The Expandables 2010 ~ Movie Review

Sebenarnya aku nak tulis entry ni pada hari Rabu, 8 September 2010 tapi disebabkan terlalu lambat nak publish entry ni, dia dah terlajak sampai ke 9 September. Nak buat macam mana kan, masa yang dah berlalu bukan boleh nak dikejar balik nak diundurkan. Walau macam manapun, harap korang dapat baca dengan memahami mood untuk aku tulis entry ini adalah mood pada 8 September.

Sebelum tu, aku nak ajak korang semua untuk usha-usha, tengok-tengok dan belek-belek dulu ye poster ni. Aku curik daripada laman web imdb.com.

poster the expandable 2010

Lepas tu tengok poster yang ke seterusnya pulak,

the expandable 2010

Kedua-dua poster ni adalah bagi cerita yang sama, iaitu The Expandables. Satu bertarikh 13 August dan satu lagi bertarikh 04 June 2010. Ok, nampak ada dua tarikh yang berbeza. Ni tentu sebab target audience adalah di dua negara yang tak sama. Biarlah.. Yang penting aku baru je tengok 8 September. Dah dekat nak hujung-hujung tayangan dah pun.

Sepanjang aku mula belajar tengok cerita hollywood, aku rasa ini adalah percubaan kali pertama pengarah filem cuba untuk menggabungkan banyak-banyak superstar dalam satu movie. Bila aku dengar je tajuk, dalam kepala terus bayangkan, ni mesti cerita boring. Tajuk pun ntah pape.

Tapi bila tengok poster dia, tengok balik pelakon-pelakon dia… Mak aih ni bukan jalang-jalang punya cerita (or patut ke aku guna perkataan calang-calang?)

Antara pelakon yang ada dalam cerita ni dan yang aku dapat cam

1. Sylvester Stallone (Rambo)

2. John Statham (Transporter)

3. Jet Li (The One, Once Upon a Time in China, Romeo Must Die etc)

4. Dolph Lundgren (Universal Soldier)

5. Mickey Rourke (Iron Man 2)

6. Stone Cold Steve Austin (WWE, Damage)

7. Arnold Schwarzengger (Terminator)

8. Bruce Wills (Die Hard)

Sebenarnye ada banyak lagi actor yang mantap-mantap, tapi aku tak senaraikan. Ada beberapa sebab, pertama aku tak kenal sangat dengan diorang dan diorang pun bukan kenal aku. Kedua, role diorang tak berapa penting dalam cerita ni, setakat ada untuk buat semak je.

Samalah macam watak Arnold dengan Bruce tu tadi, ada macam tak ada je. Setakat muncul dalam 3 minit berceloteh, lepas tu blah dan tak muncul-muncul lagi dah. Shit betul. Aku nak tengok action daripada diorang berdua ni sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, pengarah (Stallone) cuma nak JV dengan diorang je, bukan nak buat filem untuk diorang.

Beberapa tanggapan aku agak tepat, perkembangan watak dalam cerita kurang menarik. Memandangkan semua adalah star, jadi aku ada kesukaran nak tentukan filem ni berkisar tentang siapa. Tentang apa aku dah boleh agak. Cerita ini adalah cerita pasal askar upahan.

Watak Jet Li nampak sedikit sangat, so tak boleh nak tengok aksi dia main kungfu and gerakan-gerakan kreatif dia waktu berlawan. Watak paling best adalah watak John Statham. Memang best. Aku tak pernah lagi tengok dia gaduh ganas macam ni, and ditambah pulak ada kepakaran main pisau dalam cerita ni. Memang berjaya buat aku says ‘WOW’ setiap kali ada action dia.

Melalui cerita ni jugak, aku dapat rasa yang Stallone ni sebenarnya tak puas hati kot dengan cerita Rambo yang lepas. Sebab tu dia buat cerita sendiri. Nasib baik cerita ni best, tak sia-sia aku keluar duit RM6 beli tiket hari ni. Bezanya, kali ni Stallone dah pandai berpijak diBumi yang nyata, dia bawak geng untuk lenyapkan satu batalion askar. Kalau macam dulu, die sorang dah boleh setel satu negeri.

Dalam cerita ni jugak banyak babak kreatif cara nak bunuh orang pakai pisau, cara nak guna pistol dengan lebih macho, dan ada banyak jugak martial arts action yang susah untuk ditiru tapi ade tayangkan dalam cerita ni. Oh, hanya orang yang dah tengok je boleh bayangkan macam mana rasanya cerita ni.

the_expandable

Buat yang belum tengok, terpulang la nak tengok ke tak. Aku tak kate nak suruh korang pegi tengok pun. Cerita ni best sebab dia kena dengan selera dan citarasa movie aku. Mungkin bila korang tengok akan rasa macam biasa-biasa je.

Tapi, kalau ada yang dah tengok mai la share-share pendapat dengan aku pasal cerita ni. Drop la satu atau banyak comment dalam post ni. Boleh kita sembang lagi pasal cerita ni.

Yeah!

Bam! Bam! Bam! Bam! (It’s a gun shooting action)

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

, ,

9 Responses to The Expandables 2010 ~ Movie Review

  1. hazman aka species1980 September 9, 2010 at 5:36 am #

    citer nie memang sonok dan enjoy sebab dapat tengok koleksi HERO filem dalam satu citer

    • sabree September 9, 2010 at 6:09 am #

      agak-agak kalau ada the expandables 2 ok jugak tak?
      .
      .
      aku nak tengok jet li belasah mat saleh, part dia sikit sangat la

  2. kisahsensasi September 9, 2010 at 5:37 am #

    dalam cite nie antara babak yang aku minat ialah time JASON tembak dari kapal terbang tue… gaya memang cool abis…. n babak last time die balik pisau tue

    • sabree September 9, 2010 at 6:11 am #

      Tembak dari kapal terbang yang mane eh? Mase first time diorang sampai dekat pulau tu kan, yang lastly dia bakar satu jeti tu eyh

      Cool habis kan, aku rase macam it is beyond imagination aku. Biasanya lepas dah terlepas, hero akan blah macam tu je, tapi ni lain plak. Dia buat U-turn and sempat lagi nak revenge dekat situ jugak.. pergh

    • sabree September 9, 2010 at 3:00 pm #

      eh jason tu sape eh?

  3. mohammednajib September 9, 2010 at 6:49 am #

    nanti g tgk

    • sabree September 9, 2010 at 2:48 pm #

      tengok jngan tak tengok

  4. Sir Marcello September 10, 2010 at 6:43 pm #

    abang rambo men filem!!! sapa takmo pi tengok…tambah2 ada stone cold lagi…mmg cerita nie gempak rl…

    • sabree September 10, 2010 at 7:05 pm #

      Sape tak sempat tengok dekat wayang, boleh download je cerita ni, tapi effect mesti kureng sikit r

Leave a Reply

CommentLuv Enabled