Isu Interlok : Apa Mesej Tersembunyi?

Isu novel Interlok masih hangat dibincangkan di dada-dada akhbar semasa entry ini ditulis. Boleh dikatakan setiap hari, tanpa gagal.. pasti akan ada walau satu atau dua artikel yang menyentuh isu novel Interlok. Pihak yang berkeras mahu novel ini dikeluarkan dalam silibus pembelajaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 masih lagi berpegang teguh dengan apa yang mereka mahukan.

Mesej mereka jelas.. Sila keluarkan novel Interlok!

Hanya Kerana Sebuah Novel

Masyarakat Malaysia terpaksa melihat, mendengar dan merasai sendiri sandiwara pihak-pihak terlibat akibat daripada penangan yang dibawa oleh Novel Interlok ini. Dari demonstrasi jalanan sehinggalah kita terpaksa menyaksikan upacara pembakaran Novel Interlok oleh golongan-golongan yang berlagak Hero memperjuangkan masa depan bangsa.

Isu remeh ini mula menjadi besar sehingga menjadi fokus utama untuk beberapa minggu. Seolah-olah mereka sudah kehabisan isu untuk dibincangkan, sehingga terpaksa mencari kesalahan tatabahasa dan kosa kata yang terdapat dalam novel Interlok ini.

Baca Dahulu, Fahamkan dan Kemukakan Pendapat Kemudian

Aku sempat membaca Novel Interlok ini. Terus-terang aku katakan yang novel ini bukanlah sebuah novel berkontroversi seperti yang digambarkan oleh media sehingga mampu mengancam perpaduan negara dan menggoncangkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Pada dasarnya, novel ini dipilih atas faktor ia mampu menjadi jambatan penghubung yang berupaya menterjemahkan maksud dan intipati konsep 1Malaysia kepada bangsa Malaysia. Sayangnya, terdapat setengah pihak yang sengaja memberi interpretasi yang kurang tepat berhubung isu ini.

Novel Berbilang Kaum

Sekiranya pembaca membaca dengan minda terbuka, banyak pengajaran yang boleh diambil dan boleh dijadikan ilham. Pembaca juga seharusnya mampu untuk mengekstrak seberapa banyak input positif yang bertujuan untuk mendidik dan menggambarkan kepada generasi muda kini betapa sukarnya satu-satu pembangunan itu untuk dicapai terutama dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan bangsa.

Faktor kesepakatan perlu menjadi perencah utama dalam merealisasikan kemerdekaan dan kebebasan negara dari sebarang ancaman dan naungan penjajah. Masyarakat yang digambarkan dalam novel tersebut pastinya kelihatan berbeza berbanding dengan apa yang kelihatan dewasa ini.

Itu lumrah. Manusia sentiasa berubah kearah kebaikkan dan menjadi sebahagian daripada naluri manusia untuk sentiasa berhijrah dari kemunduran kepada kehidupan yang lebih baik, dari segi lahiriah mahupun insaniah. Tak hairanlah kalau gambaran penulis kelihatan bercanggah dengan realiti semasa. Seharusnya setting atau latar masa yang jelas sekali tak sama dengan keadaan semasa patut turut dipertimbangkan sebelum hendak mencetuskan sebarang isu.

Novel Interlok Satu Penghinaan?

Entah apa perlunya menimbulkan isu yang sepatutnya pada awal-awal lagi tak perlu dibangkitkan hanya kerana kewujudan beberapa kosa kata seperti ‘Pariah’ yang wujud dalam novel ini. Tak perlulah nak tersinggung hanya dengan kewujudan satu dua kosa kata yang tak sedap di dengar walhal penggunaannya dan maksud tersirat disebalik penggunaan perkataan tersebut tidak difahami.

Istilah Kasta dan Pariah sememangnya wujud dalam kaum yang terlibat. Kalau bukan melalui novel Interlok ini, pelajar masih tetap akan terdedah dengan dua istilah tersebut. Filem hindi dan tamil pun sekali-sekala menyelitkan dua istilah ini. Jadi apa salahnya sekiranya pelajar kita didedahkan berkenaan dengan dua istilah ini.

Sekiranya timbul salah faham, bukankah ini adalah platform yang baik untuk memperbetulkan mana-mana kelompangan yang timbul? Seperti isu pendidikan seks, kononnya untuk memberi kesedaran dan kefahaman.. berikan pendidikan seks kepada pelajar. Cuma dalam konteks Novel Interlok ini, ia melibatkan perbezaan kaum.

Tak perlu risau akan berlaku salah faham. Kita ada ramai guru-guru yang berkaliber yang sangat berkemampuan memberi penerangan dan maksud sebenar setiap kosa kata yang digunakan. Jika tidak, apa guna mereka menjadi guru kalau perkara seumpama ini tak mampu untuk diperjelaskan.

Bila Politik Campur Tangan

Kita semua tahu, hatta baik macam mana sesuatu perkara sekalipun, sekiranya ada campur tangan politik bagi memenuhi kepentingan sesetengah pihak, dengan mudahnya perkara tersebut akan berubah menjadi kotor-sekotornya. Pihak yang mempolitikkan isu ini sudah jadi satu hal, pihak yang jadi balaci atau barua politik lagi satu hal. Mereka ni la yang sebenarnya golongan yang suka buat sepah dalam negara dan mencemar perpaduan negara yang telah lama terbina.

Sebenarnya bukan novel ini yang patut dilihat sebagai ancaman kepada perpaduan negara, tetapi manusia-manusia yang cetek akal inilah ancaman sebenar. Sayangnya ilmu yang mereka miliki tak mampu untuk melihat keindahan yang cuba dibawa oleh Novel Interlok ini.

Akhirnya, segalanya berbalik kepada apa yang ingin dicari oleh pembaca. Kalau kesalahan yang ingin dicari, maka kesalahanlah yang akan dijumpai. Jika sebaliknya, maka kebaikkanlah yang bakal dijumpai. Semoga isu ini segera mendapat kata putus dan penyelesaian yang diutarakan mampu memuaskan hati semua pihak.

Nota: Novel Interlok adalah hasil karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain. Novel ini dijadikan novel bacaan rasmi bagi pelajar Tingkatan 5 dalam komponen sastera.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 20% [?]

Share/Save/Bookmark

Subscribe

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

30 Responses to Isu Interlok : Apa Mesej Tersembunyi?

  1. lee January 19, 2011 at 7:32 pm #

    Novel ini telah lama saya baca dan sekarang rasa novel ini sangat berharga untuk disimpan oleh saya apabila menjadi satu kontroversi. Saya sangat bersetuju dengan semua pendapat anda di atas. Sensistif konon ‘mereka itu’ dan sudah berani kurang ajar walaupun dilayan dengan begitu baik oleh kerajaan selama ini. Saya tak marah mereka bersuara tetapi membakar novel itu pada saya ‘maruah’ penulis tercabar dan tidak boleh dimaafkan.

    • sabree hussin January 19, 2011 at 7:42 pm #

      Tindakan sampai membakar ni pada pendapat saya keterlaluan lah.. Kalau nak bersuara sekali pun, bukannya tak ada saluran yang disediakan.. tapi entah kenapa dan apa perlunya nak buat semua ni.. Yang jadi mangsa kemudian hari, pelajar-pelajar kita juga

  2. seorang guru January 24, 2011 at 9:33 pm #

    salam, sy sgt bersetuju dgn pandangan saudara.. jika apa yg dicari adalah kesalahan maka kesalahanlah yg akan kita nampak dan begitulah sebaliknya.. apabila sesuatu isu itu dipolitikkan maka ia akan mjadi sekotor2 benda yg bakal mberi impak kpd semua.. terutama kpd institusi pendidikan itu sndiri.. mangsa sebenar kpd isu ini x lain n x bukan pelajar yg dahagakan ilmu.. bila pendidikan dipolitikkan maka merekalah mangsanya.. jika apa yg dibuat lama dhulu dan sebati dgn diri mereka diubah sewenang2nya maka merekalah yg bakal menerima natijahnya.. mereka yg berpolitik sbenarnya hanya tahu utk mengeyangkan nafsu masing2 berkenanan isu ini.. fikirlah demi kebaikan anak2 tonggak msa depan negara kita.. kalau dilihat dr segi baiknya interlok hanyalah 1 realiti masyarakat dlu yg kini smakin berpadu membentuk gagasan 1 malaysia tetapi cuba diisukan utk kepentingan pihak2 tertentu.. maaf sekiranya ada yg x sependapat.. wallahualam..

    • sabree hussin January 24, 2011 at 9:48 pm #

      wsalam, pertamanya terima kasih kerana berkongsikan pendapat.

      walaupun sudah bertahun saya meninggalkan bangku sekolah, tapi kenangan sewaktu disekolah masih lagi tak dapat saya lupakan. pelajar, terutamanya yang masih bersekolah tak sepatunya dibebankan atau ditarik sekali untuk terjerumus dalam permasalahan yang diada-adakan seperti isu interlok ini. seharusnya biarlah suasana pembelajaran itu sesuatu yang menggembirakan dan menyeronokkan, barulah mudah ilmu itu dapat diserap.

      **kecewa juga sebab isu macam ni boleh timbul**

  3. Shanti January 26, 2011 at 2:52 am #

    Memang saya ingat sekali perkataan ‘Pariah’ yang selalu digunakan oleh ‘sesetengah orang’ untuk mengejek saya semasa saya kecil.Kemana saya berjalan saya dengar teriakan ‘Hindu Pariah’.Mungkin orang-orang yang komen di sini pun ada yang berbuat demikian dengan bangga dan tanpa rasa segan silu.Mengapa perkara ini berterusan hingga kini?Kerana sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa yang sengaja mengajar perkara-perkara seperti ini kepada anak-anak kecil,tidak cukup dengan itu,ada dalam buku sebagai bahan rujukan pula.Saya sebagai orang berbangsa India sendiri tidak mahu lagi generasi India yang akan datang tahu apa maksud kasta,tapi nampaknya ‘orang lain’ tidak mahu kami melupakannya,dan ada pula yang marah sebab kami terasa.Saya tidak nampak sebarang kebaikan dengan penggunaan perkataan ‘pariah’ melainkan untuk tujuan mengejek.Pelajar-pelajar India di sekolah pasti menjadi bahan ejekan rakan-rakan bangsa lain di sekolah.Saya berasa hairan bagaimana perkataan seperti ini boleh dibenarkan oleh kerajaan untuk dicetak dalam buku yang menjadi rujukan pelajar-pelajar sekolah.

    • sabree hussin January 26, 2011 at 11:07 pm #

      Hai Shanti, selamat datang ke blog saya. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen dalam blog ini. Saya harap Shanti dapat anggap ia sebagai satu medium untuk saling bertukar-tukar pendapat dan pandangan, dan bukan nak perkecilkan mahupun sebab nak jatuhkan maruah mana-mana golongan. Boleh ye?

      1. Saya bersekolah dikawasan kampung, dimana ditempat saya tinggal dan bersekolah terdiri dari semua bangsa. Ada Melayu, cina dan india. Teriakan yang pernah Shanti dengar saya rasa tak asing bagi saya. Saya pun pernah dengar dan selalu saya tertanya-tanya, apa makna ‘Pariah’ sampaikan ia menjadi taboo dan tak patut disebut langsung kepada bangsa India. Ia terjadi sebab kami ni masyarakat melayu, tak faham dan ramai yang tak cuba untuk memahami bangsa lain. Tapi kalau kita dah faham, kita dah tak akan buat dah.

      2. Ibu bapa pun manusia biasa jugak. Tak boleh nak harap mereka akan jadi perfect dan akan sentiasa mengajar anak-anak mereka supaya menjadi perfect seperti yang Shanti harap-harapkan. Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang ideal. Macam mana mereka nak mengajar anak-anak mereka untuk menghormati bangsa lain, kalau diri sendiri pun tak tahu nak hormati orang lain. Tak terkecuali bangsa lain, berlaku jugak perkara yang seumpama ni, bukan bangsa melayu sahaja yang macam ni. Apa pun kita cuma manusia biasa, dan dalam hidup mesti akan ada buat salah dan silap.

      3. Secara jujur, saya masih lagi kurang jelas dengan sistem kasta. Dan setahu saya ia hanya diamalkan di negara India, dan kalau ada pun diamalkan di Malaysia, pastinya ia hanya digunapakai oleh orang-orang india juga. Bangsa melayu tak amalkan kasta, jadi untuk apa nak membeza-bezakan kedudukan antara kita. Tak ada persamaan langsung dari segi sistem yang digunapakai untuk mengatakan india itu rendah tarafnya dan melayu itu tinggi tarafnya. Semua ni tak relevan lah.

      4. Saya bukan 100% orang melayu. Ayah saya orang jawa, dan ibu saya juga orang jawa. Kalau nak ikut dari segi keturunan, saya adalah 100% orang jawa. Tiada kacukkan atau mix bangsa lain. Jadi saya harap Shanti tak melihat saya sebagai seorang yang pro melayu atau anti bangsa lain.

      5. Sejarah adalah perkara yang terjadi atau yang pernah terjadi dimasa silam. Pendapat saya, kita patut menghargai sejarah. Bukan melupainya atau anggap seperti ia tak pernah berlaku. Ia adalah satu ilmu, yang mana kita patut tahu, lagi-lagi kalau ia adalah satu ilmu mengenai asal usul dan dari mana punca lahirnya kita. Tak ada yang buruk pun disini. Setahu saya juga sistem kasta pernah diamalkan, tapi tidak lagi (sebab shanti sendiri kata mahu generasi sekarang melupakannya),

      6. Ejekan dan gurauan adalah perencah dalam hidup. Janganlah anggap budak-budak sekolah sematang orang dewasa. Kalau bukan perkataan ‘pariah’ tersebut yang diguna pakai, tetap akan berlaku ejek mengejek. Jadi, walaupun buku ini tak dijadikan bahan rujukan sekalipun, tetap ejekan akan masih kedengaran.

      7. Bagi saya ini bukanlah satu isu yang benar-benar kritikal, melainkan sengaja dipanaskan.. dalam konteks kerajaan, mereka pasti dah menjalankan kajian berhubung kesesuaian buku tersebut digunapakai sebagai medium penyatuan bangsa dalam sesi pembelajaran.

      8. Mereka marah bukanlah sebab bangsa india terasa dengan isu ini, tapi disebabkan oleh Tindakan yang digunapakai mencetuskan huru hara. Tak cukup ke isu-isu sebelum ni yang mengucar kacirkan sistem? Sebelum ini kes Hindraf, sekarang ni isu interlok pulak. Apa pendapat Shanti? bangsa india memang suka buat kontroversi ya

      saya mohon maaf sekiranya apa yang saya tulis tak sependapat dan tak sealiran dengan apa yang Shanti percaya. Salah silap harap Shanti boleh perbetulkan, dan bukan hentam dengan emosi. tq

    • Jai Montana April 1, 2011 at 9:43 am #

      shanti,perkara ini tidak perlu dibesar-besarkan,ok? novel INTERLOK ni dah lama wujud,silap haribulan u pun xda lagi di dunia ni(kalau dah ada,ignore ja).tolong paham,andaikata novel ni jadi rujukan,saya pasti guru-guru adalah seorang yg pro dalam pengajaran mereka.kalau kelas sejam,masakan guru amik masa 30minit hanya untuk menghuraikan perkataan itu?semestinya banyak lagi bahan rujukan yg terkandung dalam novel itu boleh menjadi rujukan,kenapa dihighlightkan perkataan itu sahaja?cuba anda fikirkan,buku lama,tapi sekarang baru timbul isu ini..tidakkah anda hairan?itulah politik.sila paham di sini,kerana pendidikan yang dipolitikkan,hasilnya ini lah.adakah orang india menduduki Tanah Melayu ini tahun 2011?semestinya 1950 an’ betul tak Shanti? mana perginya orang india waktu itu?xda hero kah yang nak bangkitkan perkataan ini?xda hero India yg nak pertahankan hak seperti hari ni?tolong la.hormatilah keputusan negara,kerana setiap keputusan ada peruntukkan undang2.hiduplah dengan aman di Malaysia ni,jangan salah anggap,saya tiada niat ‘rasict” atau sbgnya,saya juga membesar hampir 20 tahun lebih,dengan jiran2 yg berlainan bangsa n for ur info,kawan2 saya banyak berbangsa India,..xda pun yg sms or call me kata apa yg terjadi ni?kenapa bangsa kami dihina ni?xda pun..adakah mereka xsensitif? sedangkan rakan2 saya ada yg menjadi Doktor n Cikgu.so cubalah bawa bertenang,k?penulis INTERLOK ikhlas dalam menceritakan politik Tanah Melayu.so xyah nak besar2kan..k? sekian,

  4. Ex-TESL January 28, 2011 at 12:13 am #

    Saya musykil berapa ramai agaknya ahli2 Hindraf yg betul2 dah baca novel ini atau hanya mensensikan isu ini utk mendapat publisiti. Adakah mereka faham nilai2 sastera atau literature in English dengan maksud yg tersurat dan tersirat.

    Walau bagaimanapun pihak Kementerian seharusnya sudah ada kriteria2 mereka sebelum sesuatu novel dipilih oleh Curriculum Devt Center supaya jika dicabar oleh mana2 pihak, mereka ada fakta2/rasional bagi mempertahankan kritera mereka. Malang sekali pihak Kementerian memberi ruang untuk menukar sebahagian teksnya untuk memenuhi kehendak sesetengah pihak. Bayangkan sesuatu karya sastera (contohnya ‘Salina’ ditukar temanya supaya tidak menyentuh isu kaum Melayu) dan hilang nilai estetiknya dan saya percaya A.Samad Said tidak akan bersetuju kerana itu adalah hasil nukilannya. This is a total let down kerana mereka tidak proaktif tetapi lebih bersifat reaktif. Jadi di masa akan datang jika ada bangsa2 lain anta memorandum lagi, kena tukar lagilah supaya memenuhi kehendak mereka kerana isu perkauman diperbesarkan. Saya memang kecewa dengan sikap Kementerian yg selalu bersikap reatif yg sentiasa melemahkan sistem pengajaran dan pembelajaran anak2 kita.

  5. Rao January 28, 2011 at 9:41 pm #

    Ini respons saya pada artikel Sabree Hussin,

    Soal sensitiviti sebenarnya subjektif.. apa yang sensitif pada saya mungkin tak sensitif pada anda, apa yang anda rasa sensnitif, pada saya mungkin tidak. Kita perlu belajar dan tahu apa yang sensitif pada sesuatu masyarakat dan ia mengambil masa. soal Interlok tidak ada siapa boleh jangka impaknya sebelum ia dimasukkan dalam kurikulum sekolah. Kontroversi itu meletup dan sebelum sesuatu boleh dilakukan ia sudah terlambat…
    Wahai Sabree, soal cerita keseluruhan dan niat penulis yang murni tadak releven disini… Nyata ada perkataan yang menghinakan dan terkutuk digunapakai dalam novel tersebut. Penulis mungkin tidak menjangka betapa besar impak perkataan itu, itu tidak dinafikan. Tapi bila diwar-warkan eloklah kita ambil pedoman. Ini soal perkauman, tidak boleh diambil remeh. Sama ada ia satu penghinaan, bagi saya ia adalah satu penghinaan yang tidak disengajakan, susulan daripada penulisan yang begitu bersahaja tanpa usul periksa. Penerbit harus tahu, ini karya menggambarkan karektor kerektor berbagai bangsa. Lebih banyak ‘research’ sepatutnya dilakukan sebelum versi murid itu deterbitkan, malangnya itu tidak berlaku.Sama ada ia lumrah, tepat dari segi sejarah, atau realiti tidak relevan sama sekali kerana ini soal perasaan satu kaum sejagat. Sesuatu penghinaan tetap penghinaan tidak kira apa konteksnya….
    Soal politiks pulak saya berbangga dengan apa NGO India dan MIC telah lakukan kerana mereka telah mempertengahkan satu isu yang sedikit sebanyak mengajar semua pihak termasuk kaum India tentang satu isu yang wajar dipelajari semua. Syabas. Memang susah untuk mereka yang bukan India atau bukan Hindu untuk memahami kntroversi ini… tapi percayalah… Interlok bukanlah sesuatu karya yang kami senangi. Dalam kita berkarya, biarlah juga kita beradat…

    • seorng pelajae February 1, 2011 at 8:47 pm #

      support u mr.rao

  6. Rao January 28, 2011 at 10:24 pm #

    Lagi satu isu yang saya ingin bangkitkan ialah definisi perkataan-P itu. Kasta adalah sistem sosial yang agak ‘ancient’ diwujudkan sebagai definisi perkerjaan. Pada masa itu apa yang si bapa buat untuk cari makan, akan diturunkan pada si anak. Maka satu keluarga akan dipanggil mengikut gelaran perkerjaan itu. Salah satu perkerjaan yang digolongkan sebagai kelas bawahan adalah ‘pa-ayar’ atau ‘pemalu gendang’ ketika upacara pengkebumian dilakukan. Susulan pada pandangan bahawa bunyi gendang tersebut menandakan kematian. Ego masyarakat kelas atasan meyebabkan golongan kelas bawahan ini tersisih bersama sama semua yang berkenaan dengan pekerjaan yang dikaitkan dengan kematian, peyembelihan, memotong rambut dan banyak lagi. Bila British muncul di tanah India, mereka menyedari akan perpecahan kelas atasan dan bawahan ini dan menggunakannya pada keuntungan mereka. Kerana tidak pandai menyebut nama kasta kesemuanya mereka menggelar kasta bawahan degan menyeluruh dengan konotasi perkataan-P seperti yang ada dalam Interlok. Konotasi itu walau pun tidak tepat dari segi bahasa tamil atau sanskrit digunakan untuk merujuk kelas bawahan yang mereka anggap hina dan jahil,sekaligus dicerca dan ditindas. Kelas atasan pula dianggap sebagai boleh dibuat kawan dan disertakan dalam agenda penjajahan mereka. Maka perktaan-P seperti dalam Interlok adalah tidak tepat sama sekali jika dianggap wujud kerana ia adalah rekaan pihak British durjana untuk menghina kaum yang sudah pun tersisih. Perkataan-P tidak merujuk pada mana mana kasta kalau ejaannya diambil kira. Cuma ‘pa-ayar’, iaitu nama satu daripada banyak kasta yang dianggap rendah..Bila sebut perktaan-P itu, kaum India akan teringat pada elemen ‘penghinaan’, ‘menjijikan’ yang dicipta British dan bukan pada nama kepada sesuatu kasta… Maka penggunaanya dalm konteks cerita menjadi salah sam sekali kerana penulis merujuk pada mereka sebagai kasta hina dan menjijikan. Untuk peringatan anda, nama mana mana kasta bawahan tidak pernah digunakkan dalm mana mana filem India (Hindi, Telegu, Tamil, Malayalam, Punjab, Gujerat, Kannada) kerana ia dadalah salah disisi undang undang semua daerah tersebut susulan pelaksanaan PM pertama India.Kasta rendah hanya akan dirujuk sebagai ‘kasta rendah’ dalam sebutan, oral atau terbitan.
    Sedarilah betapa sensitifnya perkataan ini…

  7. A good Muslim February 1, 2011 at 3:44 pm #

    “The term “pariah” is a literary injustice and has been banned from using in publications and speech in British, America and Europe. I would like to cordially caution that each and every media organ, book and publication in Britain that may henceforth use the word “Pariah” or “Pundit” in their current humiliating meanings attributed by English language dictionaries may be liable for legal action under the purview of the Human Rights Act and this liability can be enforced through courts of law if need be. For those media organs and publishers outside Britain, I am sure that principles of natural Justice will enforce such a liability.” Do you now know why the word “p—–” is sensitive? Well, Malaysian judiciary system, i leave it to fellow Malaysians to ponder upon.I do not see how the word “p” actually adds to the literary context or beauty of this novel (to term it in laymen’s words). And to be honest, the question here is not so much about the indian race- they are scattered all over the world (as a minority in many other countries except India) and also are the most successful immigrants in the UK and US (according to statistics). The real question here is why of all races it takes a Malay-sian to use the “p” word in literature which is given to school students, referring to Indians, in the 21st century??? And Mr.Sabree can you please tell me which indian movie(s) use(s) the term “p”. This novel is the outcome of research-less write-up and quality-free publication. In my home using the word “p—–” is just like using the word “f—”. How about yours? It is not only about sensitivity but also an issue of morality.

    • sabree hussin February 1, 2011 at 9:53 pm #

      Hai Mr good Muslim,

      Thanks for the sharing. It is a new information for me and for my reader there. I am not really a fan of hindi or tamil movie. By the way, the ‘kasta system’ is the one that is being highlight in the movie and i remember one watching one movie. But not the “P” words.

      • Jai Montana April 1, 2011 at 9:22 am #

        salam.betul,memang dalam filem xda,tapi bro sabree kena ingat.. perkataan “P****” yg digunakan itu kadang2 bukannya dituturkan oleh peringkat pelajar mahupun budak kecik,malahan perkataan itu turut ditutur sendiri oleh kaum India,selalunya apabila nafsu amarah menguasai diri. Perkataan itu menunjukkan betapa rendahnya kasta P**** itu dalam kaum INDIA.ini realiti,dan saya saksikan dan mendengar sendiri memandangkan saya dari kecil membesar dengan kawan2 berbagai bangsa,di mana jiran kanan saya india dan kiri cina.pernah sekali waktu saya berumur 15 Tahun, jiran india saya bergaduh dengan isterinya,dan saya sekeluarga mendengar sendiri si suami menyebut “P****” kepada isterinya,memandangkan salah faham di dalam rumahtangga mereka.so what’s a big deal?kalau sama2 sendiri sebut xpa ka? so xyah la nak layan sangat diorang ni.apa perasaan isteri apabila dipanggil perkataan itu? si suami yang memanggil pulak xberasa bersalah dan lupa asal usul ka?dia pun India jugak,kalau dia panggil isteri P**** so dia 2 apa?2 la..kadang2 spesis macam ini,lupa daratan bro..gua cakap berdasarkan pengalaman,bukan isi hati yang busuk hati kepada bangsa ini atau dengan lebih tepat,”rasict”.bukan 2 persoalannya bro,macam Penulis blog ini kata,banyak lagi golongan yg cuba menjadi sampah dalam negara ni,tetapi kenapa penulis yang ikhlas menceritakan Politik Tanah Melayu waktu dahulu menjadi mangsa?fikir-fikirkanlah..Kita sendiri sebagai orang Melayu pun masih ada hak2 kita yg xabis diperjuangkan,napa nak perjuangkan apa yg diorang nak ni?negara kita ada undang2,andai kata xikut undang2,biarkan saja…sekian.

  8. seorng pelajae February 1, 2011 at 8:42 pm #

    novel ini memang bagus tetapi ia akan membangkitkan isu perkauman di kalangan rakyat malaysia…..sbg seorang rakyat yang mengamalkan konsep satu malaysia, kita tdk boleh memburukkan rakyat yang beragama lain…lagipun ia bertentangan dengan agama islam…..oleh itu kandngan novel interlok haruslah diubahsuai

    • sabree hussin February 1, 2011 at 9:54 pm #

      Nak ubahsuai yang macam mana tu? boleh jelaskan? kurang faham maksud sharon la

  9. Sayang Negara February 14, 2011 at 2:28 pm #

    1 jer persoalan yang semua org perlu paham.. Saya manusia berbangsa Melayu, tetapi saya juga paham sensitiviti kaum/ bangsa lain. Kenapa kita perlukan perkataan yg menyinggung kaum lain dalam novel utk pelajar sekolah? Kita kaum Melaayu juga mesti akan megamuk sekiranya kaum kita dihina dgn perkataan yang tak sepatutnya. Sudah la semua!! apalah sangat utk menarik balik penerbitan novel yang sensasi ini jika dibandingkan dgn keamanan kaum di Malaysia. Kita patut pentingkan Negara, keamanan, keselamatan dahulu. hati setiap kaum patut dijaga. Sudah jelas lagi nyata bahawa perkataan “P” itu tidak patut ada didalam ilmu pelajar kita.
    Mana 1Malaysia yang asyik digembar gemburkan sekira isu sekecik ini pun jadi sensasi. buang masa.

    • sabree hussin February 14, 2011 at 8:43 pm #

      Ya saya faham maksud anda itu. Cumanya kita perlu terima hakikat yang kita ni berada di Malaysia. Memang suka try and error.

      • Sayang Negara February 16, 2011 at 10:19 am #

        Try and error??? Itu mentaliti orang Malaysia yg perlu kita tukar. Kita sepatutnya buat research, survey dan segala yang patut dulu(pemimpin patut lebih tau method betul). Macam mana Malaysia nak maju kalu asyik try and error. Bila dah ERROR baru kelam kabut nak cari solution. Time tu bila kita kena hentam, kita salahkan pihak lain cakap semua ni saja nak dipolitik kan. Padahal kita sendiri yang mempolitikkan isu yang tak sepatutnya. Berubah la. Prevention is better than cure. Cukup-cukup la dengan politik. Kemajuan negara, keseimbangan kaum, dah keamanan patut menjadi priority kita.

  10. scha February 15, 2011 at 1:44 pm #

    banyak lagi bahan rujukan yang boleh diguna pakai untuk silibus pembelajaran sekolah…abaikan sahaja interlok…bila dah ada bantahan walaupun benda kecil, baik kita lupakan sahaja interlok…iyelaa, kalau guna interlok pon, yang untung pon karyawan terbabit…pihak yang berwajib perlulah menilai dengan telus sesuatu bahan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan masalah baru pula nanti…daripada kita risau karyawan yang terluka baik kira ambil kira hati rakyat yang terluka…world peace…(n_n)v

    • sabree hussin February 16, 2011 at 8:53 pm #

      Apa nak buat lepas tu, let the ministry decide la. It’s their role to solve this matter

  11. Baracuda February 15, 2011 at 5:39 pm #

    Saudara sabree, nampaknya saudara ni masih tak faham apa itu maruah. Saudara cuba mengiyakan dan menyokong sesuatu yg saudara tau akan effect emosi bangsa lain. Tak kiralah mereka sekolah rendah atau dewasa. Saya juga melayu, mmg sy perasan sejak dari dulu lg, org melayu suka hina bangsa lain secara tak sedar(walaupun saudara ni jawa, kalau isi borang bahagian bangsa, saudara tetap tulis MELAYU). Mmg benar kanak2 melayu dulu hingga sekarang suka mengejek bangsa India, ‘K’ atau ‘P’. Kalau dalam buku sekolah pun ada perkataan tu, sampai bila bangsa India ni nak menanggung emosi dihina, sampai generasi saudara ke 10 pun takkan berakhir.

    Saya sebagai melayu, menentang sebarang perkataan yg menghina bangsa lain. Mesti saudara marah kalau Lee Kuan Yew kata Melayu mmg malas dulu hingga sekarang. Itu malas, boleh diusahakan jadi rajin. Tp kalau perkataan ‘P’ ni, sampai bila2 melekat selagi tak dibuang. Buku itu dibuat untuk educate, kenapa tidak educate diri supaya perkataan tu dibuang. Susah sgt ke?

    Mmg betulla, kalau begini la cara pemikiran saudara, jgn kata 1Malaysia, sampai bila2 sifat dan politik perkauman ni takkan hilang. Bangsa India bangun dan mencuba untuk membantah perkataan tu sahaja. Kita yg melayu ni, yg mmg berlagak Tuan Tanah, dan juga berlagak mcm Tuan kepada bangsa lain ni tak pernah pun berfikir akibat emosi mereka perkara mcm ni.

    Serupa juga org Indonesia marah kita panggil mereka Indon. Bagi mereka perkataan tu hina. Betulla, sy sebagai bangsa melayu merasa sgt malu, bukannya kita tak boleh berubah.

    Saudara kata ni Malaysia, try and error. Apa maksud saudara? Bila terjadi pertumpahan darah nanti baru saudara kata, eh error la. Dah tak sempat dah.

    Sebagai bangsa melayu dan beragama Islam, kenapa kita tak boleh mengelak kesilapan dari berlaku? Saudara tak sedar ke kita ni dah terlalu ego, mcm kita ni melayu bangsa terunggul. ‘Bangla’, ‘Indon’, ‘K*****’,'P*****’, tu semua perkara biasa bagi melayu, tetapi tidak bagi bangsa lain terutama India. Cuba la buang sifat tu, kita boleh berubah. Secara tidak sedar kita terlalu hampir dengan sifat2 dan pendekatan bangsa ISRAEL. Politik perkauman? bangsa ISRAEL mengatakan bangsa mereka mulia, bangsa lain parasit. ISRAEL utk bangsa ISRAEL.

    Dunia berubah, manusia berubah, masa berubah kenapa kita tak berubah?.

    Sedangkan nabi Muhammad Rasulullah, pernah menyuapkan makanan ke mulut seorang YAHUDI yg buta setiap pagi sebelum kewafatan baginda. Sedangkan YAHUDI itu mengina dan mencaci baginda dan agama baginda setiap masa dan setiap waktu. Penddekkan cerita, selepas baginda wafat, Saidina Abu Bakar pula menggantikan tempat baginda menyuapkan makanan ke mulut YAHUDI itu untuk meneruskan aktiviti yg Saidina Abu Bakar terharu sifat2 mulia Rasulullah. Semasa Saidina Abu Bakar meyuapkan makanan ke atas hamba YAHUDI buta itu, hamba YAHUDI itu merungut mengatakan Saidina Abu Bakar bukan orang yg selalu menyuapkan makanan kemulut beliau, kerana cara Saidina Abu Bakar meyuapkan makanan agak kasar, sedangkan orang yg selalu menyuapkan makanan itu sgt lembut dan tertib caranya sehingga terasa amat selesa dan nikmatnya makanan yg disuapkan. Lalu Saidina Abu Bakar mengaku dan mengatakan memang benar dia bukanlah orang yg biasa menyuapkan makanan ke mulut hamba YAHUDI buta itu. Orang yg sebenarnya telah meninggalkan kita. Lalu hamba YAHUDI buta itu bertanya siapakah gerangan orang yg sangat mulia itu, lalu Saidina Abu Bakar berkata, dia ialah orang yg selalu kamu keji, iaitu Muhammad Ya Rasulullah. Maka menangislah hamba YAHUDI buta itu menyesali perbuatannya.

    • sabree hussin February 16, 2011 at 8:52 pm #

      Terima kasih sebab singgah ke blog saya dan memberi komen. Walaubagaimanapun, suka saya tegaskan bahawa artikel diatas adalah atas pendapat dan pemerhatian saya dan tidak sepatutnya diterima bulat-bulat sebagai fakta.

      Secara general, MELAYU memang ramai yang PEMALAS! Buat apa saya nak naik angin? Lain lah kalau awak kata saya ni pemalas, masa tu pasti saya akan sedikit tersinggung. Bukannya saya baru sehari dua hidup di dunia, Melayu yang pemalas ada dekat mana-mana. Jadi tak perlu nak bela orang yang pemalas.

      Bagus la depa nak bangun nak buat bantahan, itu hak diorang. Saya kurang senang bila cara yang mereka gunakan dengan provokasi, demonstrasi bla bla bla come on la.. kalau baca paper dan tengok berita mesti tahu apa yang berlaku. Itu yang saya tak berkenan.

      Sejak bila pulak melayu ni bangsa terunggul? Yang saya nampak melayu lah yang paling banyak merempat dan melarat di Bumi negara sendiri.

      Boleh bagitau saya Negara mana yang politik perkauman langsung tak wujud especially bagi negara berbilang bangsa? 1Malaysia itu agenda je, ada apa-apa benefit ke? Saya tak rasa pun benefit dia.

      Apa pun terima kasih atas komen awak. Kisah nabi dan yahudi tersebut memberikan saya pengetahuan baru. wsalam

  12. thamilan February 16, 2011 at 1:18 am #

    yar… kita perlu mengakui bahawa negara kita pernah ambil tindakan dalam isu perkaum dalam media. Contohnya isu iklan hari raya idilfitri tv3 yang di war-war kan pada raya lepas. Iklan itu juga diharamkan serta-merta. padahal mengikut pandangan saya, iklan itu tidak ada apa-apa konterversi. En Sabri boleh tolong jelaskan kenapa tindakan sedemikian diambil.

    Controversial Aidilfitri TV3 Advertisement 2010.flv (http://www.youtube.com/watch?v=pMPnplExls8)

    Maaf kerana keluar topik. Saya memberi contoh tersebut kerana masyarakat yang terlibat memang bersependapat walaupun parti lain,agama lain. kalau dikatakan ada salah fakta kenapa perlu panjangkan lagi. Ambilah tidakan segera..

    • sabree hussin February 16, 2011 at 8:40 pm #

      Hai thamilan, terima kasih kerana singgah ke blog saya dan memberi pandangan. Saya hargai.

      Berkenaan dengan iklan tv3 yang diharamkan tersebut, saya kurang pasti apa sebab sebenar diharamkan. Tapi pada pemerhatian saya, iklan tersebut tak sesuai digunapakai sebab

      1. Hari Raya adalah hari perayaan bagi orang islam dan iklan tersebut tak mencerminkan dan melambangkan keislaman
      2. Selepas perbincangan pihak yang terlibat dan bantahan, iklan itu di ban
      3. Ia adalah faktor agama Islam, iaitu tak boleh menyamai mana-mana agama selain islam adalah dilarang.

      Harap menjawab persoalan serba sedikit

  13. thamilan February 18, 2011 at 1:05 am #

    Terima kasih En.Sabri atas penerangan. Masalah interlok pun lebihkurang sama lah. Disini bukan agama tetapi kaum. Pada masa sekarang di negara India ataupun dari dulu kaum india di Malaysia tidak gunapakai kasta dalam kehidupan mereka. boleh dikatakan sebagai diharamkan.Saya mengakui Kasta ini memang wujud tetapi itu dulu. pada masa itu pendidikan dan pengetahuan bukan macam sekarang. Sbg manusia yang berpelajaran janganlah sama sekali menjadi manusia zaman Jahiliah.
    Satu soalan asyik menganggu emosi saya adalah walaupun negara kita sudah lama dapat kemerdakaan, kita tetap mengguna istilah masyarakat melayu, masyarakat cina dan masyarakat india. kenapa kita tidak didik ataupun tidak dipanggil sebagai masyarakat malaysia seperti negara barat. contoh yang terdekat adalah Singapura.
    Masih ada pelbagai perbezaan antara masyakat malaysia dari segi politik dan pendidikan. Adakah ini perlu diteruskan??? tetapi cukai yang dikutip tetap sama tanpa perbezaan. Manusia dahpun berpisah dari segi kaum,agama,bangsa dan bahasa, kenapa dari segi peruntukan pun masih ada perbezaan?? adakah ini matlamat 1Malaysia???

    • sabree hussin February 18, 2011 at 7:54 pm #

      Ye betul tu. Memang sepatutnya minda masyarakat Malaysia sudah berubah sama sekali berbanding 50 tahun dulu. Dah tak ada dah istilah atau konsep Melayu tinggal di Kampung, India di estet dan cina di Bandar/pekan. Zaman sekarang semua orang bersama-sama terlibat dalam memacu ekonomi negara, tanpa ada batasan bangsa mahupun agama. Kita sama-sama menjadi faktor penggerak dan memastikan kestabilan ekonomi.

      Penggunaan istilah.. hmm ini kita kena lihat dari segi politik pulak. Memang ternyata di luar bidang saya, tapi kalau kita perhatikan, parti politik yang wujud di Malaysia semua mewakili bangsa/ kaum. Sebab itu politik perkauman akan tetap ada di Malaysia. MIC untuk India, MCA untuk cina, UMNO untuk melayu dan sebagainya. Ha macam mana tu? Masing-masing ada matlamat perjuangan masing-masing, walaupun dalam satu pakatan yang sama namun mempunyai agenda yang tak sama. Logiknya boleh capai ke kesefahaman? Ha.. yang ni saya tak mau jawab, kita sama-sama lihat dan perhatikan ya.

      Perbezaan pendidikan memang tak patut ada. Kalau sekarang kita wajib lulus BM untuk dapat sijil SPM, patutnya kita perlu wajibkan semua orang (pelajar) ambik subjek Bahasa Tamil dengan Mandarin. Oh mesti lagi syok kalau rakyat Malaysia fasih 4 bahasa! (BM, BI, Tamil dan Mandarin)

      Matlamat 1 Malaysia? Hmm ini adalah agenda.. Cuma orang yang betul faham dengan intipati 1 Malaysia je yang boleh huraikan, macam saya ni.. belum layak nak sentuh bab 1 Malaysia ni. Setakat yang general boleh la

  14. Eyes Wide Open March 29, 2011 at 6:56 pm #

    Bacalah mesej yang ingin disampaikan oleh kerajaan di sini:

    http://hartalmsm.wordpress.com/2011/03/22/interlok-when-a-language-lesson-isnt-about-language/

    Modul pengajaran dan nota pelajaran Interlok sediaan Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dipaparkan.

  15. Zaraguss April 1, 2011 at 5:30 pm #

    Novel Interlok menutup isu rakyat.

    Menurut teman guru berbangsa India isu novel ini sengaja dicetuskan untuk menutup kegagalan Samy Vellu dan MIC dalam menghatasi masalah masyarakat India.

    Justeru itu isu ini sengaja ditimbulkan agar masyarakat India memikirkan novel interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Husein.

    Buku ini lebih ke arah kehidupan sebelum merdeka.Rata-rata teman guru berbangsa India,isu ini sengaja dibiarkan kerajaan ,untuk menutup isu banyak remaja India terlibat dalam salah laku disiplin.

    Disamping untuk menutup kegagalan kerajaan mengatasi masalah keciciran penduduk India dan juga kegagalan kerajaan membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat India.

    Jadi novel Interlok ini dijadikan kambing hitam. Isu sebenar kerajaan baru Putrajaya pada PRU 13 boleh mengurus negara dengan baik tidak diutarakan.

    Isu Maika Holding boleh terus dilupakan. Isu harga kelapa naik boleh digelabkan.Isu BN ,isu barang naik boleh dilesapkan.Isu yuran sekolah terus dilupakan.

    Akhirnya inilah kejayaan media pro dan milik kerajaan ,isu sebenar rakyat terus digelapkan.

    *Saya sekadar berkongsi maklumat. Terima Kasih…

  16. nurul April 1, 2011 at 10:25 pm #

    i agree with u syg negara

Leave a Reply

CommentLuv Enabled