Ceritera Geli Girl Yang Belum Lagi Insaf

Ada satu isu yang buatkan perhatian dan pandangan aku tertancap pada muka depan akhbar Harian Metro 28 December 2011. Aku sempat tengok sekali imbas je, tu pun sebab kebetulan melintas depan orang jual newspaper.

Belum Insaf. Graduan tak serik terus jadi ‘Geli Girl’

Geli girl? Ape benda tu?

Kalau aku yang dah berumur 2o tahun keatas ni pun masih lagi tertanya apa itu ‘Geli Girl’.. agak-agak macam mana dengan budak-budak yang baru nak meningkat remaja? Ataupun mungkin mereka lagi advance dari aku.

Memandangkan aku ni bukanlah jenis orang yang akan bazirkan duit untuk beli suratkhabar, so aku browse through je dekat laman web Hmetro.

As usual, mesti akan ada tulis punya.. dan artikel tersebut disiarkan dibawah tajuk ‘Geli Girl’ dah tak kisah.


So basically, story dalam artikel ini cover tentang jalan hidup gadis-gadis yang tersesat dari jalan yang lurus, yang memilih untuk buat kerja kotor semata-mata untuk dapatkan duit yang banyak. Kerja kotor yang macam mana? Terpulang kepada pelanggan yang geli girl tersebut terima dan rata-ratanya adalah seorang lelaki. You got what you pay for.. sehinggakan untuk nak dapatkan layanan bagai seorang isteri kepada suaminya pun boleh. Not an issue. Mungkin memang itulah dia skop kerja bagi call girl @ escort girl, nama lain bagi geli girl.

Macam-macam kan..

Orang sanggup buat apa pun semata-mata untuk hidup senang. Inilah jadinya bila duit itu dijadikan sebagai matlamat dan bukannya alat. Sepatutnya kita perhambakan duit, tapi sebaliknya ada yang sanggup jadi hamba kepada duit.

Mujurlah.. Allah ada. Hari pembalasan, syurga, neraka dan mahkamahNya adalah benar sebenarbenarnya.

Nantikan sahaja.

p/s : Graduan? Mungkin dia bijak dalam hal ehwal akademik.. tapi belum tentu dia bijak hal ehwal kehidupan dunia dan akhirat. Kalau dia bukan Islam.. itu lain cerita. Kalau dia Islam, kita doakan la agar dia insaf dan kembali ke jalan yang benar. Amin.

 
********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled