Salam sejahtera guys and girls. Topik perbincangan hari ni adalah masih lagi berkenaan dengan PTPTN. Seronok aku story pasal PTPTN, sama la jugak seronoknya masa mula-mula aku dapat cek dari PTPTN (amaun RM2500 geran sebelum masuk university)
Now, apa yang aku nak tulis ni adalah yang penting-penting je, dan maklumat ni aku dapat dari laman web rasmi PTPTN sendiri iaitu di http://www.ptptn.gov.my
Ada .gov okay.. Agensi kerajaan. Sape kata yang PTPTN tu dulu bukan kerajaan punya mengaku cepat.
Jadi 13 perkara wajib tahu berkenaan dengan PTPTN. Apa dia? Let’s check it out.
Pertama, pembayaran balik pinjaman PTPTN boleh dibuat melalui pos bank deraf, melalui perbankan internet, ataupun bayar cash melalui kaunter-kaunter perkhidmatan PTPTN diseluruh Malaysia.
Kedua,kos pentadbiran yang korang anti sangat tu sebenarnya adalah kos yang dikenakan keatas pinjaman seperti yang termaktub dalam perjanjian yang awal-awal dulu korang tandatangan. Kos pentadbiran dikira selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pinjaman mana lebih awal. Kalau pinjaman korang tamat dulu, tapi belajar belum tamat lagi ar.. nasib la, kos pentadbiran tu dah mula dikira.
Sehingga 31 Disember 2003, kadar adalah sebanyak 4% setahun, manakala mulai Januari 2004, kos tersebut telah diturunkan sebanyak 3%. Kos yang telah dikenakan tidak boleh dikurangkan. Entah bila la kos ini akan dihapuskan terus.
Ketiga, resit rasmi hanya akan dikeluarkan oleh PTPTN andainya korang bayar di kaunter atau melalui pos sahaja. Bayaran selain dari 2 cara tu, PTPTN tak akan keluarkan resit. Kalau bayar melalui potongan gaji kepada LHDN, pihak LHDN akan keluarkan resit mereka.
Baki pinjaman korang boleh semak melalui 3-FES di portal PTPTN. Ini yang keempat ye.
Kelima, bayaran melalui online perlu ikut sistem yang diguna pakai oleh bank-bank berkaitan. Kalau M2U kena pergi dekat bill payment, dan buat la pembayaran seperti arahan yang telah ditetapkan.
Keenam, kalau nak buat bayaran menerusi potongan gaji,korang kena berikan maklumat majikan seperti nama, alamat dan nombor telefon kepada Bahagian Penguatkuasa dan Kutipan Balik melalui email (upkb@ptptn.gov.my). Langkah seterusnya ialah tunggu respon dan korang akan menerima dokumen yang perlu diisi untuk memastikan kaedah potongan gaji berjaya dijalankan.
Ketujuh, Kalau korang ada duit lebih korang dibenarkan untuk bayar lebih daripada jumlah yang diwajibkan untuk bayar. Kalau nak tau, korang jugak akan menerima rebate sekiranya bayaran habis lebih awal daripada waktu yang dijangkakan.
Lapan, kalau nak bayar kurang daripada yang ditetapkan pun boleh jugak, tapi tak digalakkan sebab kos pentadbiran akan jadi lebih tinggi sebab ia akan dikira berdasarkan baki pinjaman bulanan yang masih tinggal. Tapi ini lebih baik daripada korang duk diam je buat tak tau dan tak bayar pape.
Kesembilan, 6 bulan pertama selepas korang habis belajar korang boleh terus bayar hutang dengan PTPTN walaupun korang tak ada menerima surat arahan suruh bayar. Waktu ni korang terlepas dari dikenakan sebarang kos pentadbiran. Boleh kata satu langkah untuk memujuk orang ramai untuk bayar PTPTN awal lah ni.
Kesepuluh, kalau korang tiba-tiba jadik kaya, korang boleh bayar hutang dengan PTPTN tu secara lump-sum. Bayaran secara lump sum pada 6 bulan pertama tak akan dikenakan sebarang kos pentadbiran, manakala selepas 6 bulan ada kos pentadbiran yang akan dikenakan.
Kesebelas, PTPTN ada memberikan rebate bagi yang menjelaskan hutang lebih awal. Jumlah rebate adalah bergantung pada tarikh akhir bayaran dibuat.
Kedua belas, PTPTN mensyaratkan supaya tarikh akhir bayaran balik untuk setiap bulan adalah sebelum tarikh akhir bulan tersebut.
Ketiga belas,bayaran balik boleh dibuat mengikut tempoh tertentu dengan syarat iainya dibuat pada bulan pertama penggal tersebut. Contoh macam nak bayar untuk 6 bulan terus ke.
Okay, cukup rasanya 13 perkara untuk buat korang semua kenal siapa PTPTN yang sebenarnya. Sebenarnya ada 15 perkara, tapi aku ambik yang penting-penting je hhe.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 4% [?]


Izinkan saya menambah lagi satu, nombor 14. Sekiranya anda menamatkan pinjaman PTPTN (mungkin kerana mendapat biasiswa atau lain2 sebab) sila faham bahawa anda terpaksa membayar KESELURUHAN jumlah yang telah dipinjam dr PTPTN secara LUMP SUM. Ini adalah syarat dalam kontrak PTPTN yg anda telah menandatangani dahulu. Jadi, jika anda mengambil pinjaman PTPTN bermakna anda tidak boleh tamatkan kontrak melainkan anda mempunyai sejumlah wang yang begitu banyak utk bayar lump sum.
Ini telah berlaku pd diri saya, sy telah mendpt biasiswa JPA semasa tahun ke dua pinjam PTPTN, lalu sy mendapat surat arahan dr PTPTN utk membayar semua julah yg sy hutang (berpuluh2 ribu) dan bila dibuat rayuan utk bayar secara ansuran, RAYUAN SAYA DITOLAK.
Sy amatlah dukacita dgn sikap org atasan PTPTN yang tidak berhati perut sedangkan sy org susah. Tiada ibu dan bapa utk menanggung. Nama sy kini telah di black list dan sy tidak boleh ke luar negara. Ini menyukarkan sy kerana pekerjaan sy memerlukan sy ke luar negara hampir sebulan sekali. Sy hampir kehilangan kerja disebabkan ini. PTPTN adalah satu badan yang MENIPU duit pelajar dan rakyat. Sy begitu serik dan tidak akan maafkan pegawai yg menetapkan syarat ini dan menolak rayuan saya. Namanya ialah Ahmad Shahril @ Muhammad Shahrir bin Ghazali. I hope you burn in hell. For all your sins. Kau kaya, kau sekat rezeki org miskin.
Ish, teruknya pegawai tu. Mungkin anda kena buat rayuan semula? Kadang-kadang mereka ni memang buat kerja sambil lewa dan tak memikirkan orang lain yg menderita.
simpati dengan apa yang terjadi dekat awak.. kenapa tak cancel je biasiswa lepas tu ambik PTPTN .. any of it pun bukan pilihan yang terbaik