Azam Tahun Baru?

Ini merupakan entry yang pertama sempena tahun baru 2011. Macam-macam dah berlaku sepanjang tahun 2010.. dan kalau korang semua rajin bukak newspaper, ada jugak beberapa kolum yang aku rasakan agak significant yang menceritakan apa yang pernah terjadi sepanjang tahun 2010.

Semua yang berlaku pada tahun yang sudah sebenarnya menjadikan seseorang tu menjadi bertambah matang dan lebih kental dalam mengharungi hari-hari yang bakal mendatang. Ia juga mengubah diri seseorang.

Manusia berubah.. sama ada ke arah kebaikkan atau kearah kejahatan. Mana-mana satu pun boleh berlaku. Setiap orang dikurniakan akal untuk berfikir.. terpulang nak pilih jalan yang mana. Sebab diakhirnya nanti, setiap insan pasti akan dipertanggungjawabkan atas setiap perilaku yang telah dilakukan.

Walau sekecil zarah sekalipun akan dihitung.

Untuk tahun 2011, aku terlupa untuk tetapkan azam tahun baru. Aku sendiri tak sure dari mana bermulanya amalan menetapkan azam setiap kali tahun baru muncul, yang pasti aku tetap macam tahun-tahun sebelumnya.. tak pernah peduli nak tetapkan apa-apa azam. Sekali lagi alasan terlupa aku akan gunakan secara berulang-ulang kali.

Bagi aku.. setiap hari adalah hari yang baru, dan setiap hari adalah wajib untuk menetapkan azam. Tak perlu nak tunggu tahun baru, sebab tahun baru tu hanya ada pada kalender!

pic source: 2011calendar.org

By the way.. my to do list semakin hari semakin bertambah, dan cita-cita aku dah jadi makin besar. Sekarang sedang merancang strategi untuk menuju kearah itu.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

2 Responses to Azam Tahun Baru?

  1. RozaniGhani January 5, 2011 at 10:47 pm #

    selamat tahun baru, bro. azam baru tu boleh start bila2 pun.
    RozaniGhani baru-baru ni tulis pasal..Review Penggunaan Plugin RG 2010My ComLuv Profile

    • sabree hussin January 6, 2011 at 12:10 am #

      Setiap hari saya ada azam baru hhe

Leave a Reply

CommentLuv Enabled