Kamu Tahu Pasal Diari Budak U?



Diari Budak U.

Sebenarnya projek blog ni dah lama aku cube nak hasilkan, cumenya asyik pending je. Aku ni je yang suke sangat nak postponed. Aku ada tulis beberapa entry dalam blog tu, cumenya tak serancak aku menulis dalam blog ni.

Bukan ape, walaupun isi dalam blog tu semuanya adalah berkenaan dengan student life, which is my life currently, tapi aku tak boleh nak suka-suka main tulis je. Aku percaya yang aku kena tunggu sesuatu sebelum aku commit myself to write it constantly.

Ok, bagi yang confuse.. Cerita dia macam ni. Sekarang ni aku dah tahun akhir. So, sepanjang hampir 3 tahun dekat Universiti ni, boleh kata macam-macam dugaan yang sempat aku lalui. Dan setiap satu daripada ujian-ujian yang pernah aku lalui ni, aku kumpulkan dan aku kongsikan dalam blog Diari Budak U.

Kalau aku menulis masa aku baru masuk U awal-awal dulu, alah… Ape benda je yang aku nak tulis. Masa tu pulak dah konfirm-konfirm aku masih berhingus dan kurang pengalaman dalam selok belok kehidupan dekat U. Well, sekarang ni pun aku masih lagi bukan seorang yang pakar.

Cumanya, aku ada kelebihan sedikit. Iaitu pengalaman. Pengalaman aku dekat U pastinya dah bertambah lagi berbanding dua tahun yang lepas. Sebab tu baru sekarang aku nak mula menulis dekat dalam blog Diari Budak U ni.

Kenapa aku tulis pasal Diari Budak U ni? Haha aku ni sebenarnya seorang yang sentimental. Betul wo, tak tipu la. Tu yang aku tulis benda-benda macam ni. Sentimental lah kata kan.

Ala, bukan apa. Lagipun aku belum pernah lagi jumpa blog pasal student life. Mungkin juga aku ni yang terlepas pandang. Alah mana-mana la. Kalau betul belum ada sekali pun, biarlah aku jadi pemula ya.

Mana la tau kot-kot 10 tahun lagi blog aku ni dijadikan blog reference untuk semua student U melontar dan berkongsi masalah dengan aku. Eceh ceh kan aku dah kata, aku ni seorang yang sentimental hahaha.

Bawah ni merupakan screenshot untuk blog aku. Boleh klik untuk terus masuk ke blog tersebut. Aku pasti ramai antara korang yang baca entry aku ni masih lagu student. So, aku harap korang boleh la ringan-ringan kan tulang jari korang untuk tekan keyboard dan tinggalkan komen dalam blog aku tu ye.

diari-budak-u

Terima kasih ye..




Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled