Update Tentang Aku Setakat Hari Ni

Salam guys yang masih kenal aku dan yang pernah kenal aku, dan jugak yang nak kenal dengan aku (kalau ada la hhe).

Tujuan entry ni aku tulis just untuk update serba sedikit pasal diri aku ni, mungkin ada yang nak tau, mungkin jugak ada yang tak nak peduli pun (hha), macam mana pun aku tetap akan tulis jugak walaupun aku akan terima macam-macam reaksi nanti (hho).

Alright, first thing first, 02 May 2010 yang lepas merupakan hari terakhir aku jawab exam dekat uitm, dan insya allah yang terakhir untuk aku bagi melengkapkan degree program yang aku tengah buat sekarang ni.

Paper tu paper yang terakhir, that is subject Financial Statement Analysis. Alhamdulilah semua boleh jawab, dan insya allah lepas ni dah tak perlu lagi nak balik ke uitm untuk datang kelas atau apa-apa lagi la. Boleh jugak nak kata yang program ijazah sarjana muda aku ni dah nak siap dah.

Lepas tu, kalau ikutkan jadual yang fakulti bagi, aku kena pergi praktikal training ataupun internship bermula 25 May 2010 sampai la bulan October nanti. Kira-kira dalam 20 minggu jugak la.Tapi aku mula awal sikit, that is 10 May 2010 yang lepas. Dah dekat 2 minggu jugak la aku dah mula praktikal.

Buat kawan-kawan yang tahu dekat mana rumah family aku, for the time being aku tak duduk situ lagi dah. Buat masa ni aku pindah sekejap ke Pandan Indah, Kuala Lumpur. Senang sikit aku nak pegi tempat keja, kalau duk dekat klang tu agak jauh la. Tak larat aku, dah la jauh… kos untuk pergi ke tempat kerja pun banyak jugak.

berjaya_logo

Jadi sekarang ni aku buat praktikal dekat Berjaya Corporation. Ramai jugak kawan-kawan yang tanya aku ni dapat praktikal dekat mana, tapi aku saje pilih untuk keep silent, sebab masa korang tanye tu aku masih belum lagi menjejakkan kaki ke Berjaya Corporation ni.

Memandangkan sekarang ni aku dah sampai sini, baru lah aku bagitau.

Ok, so far ni je la update yang aku rasakan worth sharing dengan korang semua, erm maybe next time kalau aku ada lagi new update aku akan post lagi sekali dalam blog ni.

Wsalam.


Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

4 Responses to Update Tentang Aku Setakat Hari Ni

  1. kelhome September 7, 2010 at 8:41 pm #

    wah wah wah seronok ke praktikal?

    • sabree September 8, 2010 at 2:40 am #

      Praktikal sucks!
      Kalau kerja insya allah best
      Dah la elaun ciput, dapat lambat pulak tu

  2. reza November 19, 2010 at 12:31 am #

    testing komen dalam ni

    • sabree November 19, 2010 at 12:42 am #

      Test la.. karang tengok apa jadi eh

Leave a Reply

CommentLuv Enabled