Korang ade bisnes internet?
Korang rancang nak mulekan bisnes di internet?
Atau korang pernah ade bisnes internet, tapi korang rasakan macam tak berapa nak berjaya je?
Ok biar aku teka, dalam korang menjalankan bisnes internet korang tu, mungkin jugak korang ade terlepas pandang sesuatu. Sesuatu yang penting. Sesuatu yang sebenarnye mampu mencorakkan kemana hala tuju sebenar bisnes internet korang satu masa nanti.
Tak kisahlah apa model bisnes internet korang, sama ada korang ni jenis yang menjual produk-produk digital seperti ebook, video, template website, software, dan script mahupun korang sebenarnye menjual barangan dan produk-produk fizikal seperti shawl, tudung, ubat kuat untuk lelaki dan macam-macam lagi, nak atau tak nak korang kena ada senjata ni.
Senjata ini memang diakui mampu melipat gandakan jualan sesiapa yang menjalankan perniagaan internet, sehingga orang-orang putih turut masih lagi menggunakan cara ini. Kalau mereka guna cara ini boleh berjaya, boleh melipat gandakan jualan, kenapa tak korang?
Pastilah korang semua pun boleh.
Jangan skeptikal dulu okay, aku bukan nak mengarut atau cuba nak merepek yang bukan-bukan. Aku cuma cube untuk menyampaikan kebenaran kepada korang semua.
Biar aku berterus terang, senjata yang aku maksudkan sebenarnya tak lain dan tak bukan adalah laman web jualan korang. Untuk melihat contoh laman jualan yang mampu untuk menjual adalah seperti laman web ini. Klik sini.
Satu laman jualan yang baik haruslah tak melereat-leret, kemas, nampak professional, straight to the point dan ada ketegasannya yang tersendiri. Maksud ketegasan yang aku cube nak highlight disini ialah korang hanya memberi dua pilihan kepada prospect korang, sama ada beli atau blah.
Aku pernah nampak sesetengah orang yang cuba menjalankan perniagaan diorang dengan menggunakan blog, macam wordpress dan blogspot. Biasanya jual baju, atau tudung lah. Aku cadangkan korang buat survey sendiri sama ada diorang ni mampu atau tak menghasilkan jualan yang berterusan.
Andaian aku? Pastilah diorang mampu untuk hasilkan jualan. Cume masih lagi terdapat kekurangan dengan menggunakan platform-platform seperti yang aku sebutkan tadi. Dengan hanya menggunakan blog sebagai medium atau alternatif web jualan korang, korang dengan mudah akan membuatkan diri korang kehilangan jualan.
Sebagai contoh, korang gunakan blogspot sebagai web jualan. First of all, idea ini memang bagus kerana korang tak perlu nak keluar modal dan ada banyak template untuk korang gunakan.
Tapi bila ada prospect datang ke website jualan korang, ape yang akan terjadi?
Pertama, prospect akan rasa yang korang ni macam tak serius nak buat bisnes. Setakat guna blogspot, sapa-sapa je boleh guna. Upload beberapa gambar, lepas tu nak mintak bayaran pulak. Bukan senang orang nak percaya. Korang hilang customer macam tu je.
Kedua, dalam prospect korang belek-belek barang apa yang dia rasa macam nak beli, tibe-tibe boleh pulak jadi sesi komen mengkomen. Sedangkan korang tak perlukan itu semua. Adakalanya komen yang tak terkawal ini akan menjejaskan bisnes korang. Dan ia menyakitkan.
Ketiga, walaupun aku bukan seorang yang pakar SEO atau search engine optimization, dari segi SEO nye, laman jualan yang korang bina melalui blogspot agak lambat untuk diindex. Adakalanya, kalau korang tak mahir bab-bab SEO langsung, boleh jadi berbulan-bulan baru laman web jualan korang tu akan diindex oleh google.
Keempat, laman web yang korang bina pakai blogspot ni biasanya susah atau boleh jadi mustahil untuk korang masukkan sekali didalamnya borang pesanan dan beberapa script lain seperti script pemasangan affiliate program. Kalau korang berjaya masukkan sekalipun, alignment laman web jualan pasti akan lari. Paling hina pun ia akan jadi senget-senget. (ha ha)
Jadi, kenapa nak ambik risiko? berbaloikah hilang banyak jualan semata-mata nak percuma? Kalau jawapan korang ialah YA! bermakna korang bukanlah seorang bisnesman @ bisnes woman yang sebenarnye. Korang hanya buang masa dan terikut-ikut orang lain je sebenarnye.
Ironinye, orang-orang yang berjaya menjadi internet marketer seperti Zamri Nanyan tak pulak menggunakan platform-platform percuma seperti blogspot untuk bina laman web jualan miliknya. Padahal ianya percuma. Mungkin jugak kerana ada risiko lain selain terlepas banyak jualan yang aku tak sebutkan disini.
Orang-orang yang pakar akan menggunakan laman web jualan berbentuk minisite bagi melariskan jualan mereka. Membina minisite sebenarnye lagi mudah daripada membina web jualan menggunakan blogspot. Aku asik sebut pasal blogspot sebab aku nampak terlalu ramai yang menggunakan blogspot sebagai laman web jualan.
Satu perkara yang biasanya menghalang seseorang untuk membina minisite mereka sendiri adalah sebab tak tau nak buat. Korang masih belum biasa dengan istilah dan penggunaan minisite?
Aku harap korang sanggup melabur sedikit wang untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebab ilmu ini akan menjadikan korang seorang yang Profesional dan mampu untuk bina minisite korang sendiri dalam masa yang sangat singkat.
Produk ini dinamakan sebagai panduan minisite, dan ia satu produk wajib dimiliki untuk semua orang yang ingin serius dalam bisnes internet. Dengan adanya ilmu ini, korang dah tak perlu lagi mengupah orang untuk bina minsite untuk korang, malah korang boleh mengambil upah dari orang lain pulak untuk membuat ministe.
Popularity: 1% [?]



No comments yet.