Sekarang ni aku ada mengalami beberapa keresahan and aku tak pasti macam mana nak cakap dekat orang-orang yang terlibat berkenaan dengan keresahan aku ni. Aku sendiri pun tak sangke jugak benda-benda ni semua akan jadi dekat aku.
Tapi nampaknye dalam tak sangka tak sangka tu, jadi jugak dekat aku. Haish… Dah la benda ni melibatkan duit, adoi la. Bila libatkan duit ni, kang tak pasal-pasal boleh putus saudara pulak aku.
Guys and girls (and others), this is about my ex-client.
Before this aku kan pernah jadi agent takaful. So, since sekarang ni aku dah berenti jadi agent, so, ini jugak bermakna client-client aku tu semua jugak dah berenti menjadi client aku la kan.
Hari ni aku rasa tak sedap ati pulak dengan polisi client-client aku. Aku rase macam ade yang tak kena je.
So, to cut it short, aku pun bukak la website etiqa and call die punye general line. Someone pick up the call, and bla bla bla
Aku bagitahu ape aku nak, and tak lain dan tak bukan.. Aku nak kan maklumat status polisi ex-client aku. Masih aktif ke, dah expired ke?
And jawapan yang aku terima memang sangat-sangat la mengecewakan. Aku yakin yang diorang ni semua pun tak aware yang polisi diorang ni dah lapsed.
Ok.. This is something yang maybe aku rase patut aku share. For those yang buat potongan bank (autodebit) untuk buat bayaran premium/sumbangan takaful. Make sure korang ni bukanlah jenis yang simpan cukup-cukup (just enough) dalam akaun.
Kalau bulanan korang kena bayar sebanyak RM200, make sure lah dalam akaun korang sentiasa ada RM400 and above. Ini dikira sebagai safe limit.
Kenapa?
Right, setiap kali bank buat bayaran bagi pihak korang secara autodebit kepada syarikat insurans (termasuk mana-mana syarikat yang menerima bayaran berbentuk autodebit), pihak bank akan charge some amount of money ataupun transaction charge.
Kalau kebetulan bulan tu amount dalam akaun bank korang tak cukup… Dia tak akan potong pape, dan bulan tu akan dikira sebagai potongan automatik tak berjalan, dan mod pembayaran akan ditukar terus kepada tunai.
Maksudnye? Of course something yang aku tak suka.
Rupenye ex-client aku ni dah terkena benda ni. So, ada beberapa bulan potongan bank tak jalan, dan sekarang ni siap ade tertunggak pulak. Bengong betul. Nasib baik perlindungan masih aktif lagi.
Yang kes lain pulak, dah lapsed terus. Lepas tu ada amount outstanding pulak tu. Argh… Tension aku. Kalau nak hidupkan balik polisi, kena pulak clearkan amount yang masih hutang, lepas tu kena pulak isi borangĀ akuan kesihatan. Leceh gile.
Yang peliknye, tak ada pulak apa-apa reminder dari etiqa! Rupenye reminder tu ade, tapi alamat dia dah sesat. Pergi hantar ke alamat agensi.
Yang agensi ni pulak diam je, dah dapat duit lepas tu buat tak tau je. Tak bertanggungjawab langsung. Banyak kali dah aku isi borang tukar alamat kepada alamat peribadi, tapi masih sama jugak. Tetap tak update.
Sekarang ni entah macam mana la aku nak explain dekat ex-client aku ni semua pasal polisi-polisi diorang ni semua. Takkan nak aku ganti duit diorang ni semua pulak. Dekat RM1,000 tu.
So, jenis pembayaran paling baik aku rasa adalah tunai. Mintak agent tu datang jumpe korang tiap2 bulan. Insya Allah tak akan terlupa atau terlepas buat bayaran.
Popularity: 4% [?]

tuan, bolehlah check dengan agency manager tuan, samada client dah potong bank atau belum
tak perlulah standby 400 kalu potongan 200 sebulan…standby 20 je sbulan dah lebih dari cukup
Dah check dengan Bank, dan memang bank ada tak potong atas alasan2 tertentu
salam..
memang tanggung jawab agent utk check customer client dan agent kena educate customer jaga polisi seperti client bayar bulana kereta…
Autodebit memang kena charge RM1 utk BSN, CIMB dan Maybank.
Standard Instruction mengikut charge bank masing-masing
utk auto debit ,kalau bank gagal mencharge pada tarikh 28 haribulan , dia akan cuba pada 15 bharibulan dantry sebanyak 3 kali. bila gagal… autodebit pun terbatal…
so itu yg saya nak kongsi…
Agent datang jumpa setiap bulan adalah cara konvesional yang tidak tepat…
Lebih baik buat macam Amassurance, bayar sekali setahun sekaligus..
tak ada le pening sangat nak handle kes2 yang tak patut timbul macam ni
hurm.agent tak pantau, camnila jadinye.biasanya akan ada sistem utk agent check 2 kali sebulan. sebenarnya tugas agent jugak utk memantau samada payment client dh clear ke belum utk bulan tu.if belum, call client remind them.
inilah jadi agent.sentiasa berkhidmat.dh kata dapat komisyen.kenalah bekerja.client sbnrnye yg bagi komisyen kat kita.
ye la.. pengajaran tu
etiqa takaful memang penipu coz i dh kene many times. never trust. claim pun lmbat gilerr. n the truth is, jangan join!! say no to etiqa!
uit sampai macam tu sekali? document tak cukup kot
aku ni agent etiqa.
aku pun dah isi borang update particulars.
itupun mereka tak update. so my clients dapat renewal reminders with my old phone nos.
kaau agent pun depa buat camtu… apatah lagi clients.
selalu kalau apa-apa hal agent jugak yang akan disalahkan. Agent tidur la, tak buat kerja la.. padahal sebagai agent kita tau sendiri dekat mana “problem” nya kan?