Awas! Ada Pencurik Tengah Perhatikan Prepaid Handphone Kamu!

Setakat waktu entry ini aku tulis, ada beberapa sms yang masih lagi aku simpan dalam inbox handphone aku. Sengaja aku simpan nak buat treasure. Just in case aku nak refer balik in future senang sikit.

Antara banyak-banyak sms yang masih lagi aku simpan, sebahagiannya sms yang aku terima dari kawan-kawan, some dari ex-employer, dari ex-colleague pun ada. Campur-campur. Terasa seola-olah sms tu semua ada sentimental value dan aku patut simpan, until further notice.

Aku rasa info dalam sms tu mungkin akan berguna untuk aku one day.. entah bila and aku pun tak sure sama ada hari tu akan datang ke tak.. just wait and see.

Ada satu sms datang dari sender 62002, kandungannya lebih berbentuk reminder supaya jangan melayan sebarang permintaan yang ada kena-mengena dengan maklumat peribadi especially yang berkaitan dengan hal-hal kewangan peribadi kita.

RM0. Bank Negara Malaysia: Sila berwaspada! Jangan melayani permintaan utk info kewangan /pemindahan wang melalui panggilan, emel atau SMS yg tidak diduga.

Manusia ni kadang-kadang cepat sangat nervous. Dapat emel/sms pelik-pelik yang menyentuh hal-hal berkaitan keselamatan akaun bank.. laju je nak ikut arahan seperti yang tertulis dalam emel/sms tu. Walhal dengan melayan sms/emel macam tu la yang akan menyebabkan akaun kita jadi lagi tak selamat.

Oh selain tu.. ada satu sms yang aku anti sangat-sangat ni.. pasal satu servis dari maxis NotifyMe SMS.. ada-ada je cara maxis ni nak makan duit pelanggan dia. Padahal aku rasa servis ni macam haram.. tak ada lebih baik dari ada. Dah la charge tanpa kebenaran sebanyak RM0.05

RM0.05: NotifyMe SMS: The number +60123456789 that you called at 12:06pm 03.10.11 is now available. You may call the number now.

Sisi baiknya memang la servis ni bagus, dia bagi info bila masa yang sesuai dan bila waktunya nombor yang kita nak hubungi tu available dan kita boleh start call.

Tapi please lah.. kena charge RM0.05 tu.. pernah sekali aku dapat notification yang sama lebih dari 4 kali.. at least 20 sen free free je kena telan dengan Maxis. Penyamun betul Maxis ni.

Last mesej yang aku masih simpan adalah dari khidmat langganan Frenclub.

Ingin tahu bagaimana menjadi kekasih yang setia. Langgani tips-tips untuk jadi kekasih yang setia melalui sms, dan bayaran yang dikenakan adalah RM0.30 sehari.

Servis macam ni pun ada orang yang berkenan nak langgan ke?

Ni lagi satu servis atau perkhidmatan yang merepek. Dah la dia spam number phone aku.. entah bila pulak la aku berminat nak terima sms-sms offer dari Frenclub atau mana-mana entiti yang sama suku sakat dengan Frenclub ni.

By the way, ada satu servis yang aku rasakan ianya bagus dan sangat-sangat membantu serta berguna.

Servis dari 22558

Basically servis yang ditawarkan adalah berupa reminder waktu solat melalui phone.

Senang sikit.. sebab kita boleh tau pukul berapa masuk waktu. Tak adalah terpaksa bergantung pada azan je. Sebab ada setengah tempat kita memang susah nak dengar azan, lagi-lagi kalau duduk dalam ofis.

Nak try? ON SOLAT dan hantarkan ke 22558

So memandangkan aku dah transfer beberapa info yang aku rasakan perlu dalam blog ni, boleh la aku start delete sms-sms tu semua.

Alright fellas, take care!

 

 

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

2 Responses to Awas! Ada Pencurik Tengah Perhatikan Prepaid Handphone Kamu!

  1. Ronaldmohoni October 25, 2011 at 11:58 am #

    Nasip baik saya tak guna Maxis. saya guna digi.
    Ronaldmohoni baru-baru ni tulis pasal..Manchester United Dan Chelsea KecundangMy ComLuv Profile

  2. arizWan October 25, 2011 at 11:46 pm #

    Sememangnya menyakitkan hati bila dapat sms spam begitu, namun apa bleh buat, mengadu aje kat maxis, namun kumasih kekal pengguna maxis yg setia hehee..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled