Bincang MLM & Bincang Hai O Marketing

Mood bagi entry kali ini masih lagi berkisar berkenaan dengan sistem pemasaran berbilang peringkat atau lebih sinonim dengan istilah Multilevel Marketing (MLM).

Walaupun benar majoriti umum sudah mengetahui apa itu MLM, bagaimana sistem MLM dijalankan, bagaimana boleh menjana keuntungan sehingga puluhan ribu melalui MLM, namun itu tak bermakna semua orang sudah celik MLM dan sudah tahu segala-galanya tentang MLM.

Masih Ada Lagi Yang Tak Kenal MLM

Ini adalah satu kenyataan yang pasti. Walaupun kita sekarang ni sudah tahun 2010, boleh kata hampir mencapai taraf negara maju, namun masih lagi terdapat golongan yang begitu asing dengan istilah MLM. Malah, kalau disebut je perkataan MLM tu depan mereka ni, alamatnya berkerut-kerut la dahi mereka-mereka ni semua.

Siapa Mereka tu?

Mereka adalah golongan pelajar sekolah, golongan surirumah sepanjang masa ataupun lebih biasa dikenali sebagai surirumah sepenuh masa, dan juga warga emas yang dulunya tak berkemampuan untuk bersekolah. Tak semestinya warga emas, malah insan yang jarang bercampur dengan masyarakat pun pastinya boleh jadi sangat asing dengan istilah MLM itu tadi.

Apa point aku sebenarnya ni? Apa yang aku nak sampaikan?

Begini.. Kalau kamu rasa kamu dah tau segala-galanya, tak bermakna orang disebelah kamu pun tahu segala-galanya seperti apa yang kamu tahu. Beri peluang untuk orang lain belajar, dan kalau ada sesuatu yang kamu rasa perlu ditambah akibat kelompangan yang timbul di mana-mana bahagian entry ini, silakan perbaiki dengan meninggalkan komen yang membina.

Nak Join Bisnes MLM

Sekiranya diberi peluang dan kekuatan oleh yang maha esa, pastinya MLM adalah salah satu cabang perniagaan yang akan aku sertai. Bagi aku, melalui MLM sendiri, banyak faedah yang boleh aku capai. MLM bagi aku adalah suatu perniagaan ‘ready made’ untuk kita usahakan.

Tak perlu nak fikir nak jual apa, nak pasarkan macam mana, dan nak guna strategi apa dan yang bagaimana. Sebab hampir 100% sudah terhidang dan telah disiapkan oleh syarikat. Kita sebagai perserta atau ahli hanya perlu menjalankan perniagaan MLM ini seperti mana garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Tak Suka Nak Jual Barang

Beli barang suka tak? Bagi aku, beli barang pun aku tak suka.. melainkan barang yang nak dibeli tu betul-betul aku perlukan, dan akan ada kegunaannya.

Ada orang fokus untuk jual barang dalam marketing plan MLM ni, dan ada jugak yang fokus untuk cari orang.. Salah satu perlu wujud dalam MLM. Hingga ke saat ni, aku belum pernah jumpa lagi MLM yang menjanjikan tak perlu nak cari orang dan tak perlu nak jual barang.

Yang ada, sama ada perlu cari orang ataupun perlu jual barang.


Nak Join Hai O, Tapi…

Ini satu hal, sebab baru-baru ni aku sempat bersemuka dengan agen/ahli/jurujual/promoter dari syarikat MLM Hai o. Hai o adalah satu nama besar dalam industry MLM di Malaysia, dan boleh kata dah ramai yang berjaya menjana pendapatan yang baik. Sehingga entry ini ditulis, Hai o adalah penaja utama program Gadis Melayu 3.

Nak buat duit dengan Hai o? Aku sendiri agak kecewa kerana hanya pelan yang membincangkan tentang bagaimana untuk buat duit dengan menggunakan duit pinjaman sahaja yang dibentangkan dihadapan aku, dan sedikit sebanyak pelan berbentuk piramid yang mana seorang perlu cari 4 orang, 4 orang seterusnya perlu cari lagi 4 sehinggalah ke peringkat infiniti.

Its All Just Talk.. and.. Talk is Cheap

Aku perasan satu perkara, bila dikatakan kita kena keluarkan modal sebanyak RM5,000 , cepat betul kita ni mengeluh.

Ai… mana nak carik duit banyak macam tu.. Duit dalam bank pun tak sampai RM1,000. Gaji saya ni pun baru berapa.

Tapi bila dipersembahkan trik dan tips untuk mulakan bisnes Hai O tanpa perlu guna duit sendiri 100%, iaitu melalui pinjaman agensi terpilih, terus hati jadi berbunga-bunga. Terus boleh keluar satu statement.. Ya! Aku boleh melakukannya. Betul ke ni?

Kalau betul kamu boleh lakukan, teruskan. Tak perlu nak pandang hina, nak pandang serong, nak kutuk-kutuk, nak mengatakan orang yang tak join Hai O itu bodoh, dungu, tak pandai nak rebut peluang, sia-siakan kesempatan untuk jadi kaya. Ah.. simpan lah semua tohmahan tersebut dalam diri kamu sendiri. Kata-kata sedemikian hanya akan mengundang permusuhan berbanding persahabatan. Tak berbaloi..

Mana-mana MLM, untuk berjaya kita perlu bina satu jaringan yang kuat, yang baik, yang mantap dan yang besar. Barulah pendapatan kita juga akan jadi besar. Uniknya, untuk jadi kaya, kamu kena pastikan orang bawah kamu jadi kaya juga. Namun adakalanya konsep itu lebih indah berbanding kenyataan.

Bagaimana Cara Hendak Buat Bisnes Hai O dengan Cara Yang Selamat dan Risiko Kerugian Yang Rendah?

Ramai yang join Hai O tanpa ada buat sebarang research. Ibarat memburu binatang buas, di hutan yang tebal tanpa memeriksa terlebih dahulu.. adakah peluru yang dibawa bersama adalah peluru hidup atau sekadar peluru kapur.

Setelah memerhati sistem yang dibentangkan dihadapan aku, aku merasakan setidak-tidaknya ada satu cara yang pada hemat aku, merupakan jalan selamat untuk mengurangkan risiko kerugian besar-besaran dalam menjalankan perniagaan Hai O ini.

Namun demikian, cara tersebut hanyalah idea aku semata-mata, dan ia masih lagi memerlukan confirmation daripada penggiat dan pakar-pakar Hai O. Memandangkan entry ini sudah menjadi semakin panjang, jadi aku akan kongsikan idea tersebut dalam entry yang akan datang.

Sekian, terima kasih kerana sudi untuk membaca. Di kesempatan ini juga aku sedang menghantar beberapa email kepada otai hai o untuk beri confirmation berkenaan dengan keberkesanan idea tersebut.


********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

, ,

5 Responses to Bincang MLM & Bincang Hai O Marketing

  1. haru November 8, 2010 at 2:57 pm #

    tp aku pnah bukak wbsite die..tgk sume cine yg ats..arak pn ade juall…aku wat research sbb tgk member aku duk maen bnda nie..nak taw gak ape bnda..tp xtawla cmne konsep yg die kate hai-o melayu tu plak

    • sabree November 8, 2010 at 4:08 pm #

      Hai o melayu tu sebab yang jalankan orang melayu kot. Orang yang selain melayu dah duduk senang dekat atas-atas. member yang duk main hai o tu dah kaya ke belum?

      • surianiismail@ceritaku March 13, 2012 at 1:46 pm #

        salam..kekedang tu kiter tak boleh pandang direct yg org atas punya kedudukan kot mana sekali pun nak duk atas kena mula dari bawah..konsep kerja ikut hiraki bukan saja ada dalam hai-o tp kiter yg bekerja kerajaan sekalipun ader hiraki kan???itu pundapat saya la…mmg haio owner cina tp klu dah bg benefit pd kiter apa salahnnyer….tak salahkan?? klu mcm tu org kiter tak boleh bekerja dgn syarikat cina la kan???? aper sekali pun klu syarikat dah dapat sijil patuh syariah kiter tak perlu lah nak mempertikaikan asalkan baik untuk kita dan semua itu sudah memadai…so klu nak tau detail boleh email su

  2. ABDUL HALIM November 12, 2010 at 11:36 am #

    assalamualaikom wbt, saya berminat nak beli ubat lipas hai o yang terbaik di pasaran, sy pernah gunakannya dan pernah saya bawa ke indonesia, singapore, hongkong dan London.sangat berkesan dan tidak sama dengan mana2 produk yang ada di pasaran. mana2 agen bole hubungi saya 0136806886.terima kasih.

    • sabree November 12, 2010 at 4:43 pm #

      Oh ubat lipas? Berapa harga dia

Leave a Reply

CommentLuv Enabled