2010 & Hidup Tanpa Handphone


Selamat tahun 2010 semua. Hhe agak lambat nampaknye untuk aku ucapkan selamat tahun baru. Sekarang ni dah 12 March 2010 dah pun. Sebab tu jugak lah aku tak sebut perkataan ‘baru’. Dah-dah, back to business.

Sape yang sampai sekarang masih lagi belum ade handphone sendiri? Ah..sudahlah kalau korang nak ngaku yang korang tak ada handphone. Nak tipu sape tu sebenarnye.

Sekarang ni rata-rata semua orang ada handphone sendiri, dan buat masa ni aku belum pernah lagi jumpe rakyat Malaysia yang tak ada handphone. Well, tolak tepi dulu orang-orang yang membintangi rancangan Bersamamu sebab aku belum pernah jumpe mereka-mereka ni semua personally.

Jadi, so far, biarlah aku assume yang semua orang ade handphone.

Aku ingat lagi masa mule-mule aku beli handphone aku sendiri, masa tu tahun 2004. Handphone pertama aku Nokia 8210. Ops sebelum tu, aku ade kate yang aku beli sendiri ye, that’s mean 100% duit aku. Kenape aku pilih Nokia 8210?

nokia-8210

Pertama sekali, sebab tu je yang aku mampu beli. Mase tu aku masih lagi sekolah. Tingkatan 4 pun tak habis lagi. Tolong abang aku kerja dekat kilang proses tanah die. Kerja die tak susah pun, cume kena tapis tanah merah, lepas tu angkat tanah merah yang dah siap ditapis tu, masuk dalam mesin gaul simen, untuk campur dengan bahan-bahan lain, antaranye sekam padi yang dah siap dibakar.

Hasilnye? Tanah hitam untuk buat tanam pokok bunga. Semua kerja-kerja tadi, dari menapis sampai la ke packaging kena buat secara manual. Tak susah, tapi kena gune banyak gile kudrat. So, bile dah manual ni, kena la tau macam mana nak gune cangkul, penyodok, troli dan lain-lain.

Sebab kedua, mestilah features handphone tu sendiri. Masa tahun 2004, kalau tak silap aku, handphone paling canggih pun setakat ada kamera dengan boleh dengar radio. Tu dah kire canggih habis la. Harga tak payah cerite la, sebab masa tu aku masih lagi tingkatan 4, kalau tanye pun bukan aku ade duit nak beli.

Antara sebab aku suke dengan nokia 8210 ni ialah sebab die ringan, leper, sound die agak kuat, dan ade funsi infra merah. Ha, infra merah tu, aku pun tak pernah gune fungsi tu. Orang kate untuk main game ular boleh la gune, hmm entahlah aku tak sentuh sangat pun game-game dalam tu.

Lepas habis je sekolah menengah, kerja sekejap dekat satu kedai baju dekat Berjaya Timesquare, then kumpul duit sikit-sikit, barulah dapat beli handphone yang canggih sikit.Hmm Handphone sony ericsson w810i. Masa tu tahun 2006. Owh, aku beli masa awal-awal lagi handphone ni landing dekat Malaysia. Harge die masa tu masih lagi RM1,000 plus. Duit gaji yang aku simpan habis macam tu je. Mase tu pun aku dah masuk matrikulasi, so tak banyak pakai duit. Siap dapat elaun RM1,000 satu semester, tu yang aku berani beli handphone ni.

w810

Best jugak lah jadi yang terawal pakai handphone baru ni. Patut la ramai betul orang yang suke tukar-tukar handphone setiap kali ade model baru keluar. Publicity lor, senang-senang je jadi popular. Weyh, Sabree pakai w810i la, tak caya gi ar tengok, power betul bla bla. Hmm puji-pujian macam ni dah jadi macam makanan aku setiap hari. Tapi tak lama pun, cume bertahan dalam 3 bulan je. Lepas tu keluar pulak model B, lepas tu keluar lagi model C. Owh..tak terkejar aku.

Aku beli handphone tu pun sebab Nokia 8210 aku tu dah nak barai dah. Line kejap ade kejap tak ada. Kadang-kadang phone tu tak boleh nak baca sim kad. Nak call orang tak boleh, nak mesej lagi la tak boleh especially time aku tak topup lagi (haha memang la).

Owh..terimbas kenangan 6 tahun lepas dengan 4 tahun lepas pulak dah. Tapi sekarang ni zaman dah berubah. Orang yang satu masa dulu beriya-iya kata handphone tu membazir, teknologi yahudi, kaya kan cine dan macam-macam lagi tohmahan pun dah ade handphone sendiri sekarang. Takkan nak lawan teknologi semasa, sudahnye orang lain ade handphone, ko sorang je yang tak ade. Hai..kan susah tu.

Tapi bile segalanye senang pun tak bagus jugak. Biarlah ia ditahap yang sederhana dan terkawal. Sekarang ni penggunaan handphone pun agak tidak terkawal. Hampir tiap-tiap hari aku dapat mesej dari nombor yang aku sendiri tak kenal sape pemiliknye, nak jual video panas la, gambar-gambar awek cun la…pergh macam la aku tak boleh nak carik sendiri. Aku yakin, ini semua mengganggu ketenangan sesiape sahaje yang dapat mesej-mesej macam tu.

Nampak? Sebenarnye kite tak ada privacy pun.Handphone je kite punye, tapi privacy kite ditentukan oleh orang lain. Kan tak adil langsung tu. Bukan kite gune perkhidmatan telekomunikasi tu secara percuma.Please, Telco company, do something!

Macam mane agaknye kalau kite tak perlu ada handphone dalam tahun 2010 ni? Boleh hidup? Mestilah boleh kan, handphone tu kemahuan je, bukannye keperluan. Tak ada handphone pun boleh hidup. Datuk dengan nenek kite zaman-zaman dahulu kala, mane diorang ade handphone. Sihat je.

Owh sorry to say, that formulae is expired already. Zaman sekarang ni tak ada handphone memang susah nak hidup. Aku tulis entry pasal hanphone ni pun sebab aku baru je ter-hilagkan handphone aku. Pergh…seksa!

Dengan semua nombor-nombor penting ada dalam tu, nombor-nombor company yang aku nak mintak praktikal, nombor awek-awek uitm (ni tak penting sangat kot), password-password yang aku save dalam tu, gambar-gambar untuk tontonan umum hinggalah yang untuk 18 tahun keatas, reminder untuk tarikh-tarikh penting. Banyak tu!

Lagi yang buat aku tension, bila aku nak bayar bill gune maybank2u. Tak lepas la kalau tak ada handphone. Sebab tac number dihantar ke nombor handphone aku yang hilang tu.

Semoga handphone aku tu akan datang semula dekat aku.

2010 & hidup tanpa handphone! Cukup la, aku dah tak mau rasakannye lagi.




Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

3 Responses to 2010 & Hidup Tanpa Handphone

  1. lepixie March 13, 2010 at 9:42 pm #

    wah, ko pn ilang phone gak ke? aku pn same, br je selasa lepas fon aku ilang. tah insan x bermoral mana tah bwk lari fon ksygn aq tu. kuang asam tol.. dah la aku ngah pokai skrg ni. ape pn, same cam kau, aku still harap fon tu akan dtg balik kat aku.. haih..

    • sabree March 13, 2010 at 10:51 pm #

      handphone aku ilang sekejap, tapi lepas tu ade orang jumpe balik. Sekarang aku dah dapat balik dah handphone tu

  2. lepixie March 14, 2010 at 12:02 am #

    la, org dh jmpe blk dah hp ko tu? mst masa kau dpt balik tu kau rasa hari ko ceria je kan? hahaha.. anyway bgs r kau dah dpt blik hp tu. Aq tumpang hepi je hehe. Ni yg wat aku btambah2 hrp hp aq tu dtg balik kat aku ni. yosh!

Leave a Reply

CommentLuv Enabled