Ini adalah kisah benar.
Buku ajaib ini memang benar-benar wujud.
Ia wujud di era millenium ini. Kewujudan buku seperti ini tak pernah di kesan pada zaman purba. Sebab ia hanya wujud di era siber ini. Nanti korang akan tahu kenapa.
Ini bukan cerita rekaan, mahupun imaginasi penulis semata-mata.
Buku ini bukan untuk kanak-kanak, tetapi lebih kepada untuk golongan dewasa.
Maaf, buku ni tak sesuai untuk orang yang tak ada duit. Hanya orang yang ada duit sahaja yang dibenarkan untuk melihat dan membaca isi kandungan buku ni.
Buku ni memang sangat ajaib!
Keajaiban buku ini, sehingga boleh merubah nasib seseorang tu. Dari miskin, kepada kaya raya!
Betul.
Memang aku sebut KAYA! Buku ajaib ini mampu untuk menjadikan anda kaya dalam masa yang singkat.
Skeptikal? Takut susah? Mustahil?
Jangan risau.
Buku ajaib ini akan menunjukkan cara-caranya. Langkah demi langkah. Apa yang perlu korang lakukan, dan apa yang perlu korang buat hanya ikut sahaja apa yang terkandung dalam buku ajaib tu.
Tapi langkah pertama adalah yang paling penting yang korang perlu ikut.
Perlu ikut betul2 arahan yang mula-mula ni, sebab langkah ini adalah langkah yang paling penting. Kalau langkah ini lagi korang dah buat silap, maka buku ajaib ni pun tak akan memberi kesan pada diri korang.
Nak tau ape langkah pertama ni?
Ni dia…
Deposit kan wang sejumlah RMxx.xx kedalam akaun Maybank si polan dan nombor akauan beliau adalah xxxxxxxxxxxx
Lepas tu?
Link untuk muat turun buku ajaib tersebut akan dihantar ke alamat email korang.
Korang hanya perlu download buku ajaib tu, dan dalam buku ajaib itu, korang akan diberi langkah demi langkah untuk korang mulakan ekspedisi menjadi kaya. Satu pengembaraan yang baru.
Kenapa aku kata buku ni ajaib?
Simple je, sebab buku ni korang tak boleh nak sentuh.
Lagi?
Buku ni sangat la gempak, dan hanya boleh dilihat menggunakan perisian adobe reader, sebab ia dalam format .pdf
Selain daripada tu?
Buku ajaib ini sangat la lengkap, dan barang siapa yang mengikuti langkah demi langkah yang diberikan, tanpa ada tertinggal walau satu langkah sekalipun, maka pasti dia akan menjadi kaya!
Betul ke?
Buku ajaib ni boleh menukarkan diri korang menjadi seorang yang kaya?
Atau sebenarnye ia cuma menukarkan diri korang…
Dari seorang yang tak tau menipu, kepada seorang yang paling handal menipu, dan mampu berdiri sebaris dengan penipu-penipu handalan yang lain.
Macam mane?
Dengan mengajak korang masuk dalam sistem affiliate, lepas tu korang pun terjebak untuk jadi promoter buku ajaib ni. Walaupun korang ni sebenarnye bukannye tak tau..
Setakat mana keajaiban buku ajaib ni.
Inilah dia, serba sedikit…
Kisah berkenaan dengan buku ajaib.
Popularity: 1% [?]

ada x buku tuk hilangkan semua masalah dan datangkan kegembiraan? kalau ada saya pon nak beli
kalau buku yang boleh tambahkan masalah dan datangkan kesedihan ada la kot… nak dengan tak nak je nak beli