Kad Kredit : No Is Tak Mau!

Okay, siapa ada kad kredit? Siapa rasa nak apply kad kredit? Or siapa yang bercita-cita tinggi melangit untuk simpan satu kad kredit? Silakan.. tapi kad kredit ni bukan percuma ya. Walaupun korang cuma letak kad ni dalam wallet korang, still korang akan dicaj dan ada yang korang kena terpaksa bayar.

Pergh.. just nak buat tebal wallet pun kena bayar. Apa lagi bila korang dah gatal nak swipe kad tu dekat mana-mana. Lagi lah korang kena bayar, bayar, bayar. Hei.. kad kredit ni kad hutang la. Apa yang nak bangga sangat? Apa yang high class nye?

Korang guna kad kredit? Alah.. tak jauh beza lah dengan buku tiga lima. Tak pernah dengar buku tiga lima? Biasa dengar bulu lima je ye? Buku tiga lima adalah buku kecik yang ada nombor 5 sebanyak 3 kali dimuka depan dia. (Macam ni 555)

Tak paham jugak? Tak paham sudah. Karang pandai-pandailah korang tanya sape-sape yang tahu. Bawah ni aku share gambar yang aku jumpa dari blog http://akissferrero.blogspot.com.

 

Gambar bersumberkan akissferrero.blogspot.com

Pada entry ni ditulis, aku perhatikan sekarang ni dah banyak kad kredit yang dah tak ada annual fees, minimum annual fees dan no annual fees at all pada awal-awal subscription . Sebagai contoh Maybankard Visa Flex dari Maybank, kad ini tak ada annual fees sampai bila-bila. Selamanya la tu. Akan tetapi, annual fees dah digantikan pulak dengan monthly service fees.

Monthly service fees ni pulak adalah sebanyak RM3.95 sebulan. Darabkan dengan 12 bulan dan terhasillah jumlah RM47.40. Dah dekat dengan RM50 jugak setahun ni.

Selain daripada charge atau fees yang dikenakan oleh pihak bank, terdapat jugak fees lain, iaitu government service tax. RM50 setahun untuk satu kad. Kena bayar lagi. Bayaran ini adalah compulsory bagi pemilik kad. Jangan nak mengada-ngada kata tak nak bayar la. Government kita ni pun nak untung jugak tau.

Tak lupa jugak, bila kita membuat pembelian menggunakan kredit kad, sesetengah outlet atau kedai pun akan caj service charge. Walaupun tak mahal, tapi boleh cecah RM5-RM10 bergantung pada produk dan kedai. Kena bayar jugak kan. Sebab apa kedai akan charge aku kurang pasti, tapi menurut seorang taukey kedai ni, dia kata kena caj sebab nak process payment. Iye ke?

Mungkin ada betulnya jugak. Ambik contoh kalau kita beli tiket penerbangan dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menggunakan kad kredit secara online.. untuk setiap sektor penerbangan, kita akan di caj extra sebanyak RM8. Caj ini di kenali sebagai processing fee sebab kita gunakan servis online payment. Ada pulak processing fee.

Accumulation interest setiap bulan yang kita kena bayar pun tak kurang tingginya. Lagi-lagi kalau korang jenis yang bayar minimum payment je every month. Congratulation! You will be trap in debt almost forever after this.

Ish.. kalau aku, tak mau la nak ada komitment yang macam ni. Lagi-lagi sekarang aku baru je nak mula berkerjaya. Tak akan la nak start berhutang.

Padahal hutang masa belajar dulu dengan bapak PTPTN banyak nak kena bayar, ni nak tambah pulak hutang kredit card? Ah.. sorry. No is tak mau! Salesman kredit kad tolong jangan kejar aku. Aku tak mampu. (ikhlas ni)

 

 

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

, , ,

10 Responses to Kad Kredit : No Is Tak Mau!

  1. 2bz4money February 3, 2011 at 12:50 pm #

    Aku sentiasa cari CC yg best value for money. Antaranya tiada sebarang caj annual fees, cuma GST RM50 tu je. Yg terbaik adalah Cash Rebate (CR), Cash Balance Transfer(CBT), Discounts on Product (DOP), Points to Reward n(PTR) dan Promotion Contests(PC).
    So far CC yg aku pakai mmg berbaloi2. Cth.DirectAccess Cimb, dpt 5% weekend CR shopping d Tesco. Kalu shopping RM300, save RM15. Selain tu aku guna utk AutoREload Touch n Go. Cth Citibank Shell, dpt CR utk petrol dan shopping etc. Sudah pasti, ganjaran memiliki CC ni hendaklah offset kos memegangnya RM50 GST.
    2bz4money baru-baru ni tulis pasal..Found moneywhat do you doMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 3, 2011 at 1:18 pm #

      Awesome! berbelit-belit jugak nak memahami ni, tapi saya salute la dengan saudara, memang well planned dalam menggunakan credit card. Itu yang patut setiap card holder buat. Value for money.

  2. deCrewz February 3, 2011 at 8:40 pm #

    Jai x pernah ada kad kredit.. Surat dah menimbun kat umah suh buat kad kredit.. Takit tengok mbr2 berutang kad kredit bersepah2..hu3
    deCrewz baru-baru ni tulis pasal..Review Ke-2 Dari Ar-RifkeMy ComLuv Profile

  3. Ali Hanafiah February 3, 2011 at 11:08 pm #

    Saya dah serik dah. Dulu ada 7 campur dengan kad isteri. Alhamdulillah semua dah settel dan dah terminate. Kini guna kad debit je. Tak salah, tapi kalau iman tak kuat memang bahaya.

  4. zik February 4, 2011 at 8:30 am #

    kalau betul2 pandai guna card credit nie..memang betul buat duit… aku ada baca sikit kat akpk tuh..
    zik baru-baru ni tulis pasal..Rahsia khusyuk dalam solatMy ComLuv Profile

  5. tunepal February 5, 2011 at 8:31 pm #

    dah tak pakai kad kredit. Hehe..
    tunepal baru-baru ni tulis pasal..How You Protect Your BrainMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 6, 2011 at 9:02 pm #

      Ye ke? kenapa dah tak pakai sekarang?

  6. Yang tersayang February 13, 2011 at 5:56 pm #

    tak salah pakai kad kredit. Jika pulangan 2% berbanding simpan kat savings account, dapat interest beberapa posen dan kurang 1% setahun. Sangat jimat k. Yg jahat tu nafsu yang nak menarah jek. Sila buat kira-kira sehari sebelum gaji. Rancang perbelanjaan bulanan. Pastu terserah nak bayar pakai cash ke, kad ke atau cek? Tolong hargai setiap perbelanjaan korang. Eg, beli kopi starbuck. Tunjuk kad jusco, dapat rebate 10%, pakai kad kedit cimb dapat cashback 0.5%. So simple..

    • sabree hussin February 14, 2011 at 8:50 pm #

      Excellent, daripada komen yang anda buat, ini menampakkan yang anda betul careful dalam spending, and must be a smart consumer. Kad kredit pun ada dia punya bright side dia, kita guna dia, tapi jangan sampai kita dipergunakan oleh kad kredit tu, kan?

  7. Ku Adzam August 25, 2011 at 10:42 pm #

    Kami bantu anda keluar dari masalah hutang anda. Kami pimpin anda keluar dari belenggu kesusahan. Ini objektif kami.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled