Satu masa dulu, aku pernah tulis berkenaan dengan kerjaya seorang insurance agent. Tajuk tulisan aku pada waktu tu memang agak sinis. Insurance agent: Kerjaya Indah Khabar Dari Rupa.
Baru-baru ni jugak, aku dapat offer dari one of the reputable insurance company untuk join diorang punya sales force. Actually, waktu tu aku jumpa dia secara personally, she is a manager dekat area KL. So, entah macam mana bila kami bincang-bincang berkenaan dengan polisi insurans yang sesuai untuk boss aku, tiba-tiba dia tanya sama ada aku berminat tak nak jadi agent bawah dia.
Eh? Kalau tanya aku berminat nak ambik polisi dari dia atau tak, mungkin itu logik la jugak. Tapi lain pulak jadinya, dia offer aku untuk jadi agent. Lain kali je la kot hhe
Lagipun aku dah bagitau dia, kerja aku sangat leceh dan memerlukan aku untuk sentiasa berada disamping boss aku, tapi dia asyik kata kalau nak aku boleh secara part time je. Alasan dia, aku ada ramai contact dan kerja aku banyak melibatkan golongan dato’-dato’ so mesti tak susah nak closed one or two case. Iyo lah tu..

Dalam entry ni, aku nak bincangkan beberapa perkara yang client selalu terlepas pandang berkenaan polisi insurance mereka . Ini sangat bahaya, sebab bila time nak claim insurance nanti pasti akan ada masalah. Paling teruk, client akan mula tuduh yang insurance company ni penipu, dan tak mau tolong dia. Padahal sebelum dia masuk dulu, macam-macam janji dah ditaburkan oleh agent, bila nak buat claim tak boleh pulak. Apa cerita pulak ni kan.
Jadi, dalam entry kali ni aku nak korang semua lihat apa perkara yang selalu client terlepas pandang tu.
Pertama sekali adalah buku polisi. Biasa kalau dah lama sangat mencarum dalam satu-satu polisi, seseorang pasti akan terlupa dekat mana dia simpan buku polisi tersebut. Sebenarnya buku polisi tu tak penting. Yang penting adalah nombor polisi, dan boleh jugak check status polisi dengan menggunakan nombor kad pengenalan. Masalah akan timbul pada waris, especially kalau waris sendiri tak tau sama ada dia ni ada insurance protection ke, tak ada ke.
Setidak-tidaknya, client perlu beritahu yang dia ada insurance polisi, dan lokasi tempat letak polisi di simpan biarlah waris tau. Ini jugak bagi memudahkan waris mencari buku polisi tersebut kalau-kalau nak buat claim nanti.
Seterusnya, client sendiri tak tau apa jenis protection yang dia pernah beli. Katalah sebulan dia bayar RM100. Bermakna, RM1200 setahun. Client perlu benar-benar clear apa jenis protection yang dibeli. Biasa akan ada satu insurance asas dan beberapa perlindungan tambahan yang dikenali dengan istilah rider untuk memantapkan lagi amount protection.
Secara umumnya, ada 6 rider kesemuanya iaitu Rider Manfaat Hospital (Hospital Benefit), Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Accidental Death & Disability Benefit), Penyakit Kritikal (Critical Illness), Manfaat Indemniti Kemalangan (Accidental Indemnity Reimbursement), Manfaat Pengecualian Pembayar (Payor Benefits), dan juga Rider Bertempoh (Term Rider).
Adakalanya tak semua polisi client terkandung kesemua rider-rider tersebut. Ini menjadikan perlindungan yang didapati tidak komprehensif. Kebiasaannya, perlindungan yang dibeli hanyalah mengikut apa yang menjadi kepentingan kepada client. Faktor ekonomi, jenis pekerjaan, jantina, usia, dan amount caruman juga memainkan peranan penting menentukan berapa besar amount perlindungan yang dimiliki.
Untuk itu, agent perlu sentiasa revise polisi bersama client, dan perlu pastikan client faham perlindungan bagaimana yang dia miliki. Pastikan client faham, pada keadaan yang bagaimana sesuatu claim itu boleh difailkan tanpa ada sebarang masalah. Ikut pengalaman aku, 80% dari client yang aku ada langsung tak pernah nak baca apa yang tertulis dalam buku polisi tu.
Dekat sini jugak menunjukkan pentingnya ada buku polisi sebagai rujukan client tersebut. Ini jugak untuk mengelakkan sebarang tuduhan seperti client menuduh sarikat insurance tersebut cuba untuk menipu.
Faktor yang menyebabkan tuntutan claim ditolak kebiasaannya adalah disebabkan client tersebut tidak dikira layak untuk membuat tuntutan. Sebagai contoh, kakak aku sendiri. Sebelum ni dia pernah mengalami kemalangan jalan raya, patah 3 batang jari iaitu, jari hantu, jari manis dan jari kelengking. Untuk dapat claim, syarat ialah kehilangan jari ibu atau jari telunjuk. Kehilangan okay, bukan patah mahupun retak.
Tapi tak apa, permohonan claim masih boleh dibuat, cuma akan diterima atau ditolak, bergantung pada ketetapan pihak syarikat. Perlu diingat, syarikat insurance adalah menjalankan perniagaan berasaskan insuran, dan bukan badan kebajikan. Mereka tak akan sewenang-wenangnya membayar kepada ahli-ahlinya.
Selain dua perkara yang aku dah highlight tadi adalah status polisi. Ada sesetengah client tak sedar yang polisi mereka dah tamat atau lapsed disebabkan oleh kelewatan pembayaran. Ini boleh berlaku sekiranya cara bayaran adalah melalui potongan bank. Ini amat bahaya sebenarnya. Sekiranya berlaku kemalangan sewaktu polisi dah tamat tempoh, syarikat akan menolak untuk membuat pembayaran.
Jadi, adalah digalakkan untuk pihak client mahupun agent sentiasa menyemak sama ada polisi masih lagi berjalan ataupun dah tamat.
Baiklah, itulah beberapa perkara yang dapat aku kongsikan dalam entry kali ni. Sekiranya pembaca ada idea, pandangan, dan pendapat lain, sila kongsikan dibahagian komen dibawah.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 3% [?]

ini kawanmu datang melawat sabree.
mohammednajib baru-baru ni tulis pasal..Apa kena dengan Nuffnang dengan Innit
ye selamat datang
haa.. terima kasih atas posting ni. pasal insuran mmg aku pening tak pernah tak pening. sekarang ada jelas sikit. next time, sabree tulis lagi ok?
Terima kasih sudi baca ye encik Kelhome. Erm insya allah akan tulis lagi pasal insurance sebab banyak sangat nak kena tulis ni. Pening tang mana ye? Mana tau ada part yang saya boleh jawab dalam entry ke
hurm insurance nyawa…
menda nie penting…sampaikan ada satu filem diterbitkan betapa pentingnya insurance nyawa…
tapi hebat gak ek hang nie cerita pasal insurance…
Sir Marcello baru-baru ni tulis pasal..Luca Lucas Mohon Maaf
Mana ada hebat, tau sikit-sikit je. Tu yang tulis pun sikit-sikit je
hurm polisi tuh paling penting.. kadang2 kena tengok jugak current penyakit client.. ada effect untuk time claim nanti.. kadang2 tak cover semua tuh…
zik baru-baru ni tulis pasal..Tingginya Barrack Obama
kena la back to basic, client kena tau apa yang dia beli
Yang ni aku setuju sangat.. thats y agent kena selalu review dengan client.. For me, aku selalu buat review at least every 6 months.. because they need to really understand what they are paying for.. This is customer right to know..
Jangan jadi mcm langgar n lari.. dapat komisen, terus agen hilang tak nampak batang hidung..nak jumpa pun byk alasan. tats y kekadang tak blh salahkan client yg da bengang dengan insuran, sebab kebanyakannya disebabkan kerenah agen tak bertanggungjawab ler.
Ada juga agen yg masa bagi policy, langsung tak terangkan semula apa dlm polisi tu.. lepas pass, terus cabut.. Sepatutnya, kena amik masa, review again dari buku policy plak.. black n white tu lebih penting, tapi of cos tak dapat terangkan semua, 4 jam pun tak hbs.. hehe
Yg mana penting, seperti protection yg client dapat, exclusion dlm setiap protection tu.. waiting period utk medical card, critical illness etc..keadaan mana critical illness bole claim, bagi 2,3 contoh.. semua ni kena highlight.. kalau tak, bole makan diri woo..
biasanya, aku amik dlm 1 jam hingga 1 jam setengah utk present from black n white..ini apa yg aku buat n apa yg aku ajar agen aku wat.. tak tau ler agen lain..
papehal, aku bagi thumbs up kat post ni.. very good..