Skim Lambat Kaya

Tahniah sebab korang berjaya menjumpai blog mohdsabree dot com. Selamat datang jugak diucapkan kalau ini adalah pertama kali korang sesat dalam blog ni. What?! Sesat? Oh please.. aku harap korang datang sini bukan sebab korang tersesat, tapi adalah disebabkan korang genuine nak tau apa itu skim lambat kaya.

Skim cepat kaya, kalau di Malaysia ia memang popular. Kalau nak dilihat dari skop dan sudut bangsa, boleh dikatakan ia banyak dipelopori oleh bangsa cina. Tak tau atas sebab apa, skim-skim macam ni memang diorang well establish dan banyak yang jadi pioneer. Sebut je la apa nama company, memang kaum cina lah yang banyak jadi upline, atau major investor dalam skim macam ni.

Kaum mereka jugaklah yang banyak meraih keuntungan sehingga berjuta-juta. Memang hebat dan cerdik kaum cina ni. Kita patut contohi mana yang baik, dan hindari mana yang jelek. Tapi dalam hebatnya mereka ni, tetap kalau jadi apa-apa, diorang ni jugak yang akan jadi front line untuk masuk court atau jail.. atas tuduhan menipu. Haish… apa lah.

However, sekarang ni aku nak story pasal skim lambat kaya. Yang kat atas tadi yang aku tulis adalah berkenaan dengan skim cepat kaya, itu lain. Tak sama. Skim lambat kaya ni memang betul-betul wujud, dan tak tipu la, bersepah-sepah dekat internet. Nak atau tak nak je join untuk jadi mangsa.

Andaikan satu hari korang terjumpa satu website yang agak-agak pelik. Ciri-ciri standard website tu pulak..

1. Menawarkan peluang untuk buat duit yang banyak dalam masa sehari

2. Tak payah buat apa-apa duit boleh masuk secara automatik

3. Tak payah nak menaja, tak perlu nak cari orang, duduk diam-diam dapat wang.

4. Modal kecik untung besar, berkali-kali ganda sehingga ke amaount yang tak masuk akal.

Okay 4 ni pun aku rasa dah cukup.

Kalau korang berhasrat nak join skim yang macam ni.. Tahniah. Anda sudah TERKENA!

Sebabnya, lepas je korang join, korang akan dapati benda-benda berikut terjadi dekat diri korang..

1. Korang tunggu dah berpuluh-puluh hari, tapi masih tak dapat pun nak buat duit.

2. Duit yang kononnya masuk secara automatik tak masuk-masuk

3. Duduk diam-diam wang langsung tak datang.

4. Modal walaupun kecik, dah lesap terus.

Kalau benda ni pernah terjadi pada diri korang, aku turut bersimpati. Tapi kalau belum pernah kena lagi.. sila jangan biarkan diri korang terkena dan menjadi mangsa.

Not cool..

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

22 Responses to Skim Lambat Kaya

  1. Ronaldmohoni February 9, 2011 at 9:42 pm #

    Salam,
    terima kasih dengan perkongsian.
    Sekarang nih pelaburan sebegini mula wujud kembali.

    • sabree hussin February 10, 2011 at 8:32 pm #

      Makin banyak kot

  2. Ali Hanafiah February 10, 2011 at 11:25 am #

    Penawaran wujud kerana adanya permintaan. Skim begini wujud disebabkan oleh permintaan mereka yang malas amat tinggi untuk skim begini. Mereka malas berusaha tetapi ingin senang secara mudah. Walaupun telah terperangkap, apabila wujud lagi skim baru yang serupa golongan ini terperangkap sekali lagi tanpa rasa serik.

  3. decrewz February 10, 2011 at 11:58 am #

    Ramai jugak org yang x berfikiran panjang sbenarnya.. Tapi disebabkan cetek ilmu, banyak yang kena tipu..

    p/s : Jai datang cni bukan sebab sesat tapi mmg nak dtg..ha3
    decrewz baru-baru ni tulis pasal..Cara periksa gambar palsuMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 10, 2011 at 8:33 pm #

      welcome welcome hhe

      duit kadang2 boleh buat kita lupa nak berfikir jugak hhhe

      • decrewz February 14, 2011 at 10:10 am #

        Bukan setakat lupa berfikir, bila dah nampak nilainya tinggi, manusi ni kadang2 boleh lupa diri.
        decrewz baru-baru ni tulis pasal..Buffered Earning Yang ke-4My ComLuv Profile

        • sabree hussin February 14, 2011 at 8:45 pm #

          Blank terus!

  4. catzer February 10, 2011 at 2:02 pm #

    semua suke gamble..itu masalahnya..depa akan ckp..alah br berapa RM jerk..dpt ok..tak dpt pun tak rugi sgt..hahaha..sikap tak anggap making money is serious business tu takde dlm minda org yg nak duit cepat :)

    • sabree hussin February 10, 2011 at 8:34 pm #

      betul tu.. selepas2 tu bila jumpa benda yang seakan-akan sama pun masih tak serik lagi. Join jugak aduyai.. once is not enough

  5. chot@trainingforce February 10, 2011 at 2:21 pm #

    Selalunya,yang kerap menjadi mangsa adalah orang yang tidak mempunyai pengetahuan atau tak ambil tahu perkembangan dalam dunia it
    chot@trainingforce baru-baru ni tulis pasal..What To Expect In CNA Training ClassesMy ComLuv Profile

  6. samposmen February 12, 2011 at 1:30 am #

    itulah masalah orang kita. malas berusaha tetapi nak semuanya gempak.

    kadang-kadang kesian tengok makcik pakcik bergolok gadai berhenti kerja semata-mata nak join benda alah itu semua. sadis!
    samposmen baru-baru ni tulis pasal..Siapa Mahu RM 50 Ini Bukan Contest!My ComLuv Profile

    • sabree hussin February 12, 2011 at 6:31 pm #

      kalau dia orang tak mau nak change and siap bangga diri buat benda2 tak ada faedah ni.. tak ada apa yang boleh kita buat. At least, at the end of the day.. kita ada something untuk diketawakan

  7. zik February 14, 2011 at 2:13 am #

    pengalaman yang lepas mengajar kita untuk berhati-hati.. walaupun nilainya sedikit.. kalau dah ramai.. kan banyak tuh??? apepun kena berhati-hati.. tanya kepada yang pakar… biasanya dia punya janji2 manis dari ayat dia tuh.. buat orang cair…
    zik baru-baru ni tulis pasal..Pencipta televisyen pertama- siapa orangnyaMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 14, 2011 at 8:48 pm #

      Bab janji manismu ni yang ramai yang hanyut ni zik.. sampai syurga pun kita boleh beli, sape tak mau?

  8. aimannajmy February 23, 2011 at 1:56 am #

    hurmm dulu penah terjebak dengan MLM~ pastu camana ntah tak jalan sebab aku ni jenis pemalas nak approach orang… skim macam kat atas tak pernah lagi try masuk sebab dia punya salesletter je cam pemuhong ja huhu
    aimannajmy baru-baru ni tulis pasal..Iron Man Kedah Tangkap NyamukMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 27, 2011 at 11:24 am #

      Lebih baik jangan try.. masa terbuang duit terbazir

  9. cho zila April 22, 2011 at 5:43 pm #

    memang tak senang nak senangkan..
    ignorekan saja…
    cho zila baru-baru ni tulis pasal..Atikah dah 5 tahunMy ComLuv Profile

    • sabree hussin April 27, 2011 at 3:31 pm #

      bukan senang.. betul la

  10. Razak@gethosting April 23, 2011 at 3:21 pm #

    Dulu ader sorang pak man apentah ? yg buat masalah pasal skim terlobih kaya…ramai yg sudah terkena masa tu
    Razak@gethosting baru-baru ni tulis pasal..Free hostingMy ComLuv Profile

    • sabree hussin April 27, 2011 at 3:28 pm #

      oo pak man tello tu ke.. ish2

  11. Yatt June 12, 2011 at 7:46 pm #

    pengumuman.. saya bukan sesat. tadi terjumpa komen sabree pasal forex kat selangor2u.com. tu yg menjejak terus ke sini. banyak perkongsian menarik. terimakasih..
    Yatt baru-baru ni tulis pasal..Kapsul Serbuk Biji Anggur – Pemakanan Ideal Utk Sihat Cergas MudaMy ComLuv Profile

    • sabree hussin June 12, 2011 at 11:24 pm #

      cool.. tak sesat eh thanks sebab sudi nak singgah

Leave a Reply

CommentLuv Enabled