Bila Seekor Katak Menjadi Guru

Salam hari jumaat buat pembaca yang singgah ke blog Mohdsabree dot com ni.

Rasullullah SAW pernah bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, diangkatlah daripadanya akan azab kubur.”

Dalam riwayat yang lain, Nabi turut bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.”

Hari ni mungkin dah termaktub di luh mahfuz bahawa Allah nak pertontonkan kepada aku sesuatu pengajaran yang berguna. Case study yang jarang-jarang aku boleh lihat.

Berfikir guna otak, kalau tak nak jadi macam katak

Hari ni balik sembahyang jumaat aku tersangkut dekat Pekan Meru, depan Bank Simpanan Nasional. Memang sweet memoir betul. Kena tunggu situ sampai hujan reda, ada dekat sejam langsung tak ada tanda-tanda nak reda. Nak aku tunggu sampai matahari terbit semula? Come on, not my style. I prefer basah dek hujan daripada menunggu berjam-jam tak ada hasil.

Tiba-tiba aku terperasan satu makhluk hijau duk melompat-lompat menghala ke jalan besar. Dia sedang khusyuk lompat dan melompat untuk menyeberang jalan yang boleh dikatakan sibuk dan penuh dengan kereta, bas, dan lori lalu lalang. Nasib baik helikopter tak lalu situ jugak.. kalau tak makin bizi la jalan tu.

Aku sekadar memerhatikan sahaja gelagat haiwan bernama katak ni. Aksi lintas jalan gitu. Dalam hati aku berkata sorang-sorang, mati nanti katak ni kena lenyek dengan kereta. Patut ke aku bantu katak ni lintas jalan. Haha memang dah sasau la aku ni kalau sampai katak nak lintas pun aku nak pergi tolong.

Aku masih lagi perhatikan katak tu. Tiba-tiba aku rasakan selain daripada katak tersebut, benda lain jadi kurang menarik untuk dilihat. Aksi awek agak-agak cun makan mee goreng mamak boleh tunggu. Sekarang ni aku nak tengok katak. Don’t disturb me baby.

Masa ni la persoalan ajal maut mula muncul satu persatu dalam kepala. Minda mengalami flashback seolah-olah telah kembali kezaman persekolah masa form 5. Subjek Pendidikan Islam. Satu subjek yang diambil bukan semata-mata nak ambik exam SPM, bukan setakat dapat A1 ataupun setakat nak lulus tapi untuk mengislamkan diri yang kurang ilmu berkenaan islam waktu tu.

Ajal maut ditangan tuhan.

Aku masih lagi melihat katak tersebut. Kalau ditakdirkan ajal katak tersebut belum sampai lagi, maka Insya Allah ia akan survive.

Macam-macam aksi ngeri aku dapat perhatikan dan sekali-sekala jantung aku berdegup kencang. Memang ada style katak ni.. sikit lagi nak kena lenyek, dia boleh pulak elak. Tapi kesannya badan dia dah jadi terbalik, maybe akibat percikan air daripada tayar kereta yang hampir-hampir nak melanggar ia terlalu kuat membuatkan katak tersebut hilang keseimbangan. Tapi mungkinkah katak ni akan sentiasa bernasib baik sehingga sampai ke seberang jalan.

Dah separuh jalan katak tu pergi. Sekiranya katak tersebut selamat sampai ke destinasi, sungguh, aku benar-benar telah melihat satu keajaiban.

Sekelip mata, ajal katak tu pun sampai. Satu kenderaan bertuah telah berjaya menamatkan riwayat katak tersebut. Kemudian datang pulak kenderaan seterusnya.. habis hancur badan katak tu. Kali ni katak tersebut betul-betul dah kena gilis.. sayu hati aku tengok.. ada sikit kesal sebab tak tolong katak tersebut. Eh patut ke aku pergi tolong katak tu tadi?

Memang benar la.. nak buat apa pun mesti kena fikir. Bukan main serbu je, atau buat dulu fikir kemudian. Orang macam ni hanya berserah pada nasib tanpa ada usaha. Kalau baik untuknya, maka baiklah jadinya.. Wrong. Kalau difikir-fikirkan, memang kita boleh tahu apa kesudahan setiap tindakan kita. Baik mau pun buruk.

Bila aku tengok jam.. dah dekat 2 jam. Hujan masih lagi turun dengan konsisten. Dan kesannya… jalan yang aku biasa lalu langsung tak boleh dilalui lagi dah. Have to find alternative route.

Oh! Sekurang-kurangnya tiga perkara aku dah belajar sewaktu aku tersangkut dalam hujan tadi. Benarlah kata orang, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Dan pengajaran yang paling aku suka, nak buat apa pun, kena sentiasa konsisten. Insya allah akan beroleh kejayaan.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

8 Responses to Bila Seekor Katak Menjadi Guru

  1. akakcomey November 19, 2010 at 6:16 pm #

    Akak setuju kena dan PERLU KONSISTEN untuk mecapai kejayaan.
    akakcomey baru-baru ni tulis pasal..Trans-Borneo Semporna – singgah lagi Part 2My ComLuv Profile

    • sabree hussin November 19, 2010 at 7:02 pm #

      Konsisten ni yang kadang-kadang susah nak kekalkan hhe

  2. khairolghani November 19, 2010 at 10:03 pm #

    sekurang-kurangnya katak tersebut berani mengambil risiko melintas jalan untuk ke seberang..setiap orang ada laluan masing2,kena ambil risiko dan dalam masa yg sama kena berhati2..
    khairolghani baru-baru ni tulis pasal..Monday bluesMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 19, 2010 at 10:27 pm #

      Kurang pasti pulak katak tersebut berani atau kurang bijak hhe

  3. Sir Marcello November 20, 2010 at 11:19 am #

    nice!! belajar dari melihat…i loikeee!
    Sir Marcello baru-baru ni tulis pasal..Cinta Poyos Uncle SeekersMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 20, 2010 at 2:15 pm #

      jarang boleh dapat peluang yang macam ni hhe

  4. zik November 20, 2010 at 11:24 pm #

    pembelajaran yang baru nih bro…tak mengapa.. katak bilangannya memang banyak…
    zik baru-baru ni tulis pasal..Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di MalaysiaMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 21, 2010 at 1:11 am #

      kehidupan yang ada dimuka bumi ni adalah untuk manusia gunakan dengan sebaiknya untuk mengenali yang maha pencipta

Leave a Reply

CommentLuv Enabled