Kamu rasa kamu hidup miskin? Selalu rasa terhina sebab tak mampu untuk memiliki apa yang orang lain mampu untuk beli?
Kamu rasa sangat susah. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini pun rasa terbatas. Segalanya terasa sempit bagi kamu. Dunia seolah-olah bukan untuk kamu. Masa ini lah kamu mula salahkan tuhan sebab berlaku tak adil pada diri kamu. Kamu mula persoalkan tuhan, kerana dia melebihkan orang lain, dan memberikan kekurangan pada diri kamu.
Hei… Come on dude. Don’t be like that. Everything happens for a reason.
Orang yang kaya sekalipun bukan lah jadi kaya dengan tiba-tiba. Setiap apa yang berlaku memerlukan usaha. Tak gitu?
Tuhan kan dah ingatkan kita dalam al-quran,
Allah tidak akan merubah nasib sesuatu umat atau kaum melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri.
Jadi kalau kamu rase sekarang ni yang kamu hidup susah, miskin, tak berdaya, serba kekurangan, satu je jalan penyelesaian yang ada pada kamu. Berubahlah.
Berubahlah kearah yang lebih baik. Mungkin dalam hidup kamu ada terlalu banyak perkara-perkara yang tak perlu, yang membuang masa kamu, yang menjauhkan hubungan antara kamu dengan tuhan. Kenal pasti perkara-perkara tersebut dan kuat dan cekalkan hati untuk berubah.
Jadi seorang yang miskin, bukanlah 100% teruk. Ada kebaikan juga sebenarnya. Cuma mungkin kamu tak perasan, atau kamu sengaja memilih untuk tidak melihatnya.
Perasan atau tidak, bila menjadi seorang yang miskin, sebenarnya kamu menjadi perhatian dan bualan orang ramai. Bukan kamu seorang sahaja yang susah hati bila kamu menjadi seorang yang miskin. Lihat saja situasi ekonomi kini, kerajaan melalui badan-badan khas bersusah payah untuk membantu orang-orang seperti kamu.
Ini belum lagi termasuk badan-badan swasta, yang bergerak sendiri untuk membantu orang-orang seperti kamu. Jika tidak, masakan rancangan-rancangan dari siaran televisyen swasta seperti media prima bersusah payah mewujudkan rancangan seperti Bersamamu.
Walaupun rancangan ini sebenarnya ada agenda lain, tapi dalam sedar atau tak, sudah ramai yang mendapat faedah daripada rancangan ini. Sama ada secara langsung mahupun secara tak langsung.
Orang yang miskin terlepas dari sifat suka membazir. Membazir itu sahabat syaitan. Jadi orang kaya adakalanya tanpa disedari dia akan membazir, hampir setiap hari.
Orang miskin tak perlu risau makanan mereka tidak sedap. Asalkan ada sedikit makanan untuk menjadi alas perut, itu sudah sangat bermakna bagi mereka.
Orang miskin tak takut untuk hidup susah. Kesusahan adalah sebahagian dari hidupnya. Kesusahan itu sendiri adalah guru, dan sahabat. Tiada apa lagi yang perlu ditakutkan.
Orang miskin yang menjadikan orang kaya itu kaya. Seseorang itu tidak akan dikatakan sebagai kaya, kalau tak ada orang miskin di dunia.
Orang miskin lebih kenal erti syukur.
Namun yang pasti, bukan salah kamu sekiranya kamu miskin… Tapi salah cara hidup kamu sekiranya kamu kekal miskin.
Popularity: 1% [?]



No comments yet.