Adegan Ranjang Dalam Drama Melayu. Perlu Ke?

Sengaja nak sembang-sembang kosong pasal topik adegan intim dan aksi ranjang. Bukan apa, kalau kalian semua perasan dah makin banyak adegan ranjang dan aksi intim diselitkan dalam mana-mana drama Melayu.

Kalau dulu, aksi yang dipertontonkan mungkin setakat adegan suami isteri (yang sebenarnya bukan suami isteri yang sah) tidur satu katil. Ramai yang tak senang dengan aksi sedemikian ditayangkan di kaca televisyen. Tapi aksi macam tu lah yang mampu membangkitkan rasa ‘seronok’ penonton.

Orang putih kata, it makes the viewer turns on

Pelik sebab cerita-cerita yang ada adegan macam tu masih lagi diklasifikasikan dalam rangkaian untuk tontonan UMUM. huh?!

Kalau adegan ranjang pun dah bakal jadi perkara biasa, maka jangan hairanlah kalau satu masa nanti adegan kissing pun akan dipertontonkan. Macam sekarang ni, adegan peluk-peluk dah jadi perkara biasa.

Let me see..

Mungkin satu masa nanti akan ada director berani mati yang akan buat adegan seks terus. Who knows?

Setakat waktu ini, adegan yang tak sepatutnya dipertontonkan tapi dilakonkan adalah seperti dibawah

1. Adegan rogol (Klip 3GP)

2. Adegan peluk-peluk

3. Adegan cium mulut, walaupun angle camera tak tunjuk dengan tepat tapi orang boleh tau apa yang berlaku

4. Adegan intim atas katil

5. Adegan tidur sekatil

Oo cukup-cukup.. the list will keep on growing kalau macam ni.

Akhbar online utusan Malaysia hari, dalam artikelnya bertajuk Kekok Adegan Asmara, saya petik sebahagian daripada artikel tersebut

MELAKONKAN babak intim dalam drama dan filem, bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penghayatan yang cukup tinggi. Sesetengah pelakon harus mengorbankan perasaan malu dan segan supaya tidak nampak kekok di depan kamera. Sebab itu, meskipun babak asmara mendapat pelbagai pro dan kontra daripada masyarakat, ia masih menjadi sesuatu yang dianggap perlu oleh sebahagian besar karyawan filem dalam melariskan produk mereka.

Ia menjadi sesuatu yang dianggap perlu oleh sebahagian besar karyawan filem dalam melariskan produk mereka.

What product?

 

Filem dan drama tu semua kan. Nampak sangat sebab duit orang sanggup buat apa sahaja.. Off course mereka akan berlindung atas nama seni. Hinggakan untuk korbankan perasaan malu pun dah tak kisah. Bukan ke malu itu sebahagian dari iman?

Artikel penuh bacalah di utusan online.

 
********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled