Kalau ikutkan kalendar tahun 2011, hari ni adalah merupakan hari perayaan bagi sambutan Deepavali. So for those yang berkepercayaan hindu, mereka meraikan sambutan deepavali pada hari ini.
Macam mana cara mereka sambut, aku tak pasti. Walaupun sebenarnya aku ada ramai kawan yang beragama Hindu, tapi masih banyak lagi yang aku tak tau pasal kepercayaan diorang. Bukan aku tak nak ambik peduli, cuma ye la aku bukannya ada banyak kesempatan nak sembang-sembang dengan diorang selalu.
Lagipun adakalanya kita lebih selesa untuk bercampur dengan kelompok kita-kita je. Macam saluran Astro Ceria tu .. Untuk kita-kita aje.

Aku pun tak ada banyak masa nak explore pasal apa yang diorang ni anuti. Setakat satu dua perkara tu ada la jugak aku sempat tanya-tanya. Tapi yang pasti masih banyak lagi yang aku tak tau.
Memandangkan malam tadi merupakan Deepavali eve, so ada beberapa famili berketurunan India duk sibuk bakar mercun.
Buat sakit telinga aku je.
Part mercun ni.. nampaknya semua agama, budaya, dan kepercayaan bersepakat.. asal nak raya je mesti nak kena ada mercun. Nak kena bakar satu atau dua das.. macam tu baru akan terasa meriah agaknya.
Selain dari tu, hari ni jugak ramai kawan-kawan berbangsa India yang ajak aku datang rumah diorang.. ada open house. Aiseh.. terpaksa aku tolak. Aku kena kerja la kawan-kawan..
Kalau semua orang duk bantai bercuti time public holiday macam ni.. siapa yang nak make sure company operation is not interrupted?
So orang-orang macam aku ni la yang kena stay back dekat office dan layan kerenah-kerenah pelanggan yang macam-macam hal tu.Lagipun masa raya aidilfitri yang lepas diorang semua kena kerja, and kitorang yang beragama Islam ni dah ambik cuti yang agak panjang.
Hari ni desire untuk aku segera berhenti kerja datang balik. Terasa the fire within me masih lagi burning macam dulu. Mungkin kali ni makin marak. That burning desire.
Aku memang tak berkenan untuk kerja dengan mana-mana company untuk satu tempoh masa yang lama. Macam mana pun, aku kena start fikirkan tentang diri aku sendiri.
Persoalan macam sampai bila aku nak kayakan orang lain asyik berlegar-legar dalam kepala aku sepanjang hari ni.
Syukur.. aku masih belum lagi terjatuh dalam perangkap selesa atau complacent dalam kerja yang aku ada sekarang.
Please wish me dapat berhenti cepat dari company yang aku kerja sekarang ni.. sebabnya.. aku nak start my own company dan aku nak develop my own business.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]

No comments yet.