Dalam apa bidang sekalipun, bila kita bercadang untuk menceburinya.. Kita akan bermula sebagai seorang beginner. Tak ada sesiapa pun yang kenal, tak ada sesiapa pun yang tahu siapa kita, dan yang paling malang sekali, tak ada sesiapa pun yang sedar kewujudan kita. Kewujudan kita pada waktu hanyalah ibarat seketul batu dipadang pasir yang luas.
Suara kita tak siapa nak dengar. Pendapat kita ditolak ke tepi, dan pengorbanan kita pun belum tentu ada sesiapa yang nak hargai. Tapi tu semua tak ada lah teruk sangat, kalau nak compare dengan apa yang bakal kita capai 5 tahun dari sekarang, kan?
Berjalan biar kedepan. Tak salah menoleh kebelakang sebab nak jaga keselamatan dan pastikan diri tak melakukan kesilapan. Yang salah cuma apabila langkah ke depan di hentikan, langkah ke belakang di mulakan.
Dalam perniagaan, tempoh 5 tahun adalah tempoh yang cukup untuk memastikan kematangan sesuatu perniagaan tersebut. Selepas 5 tahun, dalam melalui perubahan suasana, musim, ekonomi, dan sekiranya perniagaan tersebut berjaya bertahan, sudah tiada apa lagi yang mampu menjadi penghalangnya lagi.
It is not about what you know, but, who you know..
Ada azimat disebalik kata-kata keramat tersebut.
5 tahun dari sekarang, siapa korang akan jadi? Apa korang nak capai? Semuanya bergantung dengan keputusan apa yang korang ambil pada hari ini. Baik keputusan yang korang ambik pada hari ni, maka baiklah hasilnya 5 tahun dari sekarang.
Pendek kata, segalanya… You Decide!
images community.citrix.com
Kalau buruk keputusan tersebut, maka terimalah akibatnya nanti.
*****************************************************************************
*****************************************************************************
Popularity: 1% [?]


gua tak mo kongsi..nt tak surprise..but gua dah ada long term, mid term and short term plan…just baru bermula…miyahaha~
tu sudah bagus. Hidup lebih terarah
aku mungkin jadi seorang pekerja yang rajin dan seoang ayah yag dah mula menimang cahaya mata. Itupun dengan izin Allah dan jika ajal masih belum tiba
insya allah