Menjadi kebiasaan untuk fresh grad macam aku berasa risau kalau-kalau lepas habis je tempoh pengajian dekat university nanti, tiba-tiba nak cari kerja punyalah susah.
Hantar resume kepada macam-macam company, tapi tak ada satu pun yang panggil untuk datang interview. Kalau nasib baik pun, ada yang panggil, tapi untuk kerja yang tak sesuai untuk kita.
Waktu itu, mulalah kita rasa…
“Teruk sangat ke aku ni? Diorang ni semua benci dekat aku sampai tak mau ambik aku kerja ni. Aku ada buat silap ke waktu interview session tu.”
Macam-macam benda negative akan keluar dan terbayang dekat kepala. Perkara utama yang menjadi persoalan, bagaimana nak buat majikan suka dengan kita seterusnya ambik kita bekerja dekat syarikat dia?
Penting ke untuk buat bakal majikan sukakan kita?
Penting sangat-sangat.
Satu hari kamu rancang untuk keluar beli sehelai baju, sampai dekat sana kamu lihat ada banyak sangat baju yang cantik-cantik. Tapi ini tak bermakna yang kamu suka kesemua baju tersebut. Akhirnya, kamu pun beli satu baju.
Dan baju tersebut? Pastinya baju yang kamu suka.
Itu cuma perumpamaan.
Bagi situasi aku pulak, untuk majikan suka pada kita itu penting, sebab ini akan menentukan sama ada kita akan diterima bekerja ataupun tidak.
Tetapi, di pihak pekerja itu sendiri, kita pun perlu suka dengan bakal majikan kita, sebab ini akan menjadi penentu berapa baik kerja yang akan kita lakukan.
Kalau kamu buka laman web jobstreet.com.my memang dekat sana ada banyak sangat iklan jawatan kosong. Ada yang nampak bagus, dan tak kurang jugak yang biasa-biasa sahaja.
Sebelum mula apply mana-mana job dekat sebarang company, pastikan terlebih dahulu sama ada kamu akan suka dengan pekerjaan tersebut ataupun tidak. Bagi aku, tak perlu apply banyak-banyak, sudahnya kamu akan membenci pekerjaan tersebut belakang hari.
Pengalaman mengajar aku untuk selalu buat research terutama sekali dalam memilih pekerjaan. Career.
Memang tak dinafikan, selagi kita tak masuk dalam sesuatu syarikat, kita tak akan tahu apa-apa berkenaan rahsia dalaman syarikat. Pekerja di syarikat pun tak akan senang-senang bukak mulut nak cerita keburukkan syarikat
Dekat sini lah perlu nya kita manfaatkan tempoh percubaan yang dibagi. Probation period.
Gunakan sebaik-baiknya probation period yang dibagi ini. Kalau rasa syarikat tersebut kurang baik, segera ambil keputusan untuk resign. Tak perlu tunggu lama-lama. Lagi lama tunggu, lagi susah la nak resign dari syarikat tersebut.
Bagi aku, sesuatu syarikat tersebut dikira baik sekiranya syarikat tersebut memenuhi ciri-ciri berikut.

Pertama, ada keseimbangan dalam urusan pekerjaan dan peribadi. Syarikat tersebut mestilah tahu menghormati waktu personal seseorang pekerja dan ada waktu bekerja yang jelas. Sebagai contoh, 9 pagi hingga 6 petang. Sebelum jam 9 pagi atau selepas jam 6 petang syarikat tak ada hak untuk ganggu para pekerjanya.
Begitu jugak dengan waktu cuti hujung minggu atau cuti tahun. Sebarang bentuk gangguan yang berkaitan urusan kerja sepatutnya tidak boleh wujud, dan pekerja tidak sepatutnya dibebankan dengan urusan kerja sewaktu sedang bercuti.
Kedua, dari segi career advancement. Sejauh mana career kamu boleh berkembang sekiranya berada dalam syarikat tersebut? Banyak syarikat yang besar, tapi dari segi career advancement tiada. Kalau hari ni masuk sebagai seorang executive, 20 tahun akan datang pun masih lagi seorang executive.
Kalau kenaikkan gaji tak adalah besar mana, dan career advancement tak ada langsung, lebih baik tinggalkan je company ni. Tak berbaloi tunggu lama-lama.
Ketiga, dari segi Corporate Services and Responsibilities (CSR). Kalau benda ini tak pernah wujud langsung dalam sejarah company, kamu tak perlu terkejut sekiranya kebajikan pekerja kurang dititikberatkan.
Tujuan sesebuah syarikat ditubuhkan adalah untuk serve the community. Mereka serve the community by doing business with people. Jadi, syarikat yang mementingkan CSR dalam urusan seharian mereka, pastinya dalam masa yang sama akan mementingkan kebajikan pekerjanya juga.
Keempat, off course dari segi remuneration package. Gaji, elaun, komisyen, perlindungan insurance, bonus tahunan dan macam-macam lagi. Tak dinafikan, kita bekerja sebab nak cari duit. Bukan sebab nak berkhidmat pada masyarakat, nak buat amal dan sebagainya. Melainkan kalau kamu ini memang dilahirkan sebagai seorang yang kaya raya.
Kalau rewards system kurang menarik… tak perlu nak bermain teka-teki lagi, hasrat untuk tinggalkan syarikat dan beralih ke syarikat yang lebih baik pastinya ada dalam diri.
Jadi, kesimpulan yang boleh aku buat, kerja adalah satu perkara yang kita akan buat untuk satu tempoh masa yang sangat lama. Boleh jadi 20 tahun, 40 tahun dan mungkin juga lebih. Jadi, amat-amatlah perlu untuk seseorang tu suka akan pekerjaan mereka.
Secara purata, manusia akan habiskan 8 hingga 12 jam dari hari mereka untuk bekerja setiap hari. Hampir separuh dari hari mereka dihabiskan ditempat kerja.
Sanggup ke nak habiskan separuh dari hayat kamu untuk buat perkara-perkara yang kamu tak seronok untuk buat?
Popularity: 1% [?]


No comments yet.