Setiap kali tibanya musim perayaan, pasukan Polis Diraja Malaysia pasti akan melancarkan Ops Sikap bagi memastikan kemalangan Jalan raya tidak berlaku. Tiada kemalangan jalan raya? Bagi aku itu tak mungkin berlaku, kecuali kalau semua orang dah tak gunakan jalan raya lagi.
Terbaru dilancarkan adalah Ops Sikap 22, yang setakat entry ini ditulis, sudah 33 orang terkorban. Jumlah ini termasuk pemandu dan penunggang motosikal. Ha, lihat la, jangan nak kata kerajaan tak buat apa-apa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Kerajaan dah buat macam-macam, tapi nampaknya masih ada jugak kemalangan berlaku.
Kalau nak kata kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri… Aku tak nafikan. Kecuaian boleh berlaku tak mengira masa. Walaupun kadang-kadang tu, kita mungkin dah cuba untuk berhati-hati, tapi kalau memang dah ditakdirkan nak kemalangan… Jadi jugak.
Pernah tak walaupun sekali, ada terlintas difikiran korang, andai kata orang yang terdekat dengan diri korang mengalami kemalangan. Pada waktu tu, apa yang korang akan buat?
Tengok je kawan korang tu sambil pujuk dia untuk bersabar… Rileks ye, kena langgar kereta memang sakit.
Berlari macam orang gila kesana sini sambil menjerit-jerit meminta tolong dekat sesiapa sahaja yang korang sempat jumpa?
Cepat-cepat dail talian kecemasan atau telefon ambulance?
Atau pun korang akan mencuba untuk memberi rawatan kecemasan kepada kawan korang tu? Aku tak nafikan, sepatutnya ini adalah tindakan yang paling tepat. Korang patut beri rawatan kecemasan kepada kawan korang.
Apa yang menjadi persoalan dekat sini, adakah korang tau macam mana nak jalankan rawatan kecemasan tu. Sebelum ni aku pasti korang dah biasa sangat dengar apa itu rawatan kecemasan, tapi adakah ilmu rawatan kecemasan tu ada dalam diri korang?
Kalau jawapan korang adalah YA! Bagus, aku percaya kawan korang tu tadi akan selamat daripada mengalami kecederaan yang lebih teruk.
Tapi kalau jawapan korang adalah TAK TAU.. Sorry to say, korang dah terlepas peluang untuk membantu kawan korang.

Dalam aku sibuk blogwalking, aku ada terjumpa satu website yang mengajar cara bagaimana rawatan kecemasan itu boleh dilakukan. Korang akan berpeluang untuk mempelajari sendiri bagaimana rawatan kecemasan itu boleh dilakukan. Ini adalah satu panduan praktikal dimana ilmu yang korang akan pelajari korang boleh praktikkan di kemudian hari.
Lepas ni, korang boleh bangga dengan diri korang.. Sebab siapa kata cuma doktor je yang boleh bagi rawatan dekat orang yang mengalami kecederaan.
Hmm.. terbayang pulak aku, macam mana kalau tibe-tibe ada awek cun dekat sebelah aku dan die tetibe je memerlukan rawatan kecemasan. Lepas tu aku pulak yang jadi hero untuk selamatkan nyawa dia hi hi
Korang nak belajar cara-cara buat CPR? Pun boleh je.
ps: Ilmu rawatan kecemasan adalah satu ilmu yang patut ada dalam diri semua orang. Ilmu ini adalah ilmu untuk menyelamatkan nyawa ok..
Popularity: 1% [?]



No comments yet.