Hari Raya Tak Semestinya Semua Orang Gembira…

Tibanya syawal menandakan kemenangan bagi umat islam dalam perjuangan selama sebulan di Bulan Ramadhan. Satu perjuangan menepis dugaan dan melawan hawa nafsu. Justeru, semua umat islam haruslah bergembira dalam meraikan kemenangan ini.

Dikesempatan ini jugak aku nak ambik kesempatan ini untuk ucapkan salam aidilfitri pada pembaca yang datang bertandang ke blog ini.

salam-aidilfitri

Namun, dalam sambutan yang penuh dengan kegembiraan ini, tetap ada yang sambut dengan air mata. Well, hari raya tak semestiya semua orang gembira. Betul tak? Tak pasti ke? Ada je yang tak gembira, macam…

1. Orang yang tak dapat cuti – Berapa ramai yang tak dapat cuti time raya-raya macam ni. Korang tau tak? Yang pasti, waktu raya-raya macam ni orang-orang macam polis, doktor, nurse, warga kerja stesen tv dan ramai lagi kakitangan syarikat yang tak dapat cuti sebab terpaksa bergilir dengan staff lain.

2. Orang yang kurang berduit – Hari raya sape kata tak keluar banyak duit? Nak kena sediakan macam-macam juadah untuk tetamu, hias rumah, duit raya, pasang lampu pelita, pasang lampu kelip-kelip, nak balik kampung.. ai.. list ni tak akan habis.. Kalau tak dapat nak sediakan tu semua, sedikit sebanyak bakal mengganggu keseronokkan berhari raya.

3. Orang yang miskin – Orang yang macam ni lagi kurang bernasib baik berbanding dengan orang yang kurang berduit. Nak seronok apenye kalau langsung tak berkemampuan. Sebab tu kita diwajibkan untuk bayar zakat fitrah, supaya orang-orang yang miskin turut sama-sama dapat merasai kegembiraan berhari raya. Bukan mahal pun, setakat RM7 je seorang.

4. Orang yang ada masalah keluarga- Hari raya memang kebiasaannya semua akan berkumpul dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Bukan susah nak buat, tapi lain cerita kalau kita pernah ada salah faham yang besar dengan ahli keluarga. Nak tengok muka pun tak suka. Bila raya… Ni la saat paling azab, terpaksa tengok muka dan nak mintak maaf. Aku sure ramai yang fail nak mintak maaf dan sekaligus menyambung semula silaturrahim. Ish2 tak baik macam ni.

5. Orang-orang yang ditindas – Ada ke orang yang ditindas? Dekat Malaysia mungkin boleh dikata tak ada, tapi tidak diluar negara. Terutamanya saudara-saudara islam kita yang berada di Palestin, Iraq, Afghanistan, Lubnan dan lain-lain lagi. Raya tak akan segembira mana kalau tempat sendiri berada dalam cengkaman orang lain.

Sebenarnya ada banyak lagi golongan-golongan manusia yang tak gembira dihari raya ni. Mana mungkin semua orang akan bergembira pada hari Raya..





Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

2 Responses to Hari Raya Tak Semestinya Semua Orang Gembira…

  1. paan September 12, 2010 at 4:32 am #

    bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk beraya dengan sempurna…amin..

    selamat hari raya bro.

    • sabree September 12, 2010 at 4:42 am #

      selamat hari raya jugak :-)

Leave a Reply

CommentLuv Enabled