ko tak layak wat biz.. ko layak keje dgn org jer”

        Ayat tu kalau aku tak salah faham.. itu lebih menjurus kearah penghinaan. Baru setakat kenal orang melalui penulisan yang tak seberapa, dah pandai-pandai nak label orang ni tak layak buat bisnes lah, hanya layak kerja dengan orang la..

        Apa benda ni? Dah fikir masak-masak ke sebelum nak keluarkan statement macam ni

    • sabree hussin January 28, 2012 at 12:46 pm #

      1. Baca dua kali kalau tak faham apa yang aku tulis dan apa yang aku maksudkan, sama je macam ko tak baca langsung.

      2. Orang ‘berjaya’ macam ko ni memang macam ni.. pandang serong pada orang yang ‘gagal’ macam aku. Bagilah apa sebab sekali pun, semuanya ko akan kata alasan, alasan, alasan

      3. “kalau ko betul2 buat, ko tak mungkin akan gagal dalam biz ni”?.. la.. penat je aku share dengan ko yang aku join ni sebab for the sake of experience & education. Untuk memahami financial instrument & product.. memang aku boleh belajar dalam kelas, but I am seeking something extra. Aku dapat belajar more about insurance (in my case is takaful) melalui agensi yang aku join.. kan aku bagitau, masa aku join dulu, aku ni student lagi. Ko tak pernah jadi student ke? Banyak la pulak masa nak buat revision, student council, takaful lagi.. it cramps my daily schedule

      4. presentation 3 kali sehari.. it’s a good idea.

      5. “Tapi kalau keje sebab duit semata2, memang tak jadi la bro..penulisan ko yg memang menampakkan ko keje semata2 sebab duit.. tapi ko tak nak mengaku..” la.. andai kata betul sekalipun aku buat takaful sebab duit, salah ke? At least duit komisyen tu aku boleh guna buat topup, beli buku, belanja bulanan, keperluan masa belajar, dll. Duit adalah salah satu sebab kenapa aku nak buat takaful, potential income dia menarik minat aku untuk jump into the bandwagon.

      6. Sekarang ni apa yang aku nampak, ko lebih suka serang peribadi aku daripada kritik entry yang aku buat.. what to do.. orang macam ko ni memang bersepah-sepah. You are not my first annoying blog reader. :-)

      7. Yang ko nak cerita pasal nasi lemak ni kenapa pulak. Just skip the details. Aku ada banyak buku-buku teks yang story benda sama (pasal business la, bukan pasal nasi lemak). introductory phase, maturity phase bla bla bla.. itu semua ko tak highlight pun tak apa. Please hanya tulis benda-benda yang aku belum tahu. Geli aku bila ko lecture benda-benda yang aku dah tau kat aku. kesimpulan dia, point taken.

      8. Apa yang ko cakap is true for all business.. it’s to much la kalau ko nak buat generalization kat situ. lain business, lain model dia.. mana boleh ko samakan semua bisnes. Ada bisnes yang konsep dia adalah monopoli. They solely control all the resourses.. style dia lain. Tapi aku bukan nak cerita pasal monopoli dekat ko.. takut ko tak paham. Semua biz tak sama. Itu pendapat aku. Nak setuju terpulang, tak nak setuju pun terpulang. Tapi tengok style ko.. ko memang tak akan setuju punya.. terpulanglah.

      9. Tak adil untuk aku tulis seperti apa yang aku tulis dekat atas? la… aku tulis pasal pengalaman dan perjalanan hidup aku je pun..tengok betul-betul nama blog ni, mohdsabree dot com.. blog peribadi kot dan ia mencoretkan bagaimana aku mentafsir dunia dengan cara aku sendiri.. nak kena ada keadilan dulu? Ko ni kenapa? waras ke tak ni.. :-)

      10. orang lain boleh buat teruskanlah. Ko boleh buat, tahniah lah. Bagus lah.. lain orang lain lah ability dia. Ada benda yang ko boleh buat, aku tak boleh nak buat.. dan siapa tahu, apa benda yang aku boleh buat, mungkin ko sendiri pun tak boleh nak buat.. so tak bolehlah aku nak kata aku boleh buat, mesti orang lain boleh buat. Chef wan pandai masak, tak bermakna aku pun pandai masak.. Tak tau lah ko akan faham ke tak..

      11. “Aku rasa, ko hanya layak bekerja dgn org lain.. lebih mudah kot.. biz bukan profession utk ko..” Ni apa niat sebenar ko buat statement macam ni pasal aku? Aku malas nak salah anggap, so apa kata ko terangkan apa sebenarnya niat ko ni bila buat statement macam ni.. itupun kalau ko berminat nak explain lah.

      12. Entah apa yang ko sakit hati sangat dengan aku kan.. chill lah.. emotional sangat nak buat apa?

      13. Yes.. I lost one thing (which is takaful), but in returns, I gain so many thing.

      wallahua’lam

    • Syabizz February 8, 2012 at 2:07 pm #

      Salam En. Zul,

      Tak semua orang sama…. Kalau ko ejen insurance yang bagus, ko tak kan tulis macam ni, macam ko bagus sangat…

      Aku dah baca komen kat sini, aku rasa ko bukan nak membantu, tapi ko kondemkan orang… Kalau dia rasa dia tak boleh buat dan nak share dia punya experience tu, biarlah… yang ko rasa lebih2 tu kenapa…

      Kalau dia bagi alasan pun biarlah.. hidup dia, pandai2 lah dia nak cari duit nak hidup kat dunia ni..

      yang aku paling tak suka, ejen insurance yang tak boleh kena kritik… rasa tercabar… macam ko lah zul…

      Aku pernah jadi ejen insurance takaful (sebab insurance konventional tu haram, jgn nak marah lak aku cakap macam ni sebab memang betul, buat apa ko nak offer benda haram kat org kan)… aku pun gagal gak dalam kerjaya ni..

      Ko nak kata aku malas, tak buat homework, takde perancangan.. betullah tu.. sebab org atas aku suruh aku buat fulltime, aku berhenti kerja sebab katanya boleh dapat beribu2 sebulan… aku pun follow seperti yg disarankan… bak kata sabri, nak jumpa client ni cost overhead tinggi… habis tu minyak, telephone & etc kena bayar pakai duit, kalau pakai air liur boleh lah… jahanam aku tau… bila aku check2, org atas aku ni buat full time, saving dia ada 250k.. aku takde lah banyak tu…. nak tunggu 3 tahun, habis tu, selama 3 tahun, family aku nak makan apa? Makan angin? Makan pasir?

      Orang atas aku pun tak ikhlas…. dia pun nak cepat naik gak, iyalah bila kita buat sales dia pun dapat overrriding,….. hampes….

      Ko berjaya, kira nasib ko baik lah… tapi ko jgn nak menidakkan org yang tidak berjaya…

      Dalam dunia semua org perlukan duit.. tapi kalau niat ko tu baik nak tolong orang alhamdulillah… aku kerja nak duit sebab aku nak tolong family aku, tolong juga namanya tu…

      sekarang aku dah tak jadi ejen.. aku makan gaji sebab aku gagal sebagai ejen insurans tapi aku redha.. (mungkin sebab aku tak rajin jumpa orang, malas dan aku pun kena berjimat cermat gak utk family aku)…kalau setiap appointment confirm dapat sales takpe juga… lain lah ko saving banyak kan…

      So, money is not everything but everything is money…

      Aku harap ko faham masalah dan kekangan yang dihadapi oleh orang2 macam aku… Ko nak kata ini adalah ALASAN, terpulang lah kat ko…

      Salam…

  24. nash February 28, 2012 at 7:36 pm #

    ingat satu je bro. kejayaan itu dilakukan oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa. sapa nak jadi ejen seluar dalam? g- string. kenalkan kat 6 membe dapat stok seluar dalam seumur hidup. sape berminat sila pm orang yang tulis blog ni

    • sabree hussin March 1, 2012 at 12:29 am #

      aik kenapa kena PM dekat orang yang tulis blog ni pulak?

  25. hisham March 2, 2012 at 4:43 pm #

    bagus… ni banyak komen2 yang hangit lagi hangus… sonang yo.. nak buek, buek, tak nak tak nak buek sudah…den nak buek… yang tak nak jadi agen boleh keje makan gaji ke meniaga lain ke… ikut suka hatilah.. tapi saya buat takaful masuk tahun 15 elok yo.. .. tak la kayo… tapi ando.. la sikit- lebih…. yang gagal tu pun sobonarnyo BERJAYA JUGAK… UNTUNG SOBONARNYE… ORANG YANG GAGAL… manis nye kejayaan sebab pernah merasai GAGAL!!

  26. bon May 11, 2012 at 1:42 am #

    salam sabree,

    kamu ade seorang yang sangat negative…saye rase malu mepunyai saudara seislam mcm kamu..SANGAT KOLOT DAN NEGATIV..

    da la org islam melayu kurang kesedaran dalam insurans, keje kamu nk melemahkan semangat ejen..

    kalau da BODOH DAN GAGAL jgn libatkan org laen..ko da gagal dalam insurans sebenarnya..

    • sabree hussin May 26, 2012 at 1:00 am #

      Aku gagal insurans, aku BERJAYA benda lain. Ada aku mintak ko duit untuk teruskan hidup? Tak ada kan… so apa lu susah?

      Aku pun malu jugak kita bersaudara atas landasan agama. Orang Islam yang aku kenal tak mengatakan orang Islam lain tu sebagai Bodoh.. haish sakit ati pulak budak ni dengan aku. Apehal

  27. Eastfar May 14, 2012 at 4:42 am #

    Hangat debat ni. Terbaca pulak time tgh menambah ilmu berkaitan takaful. Mcm2 ragam ye. Tapi just nak share sikit tentang diri….. Aku lepas grad kerje sebagai arkitek di syarikat swasta. Memang cita2 aku la tuh. Tapi rupanye tak same seperti yg aku bayangkan. Kerje lewat malam, sabtu ahad pun ade, gaji rm 3000 jer mula2,. Aku ni suka bersosial dan ramai kawan. Suka aktiviti outdoor dan lasak. Aku mula berjinak2 dgn takaful masa student lagi, tapi takda laa ambik exam pun. Sambil jadi arkitek, aku buat part time, tu pun kawan2 yg kenal jer. Sebulan mesti ade sekurang2 nya 2 orang masuk. Sedar tak sedar income aku mencecah rm 1500 Dalam mase setahun. Keje lepak minum dan main futsal sambil borak2. Seronoknye…. Aku pun nekad berenti sementara dari kerje aku utk selama 6bln…. Biasala takde komitmen lagi… Aku pulun btol2 termasuk join bukak booth dan personal sales. Sekarang ni dah masuk tahun ke empat… Income aku dah mencecah rm 7000 keatas. Aku pun tak percaya mula2. Kalau mengikut perangkaan aku, rasenye tiap tahun boleh terus naik lagi. Komisyen kan 6 tahun. Skarang aku naik satu pangkat lagi di MAA Takaful. Boleh recruit.

    Ejen insurans /takaful ni pada pendapat aku hanya sesuai utk sesetengah org. Pendapat sempoi aku, org yg suka bergaul, banyak bercakap, dan tk suka duduk bekerja bawah org lain. Ni bukan nk puji diri, tapi luahan pendapat…. PEACE.

    Rasenye seronok jadi ejen nih, kerje ikut mase sendiri, tapi bukan bermakna ‘tidur’. Atur sebaiknye. Kalau nk sebut dari segi kos, aku mula2 jumpe kawan di kedai mamak atau rumah die terus. Paling mahal kene sponsor pun rm 5 jer…. Tuje la modalnye…. Aku main area seremban jer, rasenye minyak tk la bnyk habis. Semua latihan dari agensi kami adalah percuma. Tu yg berani tuh. Kalau gagal memang tak rugi mencuba pun. Kalau kene bayar, dh lame aku cabut. Kami digalakkkan buat part time sebelum jadi sepenuh masa.

    Pengalaman aku pulak berkaitan sales, ramai client yg berpuas hati, mesti ambil polisi kali kedua dgn aku terutama yg dah buat claim. Rezeki plak dtg bergolek. Alhamdullilah…… Peace………..

  28. razibmokhtar May 18, 2012 at 11:13 am #

    Salam…

    Menarik… Thanks sabree atas perkongsian pengalaman.. Itu pengalaman dia.. dan ini blog dia.. aku cukup pelik dengan komen2 yang tak berapa nak sopan nih.. Apa yang sabree cuba ceritakan adalah pengalaman dia.. so kita sepatutnya jadikan iktibar atau pedoman.. bukan dok hentam dia balik… Adakah cerita dia akan melemahkan agen yang baru nak berjinak2?? aku rasa tak kalau agent tu berfikiran positif.. sbb aku rasa nak jadi agent ni kena positif.. kena memandang sesuatu dengan positif.. even cerita kegagalan orang pun kita kena amik positif.. bukan terus melenting kata tulisan low kualiti la.. dan mcm2 lagi.. Seriously.. komen yang kita tinggalkan sebenarnya mencerminkan diri kita.. and seriously aku takkan beli insurans dengan orang yang melihat sesutu secara negatif.. Service kepada costumers?? itu aku tak pasti lagi.. kalau tengok cara sesetengah individu tu melenting bila sabree kata this kind career is indah khabar dari rupa… aku tak rasa yang diaorang tu boleh service client dengan bagus.. pendapat 2 sen aku.. Korang tak setuju?? itu pendapat koarang aku tak bleh marah.. tapi aku berterima kasih atas penceritaan dan perkongsian sabree.. kadang-kadang kita hanya digembar-gemburkan dengan cerita best aje.. tanpa kita tahu cerita yg tak best…

    • sabree hussin May 26, 2012 at 1:08 am #

      Wasalam saudara razibmokhtar,

      saya tak kisah pun orang nak hentam saya. Tak rugi apa-apa pun :-)

      Saya terima yang karier dan bidang saya bukan sini. Bumi Allah itu luas, daripada saya asyik sedih dan down untuk satu bidang kecik macam ni, baik saya fokus pada bidang lain yang saya boleh berjaya.

      Saya share pengalaman.. ya, ini mungkin cerita versi orang gagal.

      Agent baru.. pernah tak tertanya, macam mana seorang agent boleh gagal untuk kekal lama dalam bidang ni? Saya beri jawapan melalui pengalaman.

      Orang yang dah betul-betul berjaya, dia tak akan hentam saya and they never even care about my little experience. Orang2 yang menuju kegagalan je yang akan hentam saya… sebab they want to feel good about their own failure.

      Entah la.. saya biar je depa nak tulis apa, saya bagi laluan untuk mereka buat onar dalam blog ni, dekat akhirat nanti saya tuntut satu persatu :-)

  29. Era Rich June 7, 2012 at 2:53 pm #

    Hayati hadith ini dengan hati yang terbuka.

    “Sesiapa yang meninggalkan perdebatan dan dia salah, maka dibangunkan sebuah rumah baginya di dasar syurga. Sesiapa yang meninggalkan perdebatan dan ia benar maka dibangunkan sebuah rumah baginya di tengah syurga.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

    Sebab itulah dalam menegakkan syiar Islam, Nabi SAW tidak pernah berdebat. Baginga hanya menyampaikan. Oleh itu tinggalkanlah budaya debat kerana ia bukan amalan umat Islam.

  30. zifa July 25, 2012 at 1:38 pm #

    …salam…

    apa kerjaya kita buat faktor kejayaan adalah pada diri sendiri dan sytategi yan kita ambil. Saya pun agen insuran tapi rezeki masih menyebelahi mungkin saya ni pemalu. Pada saya kita perlu baiki diri sendiri untuk berjaya. Ramai je yang agen berjaya, dan ramai juga yang tak berjaya. Sebagai org Islam banyak faktor yang perlu kita lihat. Walaupun kita bagus tak semestinya kita akan berjaya. Ia terlalu subjektif untuk diperkatakan. Banyak2 join kelas motivasi dan buku motovasi. Dinding penghalang besar yang ada dalam diri saya yang harus saya atasi adalah sikap pemalu yang tak bertempat. Kita perlu kenali siapa diri kita untuk berjaya. Buang segala kelemahan yang ada. Tutup dengan kelebihan yang kita ada. Wassalam. Sekadar pendapat.

  31. tambee August 15, 2012 at 3:07 pm #

    salam bro2 sume..
    minta laluan en.sabree..

    Sume komen2 bro sumenye betol bagi sape2 yang pk betol dan xbtol bagi sape2 yang pk xbtol..someone used to said ‘ tepuk dada tanya selera’..

    Aku new entry level dalam bidang insuran nih..so pada awal bacaan aku, aku dah terpengaruh dengan negatif thinking bloger ini but in the end…aku rasa tercabar untuk teruskan misi aku sebagai agen insuran..12 years aku dalam bidang banking finance..bab marketing toksah cakap lah..macam2 aku dah cuba..aku memang suka bidang marketing..dah memang jadi darah daging aku dah..

    i’m enjoying my job even been to ‘the wall’..kegagalan..setiap kegagalan mendewasakan aku..things that doesn’t kill u make u even more stronger than before..ini prinsip aku..lantaklah walau berkali2 aku gagal..selagi aku xmati..aku akan cuba lagi..life must go on..u need to try berkali2 to know what its need to be success..

    Mintak maaf yek bro2 sume..bagi yang display number phone tu aku nak mintak permission sms ke call ke untuk bertanyakan cara2 untuk jadi agen insuran bleh x?

    thank y’All,
    tambee..

  32. Suria timur October 4, 2012 at 2:16 am #

    Tq encik. Walopon rs ngeri hehe sbb br nk berjinak2, tapi sy rs bukan niat encik. Ini cuma perkongsian. Sila la melayu sekalian jgn emo boleh x. Bahasa encik ni pakai pon elok jer, bukan maki hamun kau pon. Ok pe citer yg negatif sikit supaya kalo ditakdir xde rezeki xdelah smp down gile xmo buat keje lain lagi. I apprrciate u sudi berkongsi and to all haters: rileks lah. Bukan dia buat jahat kat u all pon. Belajar menerima dgn lapang dada. Ambil yg baik buang yg keruh. After all it was an old entry daaa. Ntah2 penulis dah xingat dh kenangan dia sbg ejen. Chill. Selamat berjaya to all takaful agents. Kerja la dgn ikhlas , dgn niat utk bantu sesama islam. Kejar akhirat, dunia dtg. X kaya pon xpe. Kalau kaya alhamdulillah.

    • sabree hussin October 14, 2012 at 11:32 pm #

      Thank you brother for your comment :-)

  33. AFAN January 29, 2013 at 10:00 pm #

    Pernah tak anda terfikir untuk buat biz insurance tanpa seat exam, tanpa jadi agent, tanpa complete maintenance of contract (MOC). Pernah tak terfikir nak tinggalakan bisnes insurance anda skrg coz anda buat suam2 kuku je & tak naik Unit Manager lg??.

    Saya nasihatkan jangan tinggalkan bisnes skrg, sebab saya akan kenalkan anda satu biz insurance baru, yg tak perlu anda tamatkan contract agent anda di company anda berada sekarang. Anda masih boleh enjoy benefit di company lama even buat biz ni. Still blh jual insurance lama spt biasa kerana???

    Saya kenalkan bisnes insurance konsep e-refferal. Semuanya online system. Tak perlu jd agent, tak perlu seat exam. Contohnya anda beli insurance dgn saya, so anda akan dpt Insurance beserta ID sendiri.. ID tu anda gunakan utk kenalkan pd kawan..Kemudian dpt komisyen 25% setiap bulan, selama 6 tahun..

    Bila kwn anda dapat ID sendiri dan jual pula kepada org lain, anda akan dpt juga 3% each level, sampai 4th level bawah. Mcm sistem insurance biasa yang kita tahu.Tp dlm sistem lama, agent tak dpt overiding selagi tak naik manager… Tp biz baru ni kita dpt overiding.

    Sy still wat Insurance di company lama tau… tp biz yg baru ni lg best coz sy jz tanya org nk wat biz tak???? Bkn tanya nk beli insurance tak..huhuhu..senang jek…Di company skrg ratio sy closing sebulan 4-5 case…Dgn sistem baru di company baru ni sy close 10 case dlm masa 2 hari..

    Sekali bayar sahaja, protection RM100,000 kita dapat…Kalau umur bawah umur 30 tahun premium RM100 ke bawah..Sy umur 29 tahun pn RM77 je bro skali bayar…

    *Ingat pesan saya, tak perlu resign dgn company lama anda atau brenti jadi agent, kerana anda boleh buat kedua skali… contact sy AFAN: Msg: 015-92409980

  34. Hami February 28, 2013 at 1:16 am #

    Aku ni pas exam TBE 2 tahun lepas. Sampai skrg buat takaful full time. Takde pun aku rasa lemah semangat lepas baca blog ni. Biasalah, semua bidang kalau diceburi, mana ada terus 100% berjaya. Kerjaya jual takaful/insuran ni pun tak terkecuali. Kena tengok kesesuaian dan jugak faktor rezeki ketentuan Allah S.W.T. Ni ada yg kutuk2 ni aperhal ni? Siap maki hamun mcm kena rasuk ni aper kes? Cakap Islam, tapi bahasa… masya Allah! Cubalah beradab sikit. Kalau ejen takaful/insuran kasar mcm kaki2 kutuk nih, lari prospek!

    Aper yang En. Sabree cakap dari segi kos dll nya memang betul. Saya jugak tpaksa keluarkan duit dulu utk jumpa client. Dan belum tentu pun dorang amik polisi. hehehe…

    • sabree hussin March 27, 2013 at 10:48 am #

      Assalamualaikum Hami,

      Saya pun tak faham apa yang diorang sakit hati sangat dengan saya

      Padahal artikel ni menceritakan tentang kegagalan saya, pengalaman saya gagal. Bukan tujukan pada orang lain pun.

      Nak buat cane kan, terima je la. Dah memang ni la mentaliti orang kita kat Malaysia ni. Kuat kutuk

      • khairul April 27, 2013 at 1:46 pm #

        Salam semua ,
        bagi semua pembaca atau komentar yang berstatus agen mahupun bukan agen….Pada pendapat saya blog komen daripada en sabri sedikit sebanyak telah memberi impak positif dengan membantu pemegang polisi untuk bertindak sendiri apabila agen syahid dalam perjuangan contohnya ..

        Dan dalam era tahun 2013 ini sepatutnya tidak ada lagi agen2 yang menjual polisi bagai melepas batuk di tangga …seorang agen mestilah betul2 profesional sebelum terus menerus menjual polisi ..setiap agensi sudah menyediakan latihan motivasi kepimpinan dan sebagainya ..
        Jadi ” YES MAN ” ..adakalanya berdiam diri adalah yang terbaik drp bersuara ..
        berdiam diri tak bererti Kalah atau mengalah …

        Sifat positif dalam diri kena kuat …
        untuk kita mengelak drp segala tanggapan negatif dalam apa jua bidang kita ceburi sekalipun adalah sangat2 mustahil dalam kehidupan kita ….
        Jadi , apa yang perlu kita lakukan adalah memperkuatkn mental dan fizikal …

        bersikap active & proactive …
        take the negative as a material to be a positive ..jadikan ianya sebagai langkah berjaga2 untuk kita susun strategi setrusnya ..
        adakah yang negative itu kita mampu hadapai dan atasinya ?..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tiga Perkara Yang Selalu Pemegang Polisi Insurance Terlepas Pandang | MOHDSABREE.COM - September 28, 2010

    [...] Satu masa dulu, aku pernah tulis berkenaan dengan kerjaya seorang insurance agent. Tajuk tulisan aku pada waktu tu memang agak sinis. Insurance agent: Kerjaya Indah Khabar Dari Rupa. [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled