Apa Anda Jumpa Dalam Newspaper?

Suatu pagi bila aku sampai ketempat kerja, aku perhatikan one of my colleague sibuk duk selak-selak surat khabar. Laju betul dia selak. Eh tak kan dia baca laju sangat? Ah.. let it be.. Dia punya suka la kan nak baca paper macam mana. Maybe itu style dia.

Tiba-tiba dia campak paper yang dia duk selak-selak dari tadi. Sambil tu jugak mulut dia tak henti-henti komplen pasal surat khabar tu.

“Apa la.. Sekarang ni tak ada apa-apa pun dalam surat khabar. Kosong je! Surat khabar sekarang ni dah tak ada story!”

Aku masih lagi macam tadi.. masih buat tak endah. Bukan apa.. aku tak berminat nak join the discussion.. Kang meleret-leret, panjang pulak cerita nanti.

Sebenarnya aku pun sependapat dengan dia. Surat khabar sekarang ni.. harap tebal je lebih. Dalam story apa pun tak ada.

Situ Iklan sana dan sini

Setiap page dalam surat khabar tu mesti akan ada iklan. Tak termasuk lagi page yang memang dedicated for advertisement. Sudahnya, pembaca macam kita ni bukan baca news (berita), tapi baca iklan je la from cover to cover.

Cerita Ulang Cetak

Perasan tak dalam newspaper ni sebenarnya ada story yang diulang-ulang? Off course gaya penyampaian tak sama.. tapi mesej tetap benda tu jugak. Kalau sekarang ni, isu yang asyik diulang-ulang adalah isu berkenaan dengan novel interlok. Sempena sambutan Thaipusam yang lepas, pun ada jugak story pasal novel interlok.

Kalau korang follow story pasal interlok secara fokus, aku rasa korang pun boleh sampai muntah hijau. Benda sama je yang dilaporkan.

Same People, Same Mistake, They Just Don’t Want To Learn

Apa kes.. nyatakan.. kes rogol, ragut, bunuh, kena ugut sebab tak bayar hutang ah long, kes culik.. the same. Ini bukan isu setempat malah terjadi diseantero dunia. They just don’t want to listen.. keep repeating the same mistake. Dan paper pun apa lagi, tulis benda yang sama je la..

Camera, Light… Action

Come on la.. ramai yang sedar kita tak boleh nak percaya seratus peratus apa yang ada dalam newspaper. Semua yang ditulis tak semua accurate. Ada story yang diada-adakan bagi menutup perkara sebenar. Syarikat akhbar pun nak cari makan jugak.

Selagi kes yang dilaporkan masih boleh dikawal, selagi tu lah maklumat yang disalurkan ditapis-tapis. Tapi kalau dah out of control, time tu lah story sebenar keluar. Lambat lah kalau nak tunggu saat tu.

Ada Kelainannya

Namun kalau korang perhatikan, ada jugak benda lain yang korang bakal jumpa. Tak semesti story yang klise semata-mata.

Nak tau apa aku jumpa dalam surat khabar masa aku lepak dekat satu kedai mamak ni?

.

.

.

.

.

.

.

.

.. aku jumpa nasik. Nasik lemak!

Nota: Dah baca story ni?Kalau belum baca, sila klik ya

Sejauh mana ikhlasnya Media Massa?

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

2 Responses to Apa Anda Jumpa Dalam Newspaper?

  1. deCrewz January 22, 2011 at 11:19 am #

    Ha3.. Paper buat bungkus nasi lemak je… Iklan kat TV cakap jangan pinjam ngan along tapi cuba tgk lam pepar bape banyak along? Kadang2 sampai 1 mukasurat penuh iklan tu je.. Kerajaan cukup marah bila nampak papan tanda along kat tiang letrik, bukannya banyak pun papan tanda tu, kat kg langsung xde papan tanda camtu. Klu paper? Org kampung pun boleh terpengaruh sebab kebanyakannya ingat iklan along kat papan tanda je.. Semuanya sebab paper nak untung lebih je.. duit..duit..duit.. Klu paper dah dapat duit, ada dia kisah iklan tu salah ke x…haishh…
    deCrewz baru-baru ni tulis pasal..Buffered Earning Yang ke-3My ComLuv Profile

  2. azuan January 22, 2011 at 4:31 pm #

    sebab tue baca blog lagi best..hehee

Leave a Reply

CommentLuv Enabled