Malam ni aku rasa macam sangat lapang. Macam tak tau nak buat ape dengan masa yang aku ade ni. Nak study? Oh mungkin tidak. Aku belum nak ada kuiz, presentation, test, mahupun examination yang perlu aku hadapi esok.
Facebooking. Maybe not. Aku bukan kaki facebook. Walaupun kadang-kadang aku selalu jugak on facebook, tapi jauh disudut hati, aku terpaksa jugak akur, terpaksa akui. Aku tak suke lepak-lepak dalam facebook. Nak usha-usha profile awek-awek cun dalam facebook tu. Kalau aku buat jugak, takkan cukup satu malam.
Esok mesti aku akan buat lagi, esoknye lagi dan lagi. Memang tak mustahil lah kalau sampai boleh keluar dalam paper macam mane orang boleh ketagih dengan facebook. Kadang-kadang ape yang buat aku lagi pelik ni, macam mane la korang ni bile bersosial dalam facebook tu, macam lah korang ni dah kenal lama antara satu sama lain. Padahal korang cume main add je.
Suke-suke hati je aku tengok korang ni bagi komen dalam gambar. Pergh! Bukan buat semak dalam gambar je, dalam email pun jadi serabut. Notification dari facebook je yang berlambak. Kan bagus kalau dalam setiap notification tu, facebook tulis “Congratulation! Your account had been credited with 10 dollar”. Haha kalau macam tu, nak addicted dengan facebook pun tak ada hal lah.
Mungkin itu ciri istimewa pada diri manusia. Bab nak buang masa sendiri memang handal. Alah, kadang tu bukan perasan pun. Usha satu profile ni. Eh eh cute jugak awek ni. Usha profile lain pulak. Awek ni pun cute jugak, nak komen la dekat gambar.
Ape kesudahannya? Korang mungkin akan jumpe lebih dari sejuta profile yang mengandungi gambar-gambar awek-awek yang cute belaka. But, don’t worry. Korang takkan terasa masa yang berlalu tu. Masa yang korang dah bazirkan diluar pengetahuan korang tu.Tau-tau rupenye kawan korang dalam friend list tu tibe-tibe je nak cecah puluh-puluh ribu. Kalau ade sepuluh ribu, sembilan ribu mungkin kawan perempuan je, yang balance tu barulah ada lelaki dan juga kawan yang pondan.
Kawan yang pondan pun ada jugak? Well, mungkin. Lagipun korang bukan tau masa nak add tu. Bukan korang selidik betul-betul sape kawan korang ni. Sape keluarga dia. Dari mana asal usul die. Tak ada dah semua tu. Ianya semudah menekan mouse je sekarang untuk berkawan.
Secara tak langsung, facebooking ni jugak dah menolak saranan orang-orang tua, supaya memilih dalam berkawan. Kawan yang baik mencerminkan peribadi diri kita. Dulu cikgu sekolah aku selalu sangat cakap,
“Murid-murid, kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan turut mendapat keharuman bau minyak wangi itu, tapi kalau kita berkawan dengan tukang besi, sedikit sebanyak kita akan turut jugak merasakan kehangatan besi-besi tempaannya”
Oh, mungkin ayat diatas itu telah aku olah sedikit tanpa aku sengajakan. Pastilah aku tak akan mampu nak ingat setiap bait kata-kata cikgu aku masa sekolah dulu. Itu kenangan…beberapa belas tahun yang lepas.
Zaman sekarang ni, masih ada lagi tukang-tukang besi ke? Yang bekerja dengan besi-besi panas untuk membuat hasil kraftangan dengan produk berasaskan besi. Ada la kot, tapi tak mungkin akan menjadi kawan aku. Dia dengan dunianya, aku dengan dunia aku. Walaupun berkongsi Bumi yang satu, namun bukan berkongsi destinasi yang sama.
Kawan yang menjual minyak wangi? Ha, yang ni banyak. Banyak yang jual minyak wangi One Drop Perfume. Bolehla rasa sikit-sikit minyak wangi dia. Itu pun bukan selalu. Ada masa dan ketika.
Cerite pasal facebook masih belum tamat lagi sebenarnye. Masih ada lagi yang aku nak ceritakan. Tapi tak perlu aku panjang-panjangkan dalam satu entry yang macam tak nampak lagi dimana kesudahan. Sebelum korang jadi bosan dan hati tak keruan, aku akan skip beberapa point.
Pernah tak korang terfikir, atau tibe-tibe terlintas dekat fikiran, apa yang korang nak buat dengan senarai kawan-kawan yang banyak sangat dekat facebook ni. Ape yang die boleh bantu korang satu masa nanti. Ape pulak yang korang boleh sumbangkan dekat diorang, selain kutuk maki, gurauan kasar korang dekat kawan-kawan korang.
Buatlah sesuatu yang memberi hasil. Hasil tak semesti dalam bentuk wang ringgit. Boleh jadi dalam bentuk wang dollar, yen, pound sterling atau apa-apa je. Haha ni hanya gurauan semata-mata. Tak lebih dari itu.
Internet itu luas dunianya dan banyak isinya. Ia menemukan aku dengan pelbagai jenis manusia. Ade yang bijak mengambil peluang, dan banyak jugak yang bazirkan peluang.
Kalau korang? Nak pilih yang mane?
Popularity: 1% [?]



tangga facebook sekarang kedua.google masih nombor satu.biar betul ni.hehehe…..
Tangga ape ni encik safar hhe tengah cerita pasal alexa ke ni? erm orang lagi ramai gune search engine dekat google lah tu