New P1Wimax Moderm For Chinese New Year

Internet aku dah jadi bertambah baik sekarang. Semua ni lepas aku mengambil keputusan untuk tukar broadband sedia ada daripada syarikat penyedia perkhidmatan celcom kepada P1Wimax.

Sebelum ni aku pernah jugak pakai P1Wimax, tapi disebabkan aku balik kampung beberapa bulan, dan kampung aku still tak ada coverage, maka terpaksa la aku teruskan dengan celcom. By the way, beberapa hari lepas, bila check dengan pihak P1Wimax, aku dapat tahu yang aku ada amount outstanding. Oh No! Dekat Rm300 pulak tu. Oh No! Oh No! Oh No!

Rupanya macam ni dia punya style ye.. guna tak guna still kena bayar jugak. Maybe ada stated dalam term and condition dia kot.. aiya..Aku pun tak pernah peduli nak baca. Nasib baik jugak moderm yang lama tu bukan atas nama aku, tapi atas nama my buddy. So papehal, dia la tanggung. Aku dah mintak dia potong, and ada duit lebih nanti aku akan bayar sikit-sikit.

By the way, sebelum ni aku guna moderm yang kaler hitam. But now, aku guna yang warna putih. Nampak lagi best and aku tak perlu nak guna apa-apa kabel. Boleh guna wireless je. Mungkin yang moderm warna hitam tu pun boleh jugak guna kot, tapi aku tak tau nak pakai. Just guna kabel. Plug in and plug out setiap kali nak pakai. Janji boleh guna. Kalau tak silap, yang moderm warna hitam tu, kalau nak jadikan dia wireless kena ada routers sendiri. Agaknye la.

So far, setakat ni aku puas hati dengan service dia. Tak ada masalah, dan tak banyak buat pasal dengan aku. Tak ada pulak nak suka-suka hati dia je nak disconnect tak tentu pasal. Kalau pakai celcom sebelum ni, kejap-kejap dia buat hal.

Tapi aku still lagi nak kena pakai si celcom tu jugak. Nak tahun baru cina ni, aku nak balik kampung. Dekat kampung aku pulak tak ada lagi coverage untuk P1Wimax ni.

Aku rasa tu je la yang aku kurang berkenan dengan P1wimax ni, coverage masih lagi limited.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

4 Responses to New P1Wimax Moderm For Chinese New Year

  1. zik February 2, 2011 at 5:20 pm #

    aku pun guna celcom bband.. ada masalah jugak kadang2.. p1 nie.. ada kat rumah… pakai yang hitam punya …
    zik baru-baru ni tulis pasal..Buat tulisan terbalikMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 2, 2011 at 7:14 pm #

      zik pakai sampai 2 broadband ke ?

  2. 2bz4money February 3, 2011 at 12:54 pm #

    Aku masih maintain streamyx BB dan pilih blockbuster promotion pada hujung tahun lepas. Bercadang jugak nak pakai P1Wimax, tapi coverage masih tiada. Objektif asal masih sama, best value for money dan mesti berbaloi2..
    2bz4money baru-baru ni tulis pasal..Found moneywhat do you doMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 3, 2011 at 1:20 pm #

      saya nak jugak guna streamyx.. tapi nampak prosedur agak leceh. kena ada talian tetap dan macam-macam pulak dia mintak. P1Wimax yang saya guna ni plug and play. puas hati jugak

Leave a Reply

CommentLuv Enabled