Hadiah Yang Mungkin Sesuai Untuk Lelaki

Aku selalu jugak dapat soalan yang macam ni dari orang perempuan,

Weyh, bf aku punye birthday next week la, nak bagi hape ha? Haku dah bingung nih, tolong ar aku weyh

present

Ha, macam mane tu? Susah sangat ke nak pilih hadiah untuk orang laki ni? Kan berlambak barang jual dekat kedai cenderamata tu, takkan satu pun tak ada yang sesuai untuk bagi dekat lelaki.

Sebelum ni aku ingatkan nak bagi hadiah dekat orang perempuan je yang susah, rupanya orang perempuan pun ada masalah jugak untuk bagi hadiah dekat orang laki ye. Ish2 lebih kurang je la kite ye.

So untuk membantu sikit sebanyak permasalahan korang ni, biarlah aku bagi sikit idea tentang ape hadiah yang mungkin sesuai untuk dihadiahkan kepada kaum lelaki ni. Ok, entry ni aku janji akan update dari masa ke semasa. So, kalau sekarang ni bila korang drop by nampak macam sikit je listnye, most probably sebab aku belum update sepenuhnye lagi.

Ok la, jom kite tengok-tengok ape yang ada dekat gift shop yang mungkin sesuai untuk orang lelaki ni.

big-alarm-clock1

Pertama, Alarm Clock. Ha try la bagi Alarm Clock. Kalau boleh dapatkan jenis yang boleh record suare korang sebagai alarm. So setiap kali dia kunci jam, dia akan terbangun bila dengar suare korang.

Eh ada ke jual produk macam ni dekat Malaysia? Tak pernah jumpe lagi pulak ho ho. Alah tak kisah la, janji alarm clock. Apa-apa pengubahsuaian korang boleh settlekan kemudian. Ow mesti die akan berterima kasih sebab korang hadiahkan sesuatu yang berguna.

casio_oceanus-watch

Kedua. Jam tangan. Kalau nak bagi jam tangan ni pulak kena la tengok jugak karekteristik orang yang korang nak hadiahkan tu. Adekah die seorang yang sporty, or jenis yang suka nampak profesional. Mana-mana la, yang penting dia pasti akan pakai jam yang korang hadiahkan tu.

mu-away-soccer-jersey

Ketiga. Pakaian. Tak perlu lah nak hadiahkan satu set pakaian. Cukup bagi sehelai t-shirt. Mungkin juga dalam bentuk jersi. Tapi kalau nak bagi sedikit sentuhan dalam hadiah yang korang nak bagi tu, apa kata kalau korang tempah t-shirt tu. Dengan t-shirt tempahan ni korang boleh tambah ayat-ayat yang bersesuaian.

perfume-polo

Keempat. Perfume. Orang laki ni ade setengahnye memang tak suka, dan tak beli pun perfume. Tak sedar diri badan bau macam semut dah mati sebulan. Orang kata kalau bagi perfume ni sama la macam yang korang nak bagitau yang laki tu busuk. Is it?

Eh tak la. Kalau laki tu memang ada ciri-ciri laki busuk pun apa salahnye. Korang bagi die perfume, die pakai, lepas tu die dah jadi tak busuk lagi dah. Kan bagus tu. Korang gembira, dan orang disekeliling die pun kurang terseksa.

tie

Kelima. Bagi tali leher yang comel. Boleh jugakk dia pakai time pergi keje. Kalau tak pun, boleh jugak dia pakai time saje-saje kuar jalan-jalan dengan korang.

academic

Keenam. Bagi buku. Ni hadiah yang paling aku suka. Aku memang sayang habis lah dekat orang yang bagi aku buku. Bagi buku yang bermakna. Ow kalau korang ada rasa cinta dengan lelaki tersebut, tapi korang malu-malu  tapi mahukan dia, bagi la buku yang memiliki tajuk yang berunsurkan cinta-cinta ni.

al-quran

Ketujuh. Bagi buku, tapi kali ni bagi Al-quran. Kalau boleh carik yang siap ada terjemahan. Mudah-mudahan dia baca, dan korang pun akan dapat share pahala dari bacaannye tu.

Kelapan. Kalau dah tak tau sangat nak bagi hadiah ape, senang cerita korang belanje je dia makan. Orang laki ni jarang tolak kalau ada orang nak belanja makan ni. Gerenti dia suka.

So macam mana? Korang rasa idea-idea ni membantu? Kalau membantu, jangan segan-segan untuk amalkan. Dan kalau korang rasa macam ada idea lain, jangan lupe untuk kongsikan dalam ruangan komen ni ye.

Selamat mencuba ye.




Popularity: 49% [?]

Share/Save/Bookmark

,

20 Responses to Hadiah Yang Mungkin Sesuai Untuk Lelaki

  1. eyes143 May 22, 2010 at 7:23 pm #

    waahh.. thx 4 sharing..
    ekceli anin pn mengong2 gk nk kasi adiah ap kt laki..
    coz anin lg ska bg sumtink dr blanja mkn..
    lau blanja mkn, t cri toilet lak..
    lau kasi sumtink, lh jgk dia simpan.. =]

    pffttt.. thx also coz dropping at my blog..

    • sabree May 23, 2010 at 9:28 pm #

      biasanya laki tak kisah pun dapat hadiah ape ho ho

      • puanbee October 12, 2011 at 11:22 am #

        maaf menyampun , lelaki memang tk kisah dpt hadiah apa pun muka sama je heheh kecuali dpt anak hohoho
        puanbee baru-baru ni tulis pasal..Lampin jejas alat kelaminMy ComLuv Profile

  2. MyREVENGE September 29, 2010 at 4:52 pm #

    hihihih…ader gak yg nk berkongsi pendapat hal ni..btol2..kdg2 nk bg adiah kt org lelaki pon trouble..thax 4 sharing..hihihi
    MyREVENGE baru-baru ni tulis pasal..kemaruk nk makan kekMy ComLuv Profile

    • sabree September 29, 2010 at 4:57 pm #

      Rasenya nak bagi present dekat girls yang pening pale.. tak tau nak bagi ape

      • nieni July 9, 2011 at 9:09 am #

        merepek la bg hadiah kat ppuan senang pe..ppuan nie suke benda yg comey2 gitu..

        • sabree hussin July 13, 2011 at 2:52 pm #

          aku pulak rasa nak bagi hadiah kat perempuan ni yang payah.. takut si dia tak suka

  3. eyla March 18, 2011 at 1:24 am #

    wahh..thanx sharing..aw ! suda dapat pilihan nak bagi ape . hehe , :)

  4. missmizu March 30, 2011 at 10:21 am #

    alaaa…sume dah pnh bg…huhu

  5. nieni July 9, 2011 at 9:05 am #

    oo 2 ke hadiah yg ssuai untk laki.aku penah bgi perfume yg len 2 blum try g..rase2nye buku cam tak ssuai je untk laki depe nk bace ke?

    • sabree hussin July 13, 2011 at 2:51 pm #

      kalau bagi kat aku gerenti aku baca..

  6. putribonda October 11, 2011 at 4:44 pm #

    tq coz sudi share info nih.. saya tengah pening nk beli hadiah utk ex-bf saya yg akan migrate ke Saudi lagi 2 minggu. :)
    pernah terfikir nak beli neck-tie cam susah nk cari yg bukan sutera tp still ada brand.

    saya suka tafsir al-quran & buku…

  7. Mai October 27, 2011 at 12:34 am #

    Hai, nk tny..ape hadiah sesuai untuk lelaki yang dah kenal selama 6 tahun ye?bingung la..hehe.tq

    • sabree hussin October 27, 2011 at 12:46 am #

      kalau dah kenal 6 tahun mesti dah tau apa yang dia suka.. so i suggest mai bagi la apa yang dia suka

      • Mai October 27, 2011 at 1:49 am #

        i mean..lain dari lain.like something cute in 6 quantity..hehe

  8. risikresepi October 27, 2011 at 5:59 pm #

    time kasih atas ideanya..kompom kite pilih perfume tuk hadiahnya..penat duk fikir..terjah blog nie terus dapat idea..tq so much..:).. have a nice days!

    • sabree hussin October 27, 2011 at 11:26 pm #

      u r welcome.. perfume eh

  9. wana October 28, 2011 at 2:34 am #

    wow..nice info :) thnx for sharing ^^
    akhirnya jumpa jgk.
    lps ni dh tak pening nk cari hadiah apew utk die hehe :P
    wana baru-baru ni tulis pasal..Tips & Trick | Cara Nak HIDE Folder Di dalam LaptopMy ComLuv Profile

  10. sue November 24, 2011 at 3:27 pm #

    wah saya suke..tgh plan nk bg ape kt hubby utk birthday dia akn dtg nie..pening pening..hadiah yg di suggest nie sume dh pnh bg,dh x tau nk bg pe lg ermmmm:

    • sabree hussin November 24, 2011 at 3:33 pm #

      beli tiket kapal terbang la.. untuk 2 orang.. sue dengan hubby sue

Leave a Reply

CommentLuv Enabled