Antara Yang Ori & Yang Piracy ~ Yang Piracy Jugak Yang Menjadi Pilihan

Eruwan Gerry Affiliates


Sejak dulu lagi, dari era 80an pengguna di Malaysia terdedah dengan pelbagai barangan tiruan. Dari perisian dan perkakasan computer, cakera padat, jam tangan, barangan sukan, produk kosmetik, minyak wangi, handphone, elektronik gadget hinggalah ke alat ganti kenderaan semuanya ada produk versi tiruan. Produk tiruan ni jugak dilihat sebagai alternative kepada keluaran yang asli.

Boleh dikatakan dekat mana sahaja, pasti ada sahaja orang menawarkan produk-produk tiruan. Sama ada di kawasan kaki lima, pasar-pasar, mahupun oleh salesman yang bergerak. Ada sahaja dimana-mana.

Produk yang sangat popular?

Pastinya handphone, VCD dan DVD, minyak wangi,jam tangan, mp3 player dan macam-macam lagi.

Kalaulah satu hari tu, korang bercadang nak install antivirus yang best sikit dalam laptop korang. Ada 2 pilihan, kaspersky versi original RM100 untuk 3 users ataupun kaspersky versi pirate unlimited users, ada cracks dan keygen, dan tak perlu bayar pape!

Ha mana satu nak pilih ni? Kedua-duanya adalah antivirus, dan kedua-dua jugak sama fungsi. Yang pirate pun tak kurang hebatnya dengan yang original.

Pilih yang original? Bagus, aku pasti kalau korang pilih yang ini, korang adalah seorang yang berkemampuan dan sangat-sangat mementingkan kualiti disamping menitik beratkan aspek keselamatan.

Pilih yang pirate?! Haha aku tak nak letak sebarang label pada diri korang. Sebab korang pilih yang ni, jawapan tu ade dalam diri korang sendiri.

piracy_is_a_crime_-_unskippable_anti-piracy_track

Bila kite tengok ye, produk yang ori ni banyak kelebihan dia. Banyak sangat. Dari segi kualiti memang terjamin. No compromise. Kalau nak kate bab keselamatan dalam handling barang ni, itu dah jadi top priority. Macam-macam jenis test, ujikaji perlu dilalui dan perlu lulus sebelum dibenarkan masuk ke pasaran pengguna.

Jangan pulak korang cakap barang pirate pun ada test drive semua ni. Tipu je.

Ok fine mestilah barang pirate pun kena ada test drive dia jugak. Tapi test drive dia cukup la sekadar untuk memastikan ia boleh berfungsi iras-iras dan ala-ala produk ori. Itu pun dah cukup memadai.. dan yang penting boleh terjual.

Tapi barang ori ni pun ada kelemahan dia jugak. Tak ada lah nak kata everything is good, and perfect. Tengok dari segi pricing, atau harga. Mahal bukan main.

Agak-agak mana satu yang betul? Barang ori ni mahal sebab kualiti dia bagus. Ataupun, barang-barang ori ni kualiti dia bagus, sebab tu dia mahal. Ha mana satu ni, pilih cepat.

Apa yang selalu terjadi di pasaran pengguna, tak kisah la barang tu kualiti tinggi ke, keselamatan terjamin ke, bermutu ke, tapi kalau harga terlalu mahal, dan pengguna tak mampu nak beli.. tak guna jugak. Pengguna tetap tak dapat nak merasai pengalaman menggunakan barangan ori.

Jadi, kalau tiba-tiba ada offer satu produk, yang jenama sama dengan jenama original, reka bentuk hampir sama, dan kualiti pun lebih kurang dengan yang ori… tapi harga lagi murah! Tak mau ka? Mesti ambik punya. Bukan orang tau kita pakai barang ori atau tak.

Tapi sebenarnya, aku rasa agak pelik. Semakin hari industry makin berkembang, dan banyak produk baru yang dihasilkan. Pada masa yang sama jugak, produk-produk pirate pun dihasilkan sama banyak jugak. Perkembangan kedua-dua industry macam bergerak seiringan.

Entah-entah berasal dari kilang yang sama tak? Musykil betul…

Macam mana diorang boleh hasilkan dua produk yang sama, yang nampak sama, yang kualiti pun hampir sama dengan produk ori tapi boleh jual dengan harga yang tersangat-sangat la murah. Kadang-kadang tu boleh murah sampai 2 ratus ke 3 ratus bezanya.

Pernah terfikir?

Bagi aku, ada satu dua perkara la yang mungkin menjadi sebab kenapa boleh jual murah.

Barang tiruan ni, tak perlu bayar cukai pada kerajaan dan biasanya tak ada company yang berani declare dia buat barang tiruan. So, dari segi government tax sangat banyak dia boleh jimatkan. Biasanya government pun tak tau dekat mana barang ni dihasilkan.

Selain itu, keuntungan pengusaha barangan tiruan ni dia boleh simpan sendiri seratus peratus. Tak perlu nak share dengan sesiapa. Kalau macam barang ori, kena bayar komisyen la, bayar royalty la. Kan leceh tu. Barang pirate, untung dia makan sorang je.

Dari segi material, barang pirate akan guna material yang biasa-biasa sahaja. Bagi aku barang pirate ni jujur, dan straight to the point. Diorang tak ada sibuk-sibuk nak upgrade itu ini, research sana sini untuk bagi produk mereka tahan lama la. Nampak unik la.

Kalau DVD filem A yang korang nak, maka DVD filem A lah yang korang akan dapat. Bukan macam DVD ori, korang cuma nak tengok filem A, tapi apa yang korang dapat adalah Kotak DVD yang cantik, ada tandatangan pelakon utama edisi terhad beserta security serial code yang akhirnya hanya menambahkan kos beli DVD tu tadi.

Perlu ke korang dapat ni semua? Kalau tak silap aku, korang cuma nak tengok filem A je kan, bukan nak kotak ataupun tandatangan limited edition tu semua. Dalam produk ori, korang akan terdedah untuk bayar benda-benda yang korang tak perlukan pun sebenarnya. See? Kan tak jujur tu hhe.

Cuba korang tengok berapa harga kos sekeping DVD kosong. Dalam RM1.00 je sekeping kalau beli banyak-banyak. Kalau DVD ori, banyak sangat ke beza dengan DVD yang pirate? Ada sesape yang tau ke? aku rasa still file movie yang sama, copy dalam DVD tu jugak. Kalau movie sekalipun, kita tengok dua tiga kali pun dah mula rasa jemu dah.

Pendek kata, sebenarnya berbaloi-baloi tau beli produk pirate ni. (eheh kenapa aku macam nak promote produk pirate ni ha ha)

Berbalik pada isu ni la ye, aku berpendapat penguatkuasaan sahaja memang tak cukup untuk melumpuhkan industry cetak rompak atau piracy ni. Memang tak cukup. Confirm!

Nak atau tak nak, para pengguna itu sendiri pun kena bantu untuk stop this thing dari berleluasa. Kalau tak nak bantu stop industry piracy ni sekalipun, at least bantulah untuk kawal ia dari merebak dengan teruk.

Cuba-cuba la hargai penat lelah pihak tertentu yang menghasilkan sesuatu karya, lepas tu sedap-sedap je orang pergi tiru. Lepas kita sebagai pengguna pergi support pulak tu. Kan tak berhati perut tu namanya.

Orang tak akan jual barang-barang pirate ni kalau tak ada permintaan. Diorang ni pun buat bisnes. Bukan syok sendiri main pondok-pondok dengan Nabil Raja Lawak tu. Bermakna, selagi permintaan itu ada, selagi itu jugak la barangan pirate ini akan berlambak dekat pasaran Malaysia.

Bagi aku, kalau betul la korang ni desperate sangat nak barang-barang pirate ni, seboleh-bolehnya korang carik la sendiri. Kalau macam movie, software, games dan apa-apa yang berkaitan dengan produk digital… korang carik la jalan untuk download sendiri dekat mana-mana.

Yang penting, jangan support orang-orang yang menjual dekat pasar-pasar malam, kaki lima dan dekat mane sahaja sekalipun.

At least, ada jugak usaha untuk tak support. Walaupun Nampak kecik je usaha tu.

Makluman

Entry ini adalah pendapat dan pandangan aku semata-mata dan tidak bermaksud untuk menyebelahi atau ingin menjatuhkan mana-mana pihak. Sekiranya terdapat percanggahan pendapat, dialu-alukan untuk meninggalkan komen.


********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

7 Responses to Antara Yang Ori & Yang Piracy ~ Yang Piracy Jugak Yang Menjadi Pilihan

  1. nina nurziana September 4, 2010 at 5:50 pm #

    stop the pirate!!!

    • sabree September 5, 2010 at 5:01 am #

      pirate = lanun
      piracy = cetak rompak

  2. zik September 4, 2010 at 6:44 pm #

    jarang beli cd2 nie … biasa download jer…tapi itu pun salah jugak..huhu…

    • sabree September 5, 2010 at 5:01 am #

      hhe tak baik jugak, sebab pirate kan. tapi daripada beli dekat orang, dah menggalakkan orang tu untuk menjual

  3. Sir Marcello September 5, 2010 at 4:57 pm #

    kerana piracy aku reti guna macam2 software :P

    • sabree September 5, 2010 at 6:27 pm #

      …dan free pulak tu :-)

      • Sir Marcello September 6, 2010 at 6:18 am #

        dan boleh diguna secara beramai-ramai…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled