Aku & Borders

Biasa tak korang pergi Borders?

borders

Maksud aku Borders kedai buku yang dekat Berjaya Times Square tu ye, bukan borders yang membawa maksud perbatasan tu. Ni kedai buku.

Well… Kalau dah masuk borders tu, pemandangan yang korang semua boleh expect, tak lain dan tak bukan adalah buku, buku, dan buku. It is like a heaven for those yang minat buku. Dalam tu aku rasa sekurang2nye ada 500 ribu buah buku, dan ada beribu-ribu hasil tulisan dari pengarang yang berlainan!

Masing-masing dengan pemikiran dan ideologi yang berbeza2. Masing2 menterjemahkan idea, pendapat dan pandangan masing2 dengan cara yang tersendiri. Ada yang dalam bentuk novel misteri, dalam bentuk cerita yang thriller, sci fi, dan macam2 lagi la.

Macam2 pendekatan yang para penulis ni guna, hanya semata-mata mahu kan hasil karya seni mereka ni diketahui umum, dan paling penting diterima masyarakat. Owh! Sangat membazir sekiranya menulis, dengan penuh tekun… Tapi tibe2 tak ada sesiapa pun yang peduli untuk baca hasil tulisan mereka.

Macam lah kita ni jugak, penulis blog. Tak jauh sangat pun perbezaan antara kita, si penulis blog dan jugak si penulis buku. Kita menulis untuk orang baca, tapi penulis buku ni menulis supaya buku mereka ni dibeli dan dibaca. Tapi niat tetap sama untuk dibaca.

Bagi penulis buku, lagi ramai orang beli buku dia, lagi banyak la pendapatan yang boleh dia hasilkan, tapi berbeza pulak dengan penulis blog… Lagi ramai orang baca blog kita, lagi bertambah lah pendapatan yang terhasil dari blog kita. Simple je kan. Owh sape yang dah buat mesti tau.

Aku sendiri pun suka jugak dengan buku-buku ni, dan kadang2 tu cume suke beli je, baca lain kali. (owh ni amalan yang tak baik dan membazir! Sila beli buku yang benar2 korang nak baca ye)

Bile ada dalam kedai buku ni, fikiran aku ni mula la nak melayang2. Teringat dalam inbox email aku dah bersepah2 dengan email promosi suruh beli ebook itu dan beli ebook ini. Macam-macam. Jual ebook bukan nak murah. Ambik ko, sekurang2nye mesti dalam RM40 keatas?

Patut tak?

Patut kalau kualiti is there. Tapi yang ada sekarang ni, cuma ebook ulangan semata2. Benda yang sama, tukar cover, tukar jalan cerita, nah jual mahal2. Macam la bagus sangat.

So, untuk menutup entry aku ni, aku nak tegaskan kepada korang semua, Jangan teragak-agak untuk reject mane2 ebook yang korang berbelah bahagi untuk beli ye. Ok tu je

C ya

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

4 Responses to Aku & Borders

  1. Abu Luqman May 24, 2010 at 8:20 am #

    salam ziarah saudara

    • sabree May 24, 2010 at 9:30 am #

      thanks singgah

  2. Samdaddycool May 27, 2010 at 11:07 pm #

    Buku kita boleh belek-belek, baca sinopsis dan tengok senarai ‘top selling’ untuk pastikan kualitinya.

    Ebook pula sekarang ni terlalu banyak yang terhasil, banyak juga yang sampah. harga memang mengarut, kalau nak dibandingkan keberkesanannya. Walhal penulis-penulis yang ada nama, buku mereka biasanya pada kadar RM20 – RM50 (dicetak + bayar royalti + tolak upah publisher &kedai buku).

    Penulis ebook sekarang (terutama di Malaysia) kena kaji balik, berbaloikah pembeli untuk apa yang mereka dah bayar. Jangan sekadar pancing guna nama IM besar dalam Malaysia untuk bagi testimoni… tapi sampah yang dijual.

    • sabree May 29, 2010 at 10:52 am #

      Betul tu, dan yang kononnye dah di iktiraf sebagai otai ni pun satu hal, pergi bersekongkol tolong promotekan benda sampah buat hape. Bile pembeli dah beli, baca…. tengok… la benda same je.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled