Entri Ramadhan

Salam ramadhan buat pembaca yang singgah ke blog Mohdsabree dot com ini.

Dalam sedar tak sedar, sudah 17 hari kita berpuasa dibulan ramadhan ini. Jadi eloklah rasanya sekiranya aku tulis entry berkaitan dengan Ramadhan.

Kebetulan jugak hari ni merupakan hari Nuzul Quran.

Baru-baru ni masa aku pergi bazaar Ramadhan, aku ada dapat satu flyers yang bagi aku nampak menarik isi kandungannya. Jadi, sebelum aku hilangkan flyers tu dan mungkin jugak terbuang satu masa nanti, aku rasa baik aku tulis dulu dekat blog ni.

At least, satu masa nanti ada jugak orang yang boleh dapat manfaat darinya.

Entri dibawah ini adalah aku cedok bulat-bulat dari flyers tu. Semoga orang yang menulis dalam flyers tu mendapat keberkatan dan limpah rahmat dari Allah SWT.

dates1

Melambatkan Makan Sahur

Dari Anas bin Malik RA, katanya : Rasulluah SAW bersabda” “Bersahurlah kamu, kerana makan sahur itu mengandungi berkat.” (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalimah “berkat” itu ertinya kebaikan yang banyak. Kerana orang yang mematuhi perintah ini akan beroleh banyak faedah daripadanya, sama ada ketika ia bangun makan sahur atau ketika ia berpuasa pada esok harinya.

Diantara faedahnya adalah, pertama, “Menjadikan orang itu mendapat peluang semasa bangun makan sahur pada waktu jauh malam untuk mengerjakan sesuatu amal ibadat dan berdoa, kerana saat itu sangat-sangat makbul doa padanya, lebih-lebih lagi kalau ia meneruskan ibadatnya hingga terbit fajar”.

Kedua, “Ia akan bangun pagi dalam keadaan segar dan bertenaga dalam menghadapi puasanya”.

Apa itu Iftar?

Iftar merupakan satu perkataan Arab yang membawa maksud berbuka puasa.

Menyegerakan Berbuka Puasa

Dari Sahal bin Sa’ad RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda : “Orang ramai masih berada dalam keadaan baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa (setelah masuk waktunya).” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya adalah digalakkan oleh Islam dan peraturan ini wajar dipatuhi supaya mendapat pahala yang dijanjikan.

Semoga segala amal ibadat kita di bulan ramadhan tahun ini diterima oleh Allah SWT.

Berbukalah dengan Kurma

Dari Salman bin ‘Amir Al-Dabiy RA, dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya : “Apabila seorang dari kamu berbuka puasa, hendaknya ia berbuka dengan buah kurma, kerana buah kurma itu ada berkatnya (banyak khasiatnya). Kalau orang itu tidak dapat buah kurma maka memadai juga dengan air sejuk, kerana air itu bersih lagi membersihkan”.

(Hadith Hasan Sahih – Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled