Pagi ni bila aku bukak je inbox, aku terperasan ada satu email yang dikirimkan oleh seorang Internet Marketer tempatan berkenaan satu produk pengurusan kewangan peribadi. Produk tersebut digambarkan dan di war-warkan sebagai satu produk yang serba-serbi lengkap, pakej yang padat dan sarat dengan ilmu, serta ditulis oleh seorang penulis yang berpengalaman, berkelayakan dan berpengetahuan.
Tapi, aku tak perasan pulak dekat mana-mana bahagian yang mengatakan dia adalah penulis bestseller! Mungkin masih terlalu awal untuk menjadi penulis bestseller untuk produk-produk seperti yang dihasilkan.Tak pe la, bestseller ataupun tak, bukan satu penanda aras untuk kita menjadi seorang penulis.
Kalau baca satu persatu surat jualan yang tertera dekat website tersebut, memang nyatalah sebenarnya kita memang sangat-sangat memerlukan satu kaedah yang berkesan dalam mengurus kewangan peribadi, dan salah satu cara adalah dengan memiliki panduan tersebut. Tapi jangan salah anggap, memiliki kaedah yang berkesan dalam pengurusan kewangan dan membeli produk berkenaan adalah dua perkara yang berbeza.
Kita tak akan automatik jadi seorang yang bijak wang dengan membeli bermacam-macam jenis panduan kewangan peribadi, pergi kursus sana-sini dan mengikuti kelas-kelas kewangan.
Tak semestinya kalau tak ada panduan tersebut kita akan jadi tunggang-langgang dan tak tentu arah. Pengurusan kewangan kita akan jadi berterabur. Tak jugak.
Benarkah masalah kewangan hanya dapat diatasi dengan cara menguasai ilmu kewangan peribadi?
Jawapan: Benar.. dan jugak benar-benar tipu.
Ada ilmu tapi tak ada amalan, kan sia-sia. Walaupun ilmu penuh didada tapi satu apa pun tak pernah nak dipraktikkan, macam mana nak kata yang kita boleh hidup senang?
Berbalik kepada produk yang aku cuba nak sampaikan, harga jualan setakat sekarang ni adalah RM60 dan format produk adalah dalam bentuk laporan format .pdf.
Katakanlah yang aku ni jahil, aku tak pandai berbisnes dan tak tau nak menilai kualiti sesuatu produk.. namun aku bertegas harga RM60 adalah tak masuk akal dan terlalu mahal. Dengar-dengar harga akan dinaikkan menjadi RM70 pulak!

Ada beberapa sebab yang buat aku kecewa dengan produk ni, pertamanya ia adalah produk digital. Bermakna ia hanya boleh dibaca melalui komputer yang ada perisian adobe reader atau smart phone yang support fungsi yang sama. Baca ebook memang sangat annoying bagi aku, dan kerap kali aku mudah untuk pening kepala dan sakit mata bila baca. Lama-kelamaan mata aku akan jadi pedih.
Berkenaan dengan produk digital jugak, semua tahu kos untuk menjalankan perniagaan seperti ini adalah rendah. Kos yang terbabit adalah semata-mata domain dan hosting (RM60), design ecover dan website (RM300), dan sistem autoresponder (RM60 sebulan). Penjual tersebut dah boleh balik modal dengan hanya menjual 7 ebook tersebut. Manakala untuk jualan yang ke 8 dan ke infinity adalah untung semata-mata.
Mana ada kos simpanan, kos barangan rosak dan sebagainya. Perlu ke nak jual dengan harga yang mahal?
Kalau korang pergi ke MPH, dan tengok buku-buku yang ditulis oleh Robert T.Kiyosaki, Donald Trump, atau mungkin Azizi Ali sendiri pun tak semahal produk ni. Ini yang buat aku tertanya-tanya, adakah penulis merasakan yang dirinya lebih baik dari penulis-penulis bestseller tersebut ataupun dia sedang syok sendiri sebenarnya.
Memang la, kita tak bolehlah terlalu berkira dalam menuntut ilmu ni, tapi bagi aku, untuk produk pengurusan kewangan, harga melebihi RM30 dah terlalu mahal. Reason dia cuma satu, lepas beli pun, belum tentu orang tu nak baca. Sudahnya, beli mahal-mahal buat semak dalam hard disk je.
Jadi, untuk produk pengurusan kewangan peribadi tu, baik atau tak baik untuk beli? Ha… korang tentukan la sendiri. Kalau rasa macam korang akan dapat manfaat yang tak terdapat dekat mana-mana, korang belilah. Dan kalau korang rasa sebaliknya yang akan berlaku, maka tak rugi pun kalau korang tak beli.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 2% [?]

buku2 macam nie kena beli…
zik baru-baru ni tulis pasal..Tips penjagaan gigi
Beli la :p cuma bagi aku harganya macam terlalu mahal. Aku ni berkira sikit kalau bab beli buku. Bukan apa, takut beli je lebih, bacanya tak. Dah membazir.. gagal sudah perancangan kewangan kita kalau macam tu.
kadang2 hype je lebih derang, buku ntah apa.. testimoni pulak testimoni beli.. pastu kita yg beli tak dapat apa..
Tu la pasal.. Testimoni yang muncul dalam laman jualan, tu semua Internet Marketer. Diorang tu semua mungkin dah register untuk jadi affiliate, for sure la dia akan bagi testimoni yang baik-baik.
Yang secara diam-diam nak suruh orang beli. Harga tu melampau la.. lagi satu, produk pengurusan kewangan ni, tak kira la orang tu guru ke, pro ke.. last-last dia akan back to basic..
Budget. Adakah kita berbelanja within kita punya kemampuan. Lepas tu buat penyata kira-kira, untuk compare perbelanjaan bulan ni dan bulan lepas.
Lepas dah siap tu, nanti boleh la kita forecast perbelanjaan untuk akan datang, mana yang boleh dikurangkan kita kurangkan, mana yang tak boleh cuba jimat-jimat.
You know all those boring things.
Produk panduan pengurusan kewangan bagi saya tak patut dijual dengan sangat mahal (lagi-lagi kalau setakat ebook je).
Kita patut bantu orang untuk uruskan kewangan, tapi kalau beli mahal-mahal, tak praktikkan pulak tu (confirm).. kita dah ajar dia membazir dah sebenarnya.
There is always a different between a financier and a marketer. The question is, who are u want to become?