Log in Facebook dapat RM100 hari-hari.
Facebook is an ATM machine. Contact me to know how!
Ini merupakan 2 ayat yang biasa aku terjumpe dalam laman sosial Facebook. Walaupun dua ayat ni mungkin membawa maksud dan pengertian yang berbeza, namun tujuan yang empunye angkara yang post benda2 macam ni adalah satu je, iaitu marketing (pemasaran, boleh juga membawa pengertian promosi).
Macam ni lah, satu hari korang dapat satu email. Dalam email tu ada cerite pulak pasal satu peluang bisnes yang nampak macam menguntungkan, yang boleh ubah nasib korang dalam masa yang cepat.
Korang pun mule lah jatuh cinta dengan konsep bisnes tu. Korang start check akaun bank, nak tengok berapa baki yang korang ada dalam tu. Lepas congak2 lebih kurang, korang pun ambik keputusan untuk bayar yuran pendaftaran untuk join bisnes tersebut.
Now. the so called business is yours and it is up to u to make it a successful one or a failure. Bisnes takkan boleh berjalan sendiri tanpa adanya customer. Berapa banyak customer itulah yang akan memastikan bisnes korang tu boleh survive atau boleh bungkus.
Untuk dapatkan customer ni, macam mana pun korang kena jalankan promosi. Even the best marketer atau theĀ best businessman or businesswomen perlukan marketing untuk memastikan kelangsungan bisnes diorang. So, korang pun tak terkecuali.
Tapi apa cara yang korang boleh guna untuk marketkan bisnes korang? Ya..banyak!
Korang boleh guna pay per click program, email marketing, blog marketing, forum, SEO, web 2.0 dan banyak lagi. Tapi cara-cara yang aku listkan ni sama ada perlukan kos yang tinggi, susah untuk dijalankan, dan ada jugak yang lambat nampak hasilnya. Korang nak ke? Dan lebih penting korang sanggup ke melakukan cara-cara yang agak bermasalah ni?
Kalau korang dah memang dikategorikan sebagai pro, expert, guru, otai atau ape2 je la gelaran yang ada, then it is okay. Cara-cara yang aku sebut tu pastinya akan memberikan hasil yang baik kepada korang. Tapi kalau korang ni jenis yang baru-baru nak mengenali apa itu pemasaran internet, aku pasti cara-cara yang aku sebutkan tadi langsung tak pernah wujud dalam korang punye ‘to-do list’.
Mungkin sebab tu jugak lah laman-laman sosial macam Facebook, Myspace, Friendster, Tagged, dan twitter akan menjadi mangsa tempat korang jalankan promosi. Laman-laman sosial macam ni bukan sahaje free untuk kite register, malah laman sosial macam yang aku sebutkan itu tadi memang terbukti terdapat ramai pengunjung. Bila dah ramai pengunjung ni, peluang untuk menghasilkan jualan itu ada.
Macam manapun, korang kena ingat. Korang tak boleh suke-suke nak promote bisnes korang dekat laman social facebook ni. Sampai satu tahap, orang akan mula menjauhkan diri dari korang, akan mule marah dekat korang, akan bercakap buruk pasal korang dan silap-silap akan ade group We Hate ____ (Nama korang), dan last but not least korang jugak mungkin akan dikategorikan sebagai spam.
Jadi, apa yang aku nak kate dekat sini ialah, tak salah untuk korang buat marketing bisnes korang dekat facebook, tapi korang kena lah gune cara yang betul, yang berhemah. Jangan main langgar je. Orang berfacebook sebab nak bersosial, bukan sebab nak beli ntah hape barang atau sistem buat duit yang korang promote.
Tapi kalau korang degil jugak nak gunekan laman sosial sebagai tempat korang menjalankan kegiatan marketing korang, aku terpaksa suggest dekat korang untuk dapatkan Produk Dominasi Laman Sosial. Aku tau yang korang sedar kos untuk buat marketing dalam laman sosial ni hampir tiada kos langsung. Tapi, korang kena sedar jugak, sekiranya teknikĀ yang korang gunekan itu salah, keuntungan yang korang bakal dapat pun boleh jugak mencecah kosong!
Come on lah, penat-penat korang buat marketing lepas tu hasil habuk pun tarak. Jangan nak cakap balik modal, malah korang rugi lagi ada. Rugi masa. Padahal kalau korang gune teknik yang betul, dah boleh dapat untung yang banyak atau sekurang-kurangnye pun pulang modal dengan cepat.
Ada ape dengan Produk Dominasi Laman Sosial ni?
Atau mungkin korang sebenarnye patut tanye, apa yang korang akan dapat daripada membeli Produk Dominasi Laman Sosial ni?
Biar aku bagitau korang dulu yang produk ini sebenarnye mengandungi 8 video (termasuk 1 video bonus, sebenarnye ada 7 je) dan 1 ebook panduan. Ebook panduan ni semua sekali ada lebih kuang 26 mukesurat dan kandungan ebook ini adalah ringkasan atau idea disebalik mendominasi Laman Sosial ni. Korang boleh jadikan ebook ini sebagai manual atau guide book just in case korang nak refer balik satu masa nanti.
Untuk tidak membuang banyak masa korang, biar aku story pulak berkenaan video yang korang akan dapat tonton lepas membeli produk ni ye. Setengah orang tak suke nak beli ebook sebab nak kena baca, tak dapat nak ikut step la, dan macam-macam lagi lah alasan. So, produk ni direka dalam bentuk video, korang boleh terus tekan play. Tak payah susah-susah nak baca pape. Just tonton dan follow. Kalau malas sangat, korang tekan lah play then lepas tu dengar je apa yang die kata dalam video ni. Sambil tu boleh jugak buat benda-benda lain dulu. Yang penting korang boleh faham.
Macam yang aku dah mention sebelum ni, produk ini mengandungi 8 video. Jom kite terjah apa isi kandungan setiap video-video yang disediakan.
Video 1- Langkah Bina Website Perniagaan
Dalam video yang pertama ni korang akan didedahkan, diajarkan, ditunjukkan, dan diterangkan tentang macam mane nak register nama domain dan webhosting. Bile korang dah register nama domain dan webhosting ni, korang akan ditunjukkan pulak macam mana nak bina laman web perniagaan korang sendiri dengan menggunakan web template ataupun blog platform. Kalau korang memang nak tarik pelanggan, macam mana pun korang kenalah ada satu laman web yang membuatkan pelanggan tertarik untuk membeli. Macam mana nak buat? Kena tonton video ni dulu.
Video 2- Panduan Membina Squeeze Page (minisite) dan Daftar Email Marketing
Dalam video kedua ni pulak sebenarnya tak terlalu banyak perbezaan dengan video yang pertama. So, penerangan yang korang akan terima pendek je. Yang lainnye ialah email marketing. Berkenaan email marketing ni, korang akan diajar pulak cara-cara untuk daftar dan akan diberi penerangan ringkas mengenai fungsi email marketing.
Video 3- Cara Mempromosikan Laman Web Anda
Lepas dah siap bina laman web korang sendiri, korang kenalah promosikan laman web tersebut. Apa la gunenye korang bina laman web cantik-cantik, gempak-gempak tapi tak ada orang yang tahu kewujudan laman web korang. Sayangla. Gune cara yang ditunjukkan dalam video ni, mesti berkesan.
Video 4- perkara Wajib Daftar
Apa benda yang korang wajib daftar ni sebenarnye? Perkara yang korang wajib daftar ni sebenanrnya adalah pendaftaran yang korang wajib buat contohnye pendaftaran dalam laman-laman sosial yang wajib korang daftar. Selain itu, diceritakan jugak berkenaan pendaftaran dalam program buat duit di Internet. Nak tau program apa dan yang bagaimana? Jawapan ada dalam video 4 ni.
Video 5- Link
Apa itu link dan bagaimana link berfungsi akan diterangkan dalam video kelima ini. Untuk memastikan link dalam akaun laman web sosial korang berfungsi dengan baik memang sangat penting. Kalau tak setiap apa yang korang lakukan boleh jadi sia-sia. Sebab tu jugaklah, langkah-langkah yang berkaitan akan ditunjukkan secara terperinci. Step by step. Just watch carefully and follow accordingly.
Video 6- Promosi Lagi & Lagi
Video ni sebenarnye merupakan lanjutan bagi video yang ketiga tadi. Cume bezanya, kali ni penerangan yang diberi adalah lebih mendalam.
Video 7- Cipta dan Promosi Video
Segala teknik yang berkaitan dalam mencipta video untuk tujuan promosi laman web perniagaan korang akan ditunjukkan dalam video ni. Selain tu, korang jugak akan didedahkan berkenaan software ape yang korang boleh gune dalam menghasilkan video untuk tujuan promosi korang nanti. Tak ketinggalan jugak, korang akan didedahkan dengan sumber korang boleh submit video yang korang hasilkan tu. Tak semestinya korang akan hantar dekat youtube je, malah korang boleh jugak hantar ke laman web video sharing yang lain. Cara yang ditunjukkan pun mudah dan cepat.
Video 8- Optimumkan Fungsi Twitter
Video ni sebenarnye merupakan video bonus. Kalau ikutkan sebenarnya cume ada 7 video je. Dalam video ni korang akan ditunjukkan cara yang mudah dan simple je untuk dapatkan follower, nak optimumkan fungsi twitter, dan minimumkan kerja-kerja pemasaran kita. Basically video ni adalah berkaitan dengan macam mana nak manfaatkan sepenuhnya penggunaan twitter. Semua diselitkan dalam video kelapan ini.
Dengan menggunakan cara-cara yang ditunjukkan ni, korang bukan sahaja tak akan di cop sebagai spammer, malah korang jugak akan kelihatan lebih profesional.
Now, lets talk about the price.
Harga produk ni adalah RM50 sahaja. Buat masa entry ni ditulis, harga ni masih belum dinaikkan lagi, tapi aku sendiri tak sure sampai bile harga RM50 ni akan bertahan. Well, you know orang buat bisnes ni kan. Kadang-kadang tu suke-suke hati die je nak naikkan harga.
Patut atau tak beli produk ni?
Bagi aku korang memang patut beli produk ni sekiranya korang nak menggunakan laman sosial sebagai wadah atau tempat korang menjalankan marketing bisnes korang. Sebab melalui produk ini, korang akan diberi guide tentang macam mana nak menjalankan marketing tersebut efficient and effectively. Memang silap besar kalau korang mula market atau promosikan bisnes korang dekat laman sosial ni tanpa ada guideline yang betul. Main hentam je, hasilnye silap-silap korang sendiri pulak yang kena hentam dengan user laman sosial yang lain.
Namun begitu, kalau korang masih tak nampak dimana kekuatan laman sosial ni dalam menjana pendapatan atau mencipta jualan bagi produk korang, korang lebih suke gune cara yang korang sedang atau akan amalkan sekarang, dan korang ada cara tersendiri untuk menjalankan bisnes korang, maka produk ni mungkin tak sesuai untuk korang.
Jangan bazirkan duit untuk benda yang korang tak akan gune atau tak akan sentuh langsung pun. Tapi kalau korang sekadar nak menambahkan pengetahuan pun, tak salah beli produk ni.
Mana tau, kos RM50 yang korang bayar untuk beli produk ni, sudahnye lepas tu boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan untuk diri korang pulak. Segalanya kan mungkin dalam era siber ni.
Oleh itu, selamat mencuba dan jangan lupe komen untuk beritahu hasilnye ye.
Popularity: 2% [?]



Good job bro…info yg menarik utk newbies. mari kita memaksimumkan social network utk jana pendapatan.
thank you dani, sambik bersosial sambil mencari rezeki. it’s a win win situation right.
daripada asik chit chat yang tak ada hala tuju, maybe boleh ubah kepada something yang boleh memberi hasil
Info yang sangat berguna terutama bagi yang mula nak berjinak-jinak dengan dunia bisnes internet..
Harap2 dengan adanya panduan ni, akan berkurangan lah kegiatan spam menyepam dekat laman sosial ni hhe