Izinkan Aku Hentam Rancangan Idola Kecil

Hari Sabtu yang lepas aku berpeluang dan berkesempatan untuk saksikan sendiri rancangan Idola Kecil Musim Ke-4 di saluran TV9. Waktu tu tepat jam 9.00 malam.

Macam mana aku dapat tengok cerita ni pun sebab anak kakak aku datang rumah, rembat remote control then terus tukar ke channel 9. Amboi.. berani budak ni. Untuk satu tempoh masa sejam, rumah aku tiba-tiba penuh dengan budak-budak kecik yang khusyuk nak tengok rancangan Idola Kecil Musim Ke-4 ni.

Maybe salah seorang dari penonton yang ada dekat rumah waktu tengah ternganga dekat depan televisyen dan ada yang dah mula berangan, membayangkan yang sebenarnya yang menyanyi dan yang terpilih untuk menyertai program realiti tv tu adalah diri mereka sendiri.

Dengar cerita, ada seorang peserta ni.. dia merupakan peserta termuda. Umur dia baru 8 tahun. Kalau 8 tahun, maknanya tahun ni dia baru je darjah 2. Nama diberi Noor Aina Batrisyia Bt Azman atau lebih mesra dengan nama panggilan trisyia. Amboi.. nama nak meletop je.

Masa umur aku 8 tahun dulu.. aku masih lagi seorang kanak-kanak yang pemalu. Masa yang ada aku gunakan sebaik-baiknya untuk baca buku, mengaji, dan buat latihan matematik. Masa tu tahun 1996, tak ada banyak yang menarik untuk di tonton dekat tv.. so most of the time aku akan baca buku.

Err.. mungkin aku memang minat baca buku.. sebab tu apa yang ada dekat TV aku kurang ambik port.

Budak-budak sekarang ni dah lain.

Umur masih kanak-kanak dah sibuk nak jadi penyanyi. Sebagai parents pulak.. ada yang galakkan. Tak kurang yang mengeluarkan ayat-ayat bangga bila anak sendiri terpilih untuk beraksi dalam pentas idola kecil.

Tak Rasa Terlalu Awal Ke?

Dalam salah satu peribahasa melayu, ada dinyatakan melentur buluh biar dari rebungnya.

Tapi peribahasa tu ditujukan dalam konteks pendidikan anak-anak yang sepatutnya dimulai sewaktu anak-anak tersebut masih dalam peringkat kanak-kanak lagi. Kerana pada waktu ini, kanak-kanak masih lagi fresh, bersih dan proses pendidikan patut mengambil tempat dihati kanak-kanak tu tadi.

Dari segi pengisian masa pun haruslah menjurus kearah pembangunan mental dan fizikal anak tu tadi.

Bila kita katakan pendidikan, agak-agaknya pendidikan yang macam mana yang sepatutnya kita beri dekat anak-anak kita sebenarnya ni?

Ini Pendapat Aku Semata-mata

Bagi aku yang cetek ilmu ini, pada waktu usia kanak-kanak dalam lingkungan 7 tahun – 12 tahun ni.. inilah masanya untuk kita berikan didikan ilmu agama yang sewajarnya.

Sebagai ibu, bapa, atau wakil yang bertanggungjawab membesarkan anak tu tadi.. mereka patut menunjukkan satu jalan yang lurus yang membawa si anak tu tadi ke pintu syurga, bukan sebaliknya. Anak itu tadi perlu di ajar untuk mengenal dan cinta pada Allah.

Di ajarkan untuk taat pada perintah Allah. Latih dan didik untuk solat 5 waktu sehari semalam.. dan kalau yang perempuan pulak, inilah waktunya untuk biasakan dirinya untuk memakai hijab atau tudung. Barulah nanti bila dah meningkat dewasa, tak ada terasa kekok pabila mengenakan hijab.

Bunyi macam kolot

Memanglah.. solat, memakai tudung, dan diberi didikan agama bukan satu jaminan yang si anak tadi akan membesar jadi seorang yang baik. Malah memang ada orang-orang yang kuat agama yang akhirnya sesat, dan melakukan kemungkaran. Memang ada.

Dari perspektif lain, aku kesian dengan nasib budak-budak kecik tu semua.. yang memilih untuk jadi Idola seluruh rakyat Malaysia, dalam kategori kanak-kanak semestinya.

Apa lah agaknya perancangan jangka panjang untuk dirinya ya.

Setakat ini.. aku hanya lihat para peserta yang bertanding sebenarnya tak ubah sebagai satu alat untuk menaikkan rating view atau bilangan penonton untuk menonton saluran 9.

They are just a tools.

Orang yang menjadi penonton.. mereka pun tak akan ambil peduli apa nasib peserta-peserta ni semua bila dah tamat program tu nanti. Sebagai penonton, kita hanya nak kan hiburan.

Berbakat

Memang la diorang ni berbakat. Tapi apabila bakat mereka ni dicungkil untuk tujuan dipertontonkan untuk tempoh hanya beberapa minggu sahaja, ia dah lebih menjurus kepada satu bentuk eksploitasi terhadap kuasa kanak-kanak.

Lepas kejayaan musim pertama, kedua, dan ketiga kali ni di adakan pulak musim ke empat. Entah dah berapa puluh ribu kanak-kanak di seluruh Malaysia cuba nasib untuk ambik bahagian. Misteri.. lagi-lagi part kejayaan tu..

Siapa yang berjaya? Peserta ke penganjur?

Kalau program ni tak profitable dalam perspektif pihak penganjur.. tak akan la dia nak extent sampai musim yang keempat.

Bagi aku, aku tak kisah pun kalau orang lain nak hantar anak-anak dia pergi menyanyi dan nak jadi artis terkenal dan top macam Erra Fazira, Siti Nurhaliza, dan lain-lain lagi lah.

Tapi penyanyi-penyanyi yang pernah popular satu masa dulu ni pun dah tak menyanyi sangat dah. Diorang lebih aktif terlibat sebagai juri dalam mana-mana program dan pertandingan nyanyian.

So kenapa artis yang dah kuat tak menyanyi lagi dan lebih fokuskan pada jadi juri.

Tapi orang-orang yang masih tak nampak masih lagi duk sibuk dan percaya bidang nyanyian ni boleh ubah nasib famili. Minat.. setahu aku minat ni boleh di pupuk dan kita yang dewasa ni.. kitalah yang sangat-sangat mempengaruhi dalam memupuk minat kanak-kanak.

Ai .. entah lah..

Apa nak jadi. Silap-silap yang sebenarnya minat tu emak dengan bapak dia.. anak-anak menurut je.

 

 

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

12 Responses to Izinkan Aku Hentam Rancangan Idola Kecil

  1. nuriz November 7, 2011 at 12:40 pm #

    saya lebih suka rancangan realiti kanak2 yang mengasah bakat kanak2 dari segi pidato kepetahan bercakap bercerita dari rncgn nyanyi ni..
    mengkhayalkan kanak2
    memang budak2 sukakan hiburan tapi menjadikan budak2 ni mcm AF memang tak sesuai la. takut merosakkan masa depan.ada byk lagi program lebih berfaedah.
    nuriz baru-baru ni tulis pasal..Bila Siti Saleha Share Entri Aku Kat Wall FB DiaMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 9, 2011 at 1:35 am #

      untuk short term.. ini je yang paling menguntungkan untuk di buat

  2. zool November 7, 2011 at 10:40 pm #

    entahlah sekarang ni sibuk sangat rancangan realiti menyanyi…
    bila nak ada rancangan realiti untuk ajar kanak2 meniaga ntah
    zool baru-baru ni tulis pasal..Keputusan perlawanan pertama bolasepak Sukan SEA 2011 – Malaysia lawan Singapura 0-0My ComLuv Profile

    • sabree hussin November 9, 2011 at 1:31 am #

      Buat rancangan yang nak ajar kanak-kanak meniaga tu satu idea yang superb. Tapi yang nak jadi producer tu tak ada lagi buat masa ni

  3. burnkelana November 8, 2011 at 11:59 am #

    Inilah realiti zaman kapitalis.. stesen2 tv hanya mengejar keuntungan semata2.. kanak2 diperdagangkan untuk memperoleh keuntungan semata-mata.. masa depan mereka pasti terdedah dgn dunia hiburan semata2 yg mana belum tentu manjamin masa depan mereka..
    burnkelana baru-baru ni tulis pasal..Beli Nombor Ekor Sambut AidiladhaMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 9, 2011 at 1:30 am #

      asalkan ia mampu membuahkan hasil, beri keuntungan kesenangan, semua tu sanggup di laksanakan.. tak ada masalah.. mereka bukan peduli sangat pun .. janji dapat duit dan siapa yang ada banyak duit.. mereka yang akan berkuasa

  4. Farahaznil November 10, 2011 at 2:34 am #

    8 thn??mak aih…time tu ,kita lirik lagu pun susah nak hafal kot…tpi salah parents depa juga..duk lepaskan anak msk rancangan ni buat apa…depa yg ajar anak depa jadi mcm ni..huhu..hancur2

    • sabree hussin November 10, 2011 at 1:07 pm #

      budak zaman sekarang ni kan dah advance.. masa saya 8 tahun, handphone pun tak tau macam mana nak pegang.. sekarang dah tak.. iphone, smartphone semua budak2 kecik sekarang ni reti macam mana nak handle.

      Ini kan pulak microphone.. lagi lah tak ada hal.. pasal parents tu .. hmm kita tengokkan je. depa lebih tau urusan keluarga depa

  5. aimannajmy November 15, 2011 at 4:22 pm #

    lebih elok kalo budak2 berebut tengok rancangan keagamaan ke,pastu buat versi katun, asah minda ke huhu,

    • sabree hussin November 16, 2011 at 1:13 am #

      Hmm tu la.. aku pun setuju kalau ada rancangan macam tu. Ni tak .. budak2 tak minat nak tengok citer macam tu.. parents pun sama, tak ada maknanya dia akan bukak channel rancangan budak2 kalau cuma story pasal keagamaan.. ai macam mana tu

  6. hafis December 29, 2011 at 10:52 am #

    Sejujurnya, saya pun tak tahulah kenapa terlampau banyak hiburan sangat sampai melibatkan penyertaan kanak-kanak yang baru berumur setahun jagung. Mereka ni patut dididik dengan sesuatu yang berfaedah dan berguna pada masa hadapan dan bukan yang melalaikan.

    • sabree hussin December 29, 2011 at 11:10 am #

      pendapat saya, ni la dia gejala hiburan tanpa had. Sampaikan kanak-kanak pun di’paksa’ dan di’pujuk’ untuk jadi penghibur dan terjun dalam dunia artis.. Risau kalau-kalau satu masa nanti Malaysia ni terlalu banyak artis, berbanding golongan profesional yang boleh menyumbang untuk pembangunan negara. Sudahlah Malaysia ni tak besar mana, kalau negara besar macam Amerika tu lain lah.. rakyat dia terlalu ramai

Leave a Reply

CommentLuv Enabled