Manusia ni memang tak sekuat mana. Tengok sendiri la badan manusia tu sendiri. It’s only consist of flesh and bone.
Ambil satu pisau dan hiris kulit kita, apa akan jadi lepas tu? Kulit akan terluka, kemudian keluar darah. Kemudian rasa sakit.
Macam mana pulak kalau kita ambik satu hammer, dan ketuk pada jari kita. Lepas tu? Apa jadi? Boleh patah weyh..
Inikan pulak kalau kena langgar kereta? Kena gilis dengan bas.. Oh… seksanya. Badan kita ni tak sekuat mana. Boleh hancur, sampai langsung tak meninggalkan kesan.
Kalaulah semua orang sedar diri. Kalau lah semua orang sayangkan diri sendiri. Kalaulah semua orang ambik sikap waspada, berhati-hati daripada terkena kemalangan.
Gambar hiasan thebahamasweekly.com
Semalam aku dapat satu berita, kakak aku accident. Terkejut tak terkata. Kakak aku tak pernah accident, dan setahu aku dia tak pernah cuai bawak motor. Tapi mungkin sebab nasib kurang baik menyebelahi dia.
Lepas tu orang yang nampak kakak aku jatuh tu terus hantar dia ke klinik. Seorang lelaki india. Siapa kata Melayu dengan India tak boleh membantu antara satu sama lain? Dekat tempat aku semua kaum memang hidup harmoni.
Sampai dekat klinik, doktor dekat sana tak boleh nak buat pape. Injured dekat jari terlalu teruk. Nak tak nak terpaksa hantar ke Hospital. Hospital kerajaan. Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Hospital yang sama tempat aku dilahirkan dulu.
Bila hospital kerajaan, faham-faham je la apa penyakitnya. Lambat bukan main. Aku rasa, kalau orang yang dah nazak boleh meninggal dekat ruangan menunggu. Dari dulu lagi hospital kerajaan ada masalah macam ni.
Servis sangat perlahan. Entah bila kita boleh tengok perkhidmatan hospital kerajaan akan jadi makin baik.
***************************************************************************
***************************************************************************
Popularity: 1% [?]


Hospital Kerajaan biasa la.semua ikut giliran.
klu swasta laju je.bagi nama dan butiran lengkap.
terus pegi x-ray dan masuk hospital……..
Ali ridha baru-baru ni tulis pasal..Anak ketam segari Raya Kedua 2010
hospital kerajaan jadi ramai pun sbb ramai orang tak mampu nak pegi swasta. medical card pulak tak ada. nak buat macam mana