Salam sejahtera buat pembaca sekalian. Topik pada hari ni yang aku nak share adalah berkenaan dengan Butterfly Effect. Butterfly Effect ni kalau kita translate dalam bahasa melayu ia menjadi ‘Kesan rama-rama’.
Seorang tokoh bernama Edward Lorenz pernah berkata dalam ucapan beliau, seekor rama-rama memberi pengaruh kepada alam. Kibasan kepak yang kecil itu berupaya memberi kesan sama ada bakal menghasilkan tornado atau mungkin juga boleh mengelakkan berlakunya tornado disatu-satu kawasan. Gerakan-gerakan kepak yang dilakukan oleh rama-rama secara constant berupaya menghasilkan tenaga sedemikian rupa.
Benar ke? logik ke? Kita layan je la.. burung helang yang kibasan kepaknya berganda-ganda lagi kuat si Lorenz ni tak nak ambik kisah pulak, tapi rama-rama yang kecik pulak yang dia syok.
Teori ini sebenarnya menerangkan bahawa dalam satu sistem yang dinamik, sebarang perubahan yang berlaku pada kondisi awal pada sistem tersebut bakal mempengaruhi keputusan akhir atau end result yang bakal kita kecapi.
Satu contoh yang paling mudah adalah bayangkan diatas satu puncak bukit ada sebiji bola, dan bola tersebut kita biarkan ia bergolek menuruni bukit tersebut. Diakhirnya, bola tersebut pasti akan berhenti disatu lokasi X. Ini adalah situasi biasa.
Untuk menjelaskan butterfly effect ni, katalah kita ambik semula bola tadi dan kita cuba golekkan semula bola tersebut di bukit yang sama. Bezanya, pada bukit tersebut, kita tambahkan sedikit batu-batu kemudian baru kita golekkan bola tersebut.
Bola tu akan bergolek dan akan mengenai batu-batu tersebut, dan hasilnya, bola tersebut takkan berhenti di lokasi X seperti yang mula-mula tadi. Dia akan berhenti dilokasi yang sedikit berbeza.
Konsep butterfly effect ni akan jadi lebih dramatik bila kita kaitkan dengan teori pengembaraan masa. Seseorang yang mengembara merentasi masa, sekiranya dia telah mengubah satu perkara dimasa lalu akan menghasilkan kesan yang sangat besar pada waktu sekarang.
Sekiranya Jerome kembali ke masa silam diwaktu ayahnya bakal mengalami kematian akibat kemalangan jalan raya, dan dia berjaya menghalang perkara tesebut dari berlaku, bermakna bila dia kembali ke waktu semasa, ayahnya yang sepatutnya dulu dah mati akan masih hidup. Bermakna sejarah telah berubah.
Tetapi golongan yang cendekiawan memutuskan, bahawa kesan yang dibawa bukan setakat itu sahaja. Banyak lagi kesan, seperti mungkin ibunya pulak yang akan mati atau kesan lain. Bagi aku pulak, ia kontroversi la, sebab setakat ni masih belum lagi manusia boleh mengembara merentasi masa.
So macam-macam lah teori yang mat salleh ni akan keluarkan, yang dah tentunya entah betul entah tidak.
Dalam cerita Heroes pun ada jugak story pasal butterfly effects ni. Masa ni dia ada ceritakan macam mana Peter Petrelli yang kembali ke masa silam akan membuatkan masa depan mengalami nasib yang berbeza.
Apa pun, aku pelik.. kenapa nak ubah masa silam. Kenapa tak ubah masa depan? Bukan ke untuk ubah masa depan kita hanya perlu ubah masa sekarang. Jadi tak perlulah kita nak buang masa, buang tenaga, nak reka mesin yang pelik-pelik sehingga mencecah jutaan dollar semata-mata nak hasilkan satu time traveler machine.
Change the now, change the future. Learn from the past.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]


Biasalah mat salleh, dalam dunia ni dia aja yg pandai dan mahu control satu dunia dan paling pandai mereka-reka cerita
yang tak ada,diadakan.
Betul tu.. tapi dahsyatnye diorang ni, diorang mampu untuk buatkan satu-satu penipuan atau pembohongan seakan-akan nampak real.. bukan seorang dua yang terpengaruh
Pendapat seriwangi mat salleh memang panjang akal,paling suka mereka cerita, tapi yang hairannya orang kita suka tengok padahal kadang-kala langsung tak logik apa yang kita tengok. Nak salahkan siapa ye?
Alamak seriwangi, part nak salahkan siapa tu yang susah nak jawab tu. Sebab mat salleh ni pun bukan main-main bila buat filem. Dia dah ready dengan semua hadis-hadis dan dalil-dalil mereka untuk buatkan story diorang nampak betul. Kita yang menonton ni la yang jadi mangsa, kalau kuat kita punya pemikiran, tak adalah terpengaruh.. kalau lemah.. hanyut.. sambil menyanyi lagu Faizal Tahir berjudul hanyut