Do You Speak English?

Bahasa Inggeris walaupun bukanlah merupakan bahasa utama dalam negara kita ni, tapi tak dinafikan ia merupakan satu bahasa yang penting.

Penggunaan bahasa inggeris bukan sahaja terhad dalam bidang akademik, malah dalam alam pekerjaan sekalipun. Mungkin sebab tu jugaklah satu masa dulu kerajaan memperkenalkan dasar PPSMI atau merupakan singkatan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Sayang sekali sebab pada Julai 2009 yang lepas, Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

bahasainggeris

Apa! 2012?!

Bukan ke 2012 tu tahun Bumi ni kiamat. Ho ho jangan percaya itu semua. Ini cuma dakyah filem 2012, itu sahaja.

PPSMI, sejak ia diperkenalkan pada Januari 2003 sampailah sekarang, sememangnya banyak sangat kontroversi. Asyik ada je pihak yang kurang berpuas hati. Sampai pada satu tahap, isu ini turut dijadikan salah satu isu politik.

Apa yang aku boleh katakan, rata-rata rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar, PPSMI hanya mampu meningkatkan 4% pengusaaan Bahasa Inggeris, sebaliknya menurunkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik!

Kajian lain yang dijalankan oleh pakar bahasa turut berjaya membuktikan bahawa PPSMI ini turut menimbulkan kesan kerugian berganda kepada murid, terutama kepada 75% murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Bermakna, sekiranya murid tersebut lemah bahasa inggeris, secara automatik murid tersebut akan lemah dalam matapelajaran Sains dan Matematik juga. Dalam bahasa kasarnya, kalau murid tersebut biasa gagal dalam bahasa Inggeris, jadi tak mustahil untuk kita lihat murid tersebut akan gagal matapelajaran Sains dan Matematik juga.

Berbeza dengan sebelum PPSMI diperkenalkan, walaupun murid tersebut lemah bahasa Inggeris, namun dia masih berpotensi untuk score A dalam Sains dan Matematik.

Walau macam manapun, data mungkin tidak tepat, namun ia tak menipu. Yang menipu hanyalah manusia. Kalau merujuk semula data-data hasil kajian pakar, PPSMI lebih banyak mendatangkan keburukkan daripada kebaikkan. Jadi tak hairanlah sekiranya kerajaan harus bertindak untuk memansuhkan sistem ini sepenuhnya bermula 2012.

Dengan ketiadaan skim ini, aku hanya ingin pertikaikan sama ada skim gantian kepada PPSMI ini akan mampu melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai bahasa Inggeris sama ada dalam percakapan mahupun penulisan.

Aku bukan lah produk PPSMI, jadi aku dengan rela dan senang hati mengakui yang aku mempunyai kesukaran untuk mengusai bahasa Inggeris. Namun ini tak bermakna aku tak boleh berbahasa Inggeris.

So, when people ask me, do you speak english?

I would definitely say, Yes I do.

But.. What about You?


Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

, ,

2 Responses to Do You Speak English?

  1. kenwooi March 24, 2010 at 11:41 pm #

    yes me too.. i think english is important in every sectors these days =)

    • sabree March 26, 2010 at 2:57 am #

      anywhere i go for an interview, none of the interviewer speak malay huhu..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled