Kalaulah Internet Aku Laju..

Mood malam ni hanya nak berangan.. oh bukan selalu aku berkongsi apa yang aku angankan dalam blog kecik ni. Selalu aku akan simpan sorang-sorang, dan seterusnya buat apa yang perlu.

Bila aku mula rasakan line internet aku yang kurang stabil, ditambah pulak perisa yang kejap ada kejap tak ada, dan paling best selalu disconnected.. minda jadi liar membayangkan apa akan aku buat kalau internet aku laju. Off course, semua ni sekadar untuk memujuk hati supaya melupakan sekejap perasaan bengang dengan internet connection dekat kawasan aku ni.

Kalaulah internet aku laju… oh macam-macam aku akan buat dan aku teringin nak buat

source: zdnet.com

Download Movie

Semestinya aku tak akan lepaskan peluang ni untuk download movie seberapa banyak yang aku larat. Selalu asyik nak tunggu ada kawan download dulu, baru boleh mintak.. letih la. Sekali-sekala nak juga download sendiri. Tapi apa kan daya, internet aku bukan laju sangat. Tak larat aku nak tunggu lama-lama semata-mata nak dapatkan satu movie dengan duration dua jam dan fail sebesar 800mb.

Mau lebam laptop aku ni terpaksa berjaga lama sangat.

Download Lagu

Sejak beberapa hari lepas aku mula jatuh cinta balik dengan lagu-lagu lama era 90an. Macam touching pulak bila dengar lagu-lagu macam tu. Ni semua hasil penangan daripada muzik-muzik separuh akhir yang lepas tu la.. bila dengar Rahmat nyanyi satu lagu..

Andai diberi kan emas permata,
Ku pilih senyumanmu,
Andai ku punyai mahligai indah,
Ku hadiahkan untukmu,

Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora,
Antara ribuan mata menikam,
Takkan kubiarkan kau tenggelam…

Ada banyak lagi lagu yang menunggu dalam waiting list aku untuk di download.. Tapi kena hold dulu. One at a time.

Download Game

Aku memang dah tak beli computer games dah sekarang ni. Bazir je. Boleh download je, buat apa la nak keluarkan duit lagi. Tak percaya ke? Mari tengok game yang ada dalam website ni. Mana tau ada yang korang berminat jugak nak download

http://www.myplaybus.com

Aku dah download beberapa games, antaranya Zuma dengan Zombie Attack. Ek elleh macam budak-budak betul la main games macam ni.

Facebooking Tanpa Gangguan

Serius aku rasa sangat terganggu, especially bila tengah chat, internet aku boleh disconnect pulak. Aduyai.. mengganggu konsentrasi sungguh.

Blogwalking Banyak-banyak

Korang pun faham-faham la kan kepentingan blogwalking ni. Ziarah menziarah sambil memberi komen. Da jadi macam hobi baru bagi aku pulak sejak akhir-akhir ni.

Tapi aku selalu frustrated dengan keadaan internet yang macam ni. Bayangkan, dah la nak load satu-satu blog tu pun ambik masa, lepas dah penat tunggu.. tiba-tiba keluar pulak mesej ‘page loading error’. Memang sakit hati la.. tu pun belum campur lagi bila terpaksa berdepan dengan blog yang ada macam-macam aksesori. Berat beb..

Tapi eh wait wait

Kenapa langsung tak ada niat nak..

Menuntut dan menambah ilmu

Download ceramah-ceramah agama

Berdakwah dan berjihad ke jalan allah

Oh memang patutlah internet aku slow je.. kalau niat asyik keseronokkan duniawi. Tuhan memang lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Satu-satu nikmat kalau hanya akan menjarakkan hubungan antara hamba dengan penciptanya, memang lebih baik tak ada daripada ada.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

14 Responses to Kalaulah Internet Aku Laju..

  1. dnoBiz November 18, 2010 at 10:48 am #

    Aku Bernasib baik sebab Streamyx kat Kg aku memang superb….
    geranti tak cari lain dah :D
    dnoBiz baru-baru ni tulis pasal..Kerana Tidak Cantik – Cerai isteri tidak cantik makin meningkatMy ComLuv Profile

    • sabree November 18, 2010 at 3:32 pm #

      Aku ada jugak apply streamy.. tapi masih tak dapat-dapat lagi sampai sekarang. Masih lagi terpaksa bersabar dengan broadband ni

      • Azuan November 20, 2010 at 8:27 pm #

        Guna streamyx yg 4mbps tu.. mesti laju punya.. nak download pun sedap.. hehe
        Azuan baru-baru ni tulis pasal..Berita Sukan Terkini SEO ContestMy ComLuv Profile

        • sabree hussin November 20, 2010 at 10:17 pm #

          Oh memang aku dah lama idam-idamkan yang itu hak2

          • Azuan November 21, 2010 at 12:29 am #

            Aku pun idam yg 4mbps tu gak.. tapi belum ada rezeki lg.. skrg cuma guna yg 384 kbps tu jer.. tu pun dah ok lajunya..
            Azuan baru-baru ni tulis pasal..Berita Sukan Terkini SEO ContestMy ComLuv Profile

          • sabree hussin November 21, 2010 at 1:15 am #

            aku nak pakai yang 4mbs bila aku dah ada bisnes online, jadi berbaloi sikit. Macam sekarang internet just for fun, rugi pulak nak pakai yang mahal-mahal.

  2. zik November 18, 2010 at 12:31 pm #

    bband nie kadang2 buat hal.. bila mood tengah naik nih…tapi kadang2 bila ok… mood pulak takda…
    zik baru-baru ni tulis pasal..Maha International 2010- 26 november ini!My ComLuv Profile

    • sabree November 18, 2010 at 3:37 pm #

      selalu wrong timing la kalau macam ni zik, bband aku hanya akan jadi superb pada pukul 2 pagi hingga 5 pagi.. oh

  3. ibnujusup November 18, 2010 at 2:00 pm #

    biasela tu bro…dulu aku slalu gak face problem ni… tapi lepas pindah rumah semua tip top…alhadulillah….:-)

    anyway nice blog…penggunaan warne biru..sejuk mate memandang
    ibnujusup baru-baru ni tulis pasal..Happy Birthday MalaysiaMy ComLuv Profile

    • sabree November 18, 2010 at 3:39 pm #

      Maknanya kawasan rumah sekarang line dia cantik la ye.. wah sungguh jelous

  4. ken November 19, 2010 at 8:26 pm #

    semua orang pun mau internet laju :)
    ken baru-baru ni tulis pasal..Nagomi Hinagiku Buffet LunchMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 19, 2010 at 9:00 pm #

      Saya mau internet yang laju tapi kos tidak terlalu tinggi

  5. Azuan November 21, 2010 at 1:51 am #

    Betul gak tu bro.. bila dah ada benda yg boleh cover kita punya bil nnti, baru sedap nak guna yg speed tinggi..
    Azuan baru-baru ni tulis pasal..Berita Sukan Terkini SEO ContestMy ComLuv Profile

  6. Cik Su December 7, 2010 at 12:36 pm #

    ops..cik su pun same..menikmai internet yang tak brapa laju nie…tapi elok jugak.kalau laju pun lalai sangat dengan nikmat dunia
    Cik Su baru-baru ni tulis pasal..Jerawat ku Tumbuh Tak Bagi Warning Bedah BetoiMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled