Tudung Online ~ Sis.Lovey.Dovey.Shoppe ~ Ada Apa Dengan Kedai Ini? Jom Tengok!

Memang aku sangat solute dengan setiap insan yang ada atas muka bumi ini, yang ada ciri-ciri dan sifat-sifat seorang usahawan. Bagi aku, mereka ini kental, dan ada kerekter unik mereka yang tersendiri. Letaklah mereka dimana sekalipun, di pulau mana pun, pasti mereka akan ada cara untuk memastikan mereka boleh teruskan kehidupan.

Entry dalam ini bukanlah entry berkenaan aku, tapi berkenaan dengan pengusaha kedai (kedai ke?) Sis.Lovey.Dovey.Shoppe. Aku rasa ini adalah kedailah kan, lagipun dah terang-terang ade perkataan shoppe tu. Ikut kefahaman aku, shoppe disini membawa maksud kedai, walaupun sebenarnye aku gagal mencarik makna sebenar perkataan tu dalam kamus Cambridge Advanced Learner’s Dictionary. Ah… biarkan la, tuan empunye mesti ade sebab lain pilih nama tu.

Macam mana aku boleh sampai ke laman blog ini ye?

Sebenarnya ini adalah jodoh semata-mata. Aku terjumpa semasa sibuk duk usha-usha blog orang lain. Ye la.. nak tau jugak apa lah agak-agaknya kawan-kawan blogger lain tengah buat dengan blog diorang ye.

First and foremost, jumpa site ni dari blog Cik Waniey. Sape Cik Waniey ni eh? Blogger la… Dah dia ada blog, mesti la dia blogger, and aku sure die ni tak termasuk dalam kategori blogger yang tiada ciri-ciri seorang blogger.

Untuk pendekkan sikit dan supaya aku boleh straight to the point je, bawah ni adalah preview bagi kedai Sis.Lovey.Dovey.Shoppe

page1-lovey-dovey

Dari segi susun atur, lay out pemilihan warna and everything i would definitely says, weldone. It was nicely done. Tak serabut, and it is just nice. Gambar kurang jelas? Apa kate klik pada gambar tu, korang akan dibawak ke website asal kedai ni. Come come come, try it.

Dari segi variety of product, korang boleh jumpa bermacam jenis tudung. Aku nak bagi nama dekat tudung-tudung ni pun payah la babe, sebab aku sendiri pun tak pakai kan. Tapi don’t worry, let your own eyes judge it.

Aku ade curik satu gambar dari blog Cik Waniey, ni ha… gambar beberapa produk yang dijual

contoh2

Sebenarnye ade banyak lagi jenis tudung yang dijual, tapi tak boleh la aku nak tunjuk semua, sebab bukan aku yang bukak kedai ni. Tudung-tudung lain korang silakanlah klik sendiri dan tengok-tengok mana satu yang korang rasa berminat. Oh! Tapi korang rugi besar, kalau korang dapat jumpe website ni lagi awal, mungkin korang dapat pakai untuk raya tahun ni.

Disebabkan oleh kelewatan yang mungkin tak disengajakan tu tadi, korang terpaksa la pakai pada hari-hari biasa, ataupun untuk pergi kerja mahupun untuk melawat saudara-mara. Pendek kata, semua sesuai. Tudung yang ada sesuai untuk dipakai untuk pelbagai occasion.

Untuk mereka-mereka yang jugak merupakan penjual tudungĀ  secara online pun boleh datang tengok-tengok website ni, mana la tau boleh join venture kan. Boleh la buatkan bisnes korang ni semua jadi makin besar, kenapa nak buat kecik-kecik kan kalau pada hakikatnya korang boleh je kalau nak.. Buat secara besar-besaran.

By the way, buat pemilik website dan perniagaan tudung ni, semoga korang success selalu dan akan bertambah maju dari mase ke semasa.

Ganbate! <— (betul ke perkataan ni, aku ni main sebat je)




Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

, ,

4 Responses to Tudung Online ~ Sis.Lovey.Dovey.Shoppe ~ Ada Apa Dengan Kedai Ini? Jom Tengok!

  1. mohammednajib September 10, 2010 at 1:46 am #

    salam,aku cuma suka tgk model tudung tu jer,kiut heheheh

    • sabree September 10, 2010 at 1:53 am #

      La… Macam tu pulak ahaha

  2. Sir Marcello September 10, 2010 at 7:48 pm #

    aku tetiba pelik..ape hal lak si sabree nie citer pasal tudung? hah cari tudung tuk awek ke?

    • sabree September 10, 2010 at 8:04 pm #

      Saje je nak promote :p
      nak carik untuk awek pun iye jugak hhe
      Encik marcello dah order satu ke belum?

Leave a Reply

CommentLuv Enabled