Dari Sekeping Kertas Yang Tak Bernilai…Terciptalah..




Dari sekeping kertas yang tak bernilai..

Terciptalah satu karya agung yang menjadi lambang kemegahan dan kemahsyuran.

Gempak kan? Aku pasti kamu semua biasa sangat dengar nama Monalisa.

monalisa

Sape tak kenal dengan Monalisa? Ia merupakan satu karya seni ciptaan Leonardo Da Vinnci.

Kalau dekat Italy, Monalisa ini dikenali sebagai La Gioconda, manakala di France ia dikenali sebagai La Joconde. Tapi secara umumnya, kalau di Malaysia kita lebih mengenali ia sebagai Monalisa.

Mengikut fakta, Monalisa dilukis oleh Leonardo da vincci pada abad ke 16 menggunakan cat minyak di atas kertas yang dinamakan sebagai poplar panel di Florence, Italy semasa zaman kebangkitan di Italy (Italian Renaissance).

Leonardo mengambil masa selama 4 tahun untuk menyiapkan lukisan Monalisa ni, sebab tu jugak lah ada yang mengatakan lukisan Monalisa ini seperti ada kecacatan kerana ia tidak mempunyai kening dan latar belakang lukisan ini agak pudar.

Monalisa dikatakan mula dilukis pada tahun 1503 dan ia hanya siap pada tahun 1506. Ramai jugak orang yang tertanya-tanya kenapa ia dilukis tanpa kening. Bagi aku mungkin lukisan ini sebenarnya ada kening, tapi disebabkan oleh sesuatu keadaan gambar kening telah pudar, ataupun mungkin juga ia merupakan satu trend semasa pada waktu itu.

Well, nobody knows. Mungkin trend mencukur kening dah memang wujud pada waktu Leonardo da vinnci lagi.

Sebelum ni aku ada jugak terbaca pendapat yang mengatakan sebenarnya Monalisa adalah Leonardo da vinnci sendiri. Leo melukis gambarnya sendiri dalam bentuk perempuan. Bagaimanapun ia hanyalah teori semata-mata. Rata-rata masyarakat lebih cenderung untuk menerima teori bahawa Monalisa merupakan seorang wanita bernama Lisa Gherardini.

Monalisa umpama selebriti. Kalau kamu semua rajin menonton filem boleh kata ada banyak filem yang menayangkan potret Monalisa. Dari filem The Da Vincci Code sampailah ke filem Mr Bean. Monalisa sememangnya sangat popular.

Tapi jangan lupa, asalnya Monalisa hanyalah berasal dari sekeping kertas yang tak bernilai.

Sekiranya Leonardo tak menyiapkan lukisan Monalisa ini, ataupun langsung tak mula melukis Monalisa ini pasti ia takkan jadi begitu terkenal sehingga ke hari ni.

Leonardo adalah manusia biasa, cumalah seorang manusia yang diberikan kelebihan dari segi bakat, dan dia menggunakan bakatnya dengan cara yang betul.

Jadi, kamu semua bagaimana? Tak perlulah kamu pun mula untuk melukis Monalisa seperti Leonardo, tapi ciptalah Monalisa versi kamu sendiri.

Mungkin dalam bentuk penulisan, ciptaan mahupun apa sahaja.






Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled