Salam sejahtera dan selamat malam semua. Ini merupakan percubaan kali kedua aku untuk tulis satu entry dalam blog aku ni. Percubaan kali pertama aku beberapa jam sebelum ni tak berjaya, sebab internet connection dekat tempat aku ni sangat perlahan. Mungkin ade masalah dengan pihak penyedia servis. Entahlah…
Sepatutnye benda-benda macam ni kena la jage. Maksud aku dari segi mutu perkhidmatan. Ni tak. Dibiar je pelanggan-pelanggan dapat servis yang hampeh. Lepas tu berani pulak buat promotion yang bukan-bukan. Dapat moderm percuma la, dapat perkhidmatan percuma selama sebulan, dan dapat subscribe dengan harga yang rendah.
Hasilnye? Bagi pendapat aku yang tak seberapa ni, akan jadi makin ramai la orang yang akan rase tertipu dengan janji-janji syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar ni nanti. Sebelum beli kate internet laju la, speed up to 7.2 Mbps la, lepas beli… Haram. Kalau dah namenye jalur lebar, pulak tu yang jenis share ip address, bile dah satu-satu kawasan terlalu ramai orang yang gune benda yang sama, pasti ia tak akan perform jugak. Senang cerita akan slow jugak.
Kadang aku geram jugak dengan kerajaan ni. Kalau korang masih ingat lagi dalam budget 2010. Masa tu perdana menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak ada umumkan berkenaan pakej perkhidmatan jalur lebar serendah RM50 sebulan. Lepas tu pulak, sesiapa yang melanggan perkhidmatan jalur lebar ni akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM500 setahun.
Lepas dari pengumuman tu, Celcom perkenalkan pulak plan jalur lebar basic youth plan. Plan ni mempunyai ciri yang same je dengan basic plan.
Mase tu aku ingat lagi, aku masih lagi melanggan basic plan dari celcom dengan bayaran RM68 sebulan untuk kelajuan internet 384Kbps. Tak sampai sebulan pengumuman untuk budget 2010 tu dibuat, internet dekat tempat aku jadi slow ya amat!
Aku ingat moderm aku yang ada problem. Merata aku cari punce dan sebab die kenapa internet aku jadi sangat slow. Kadang-kadang langsung tak boleh nak akses internet. Tanye dekat celcom booth, masing-masing kate mungkin moderm aku yang ade masalah. Aku pun mule la nak terpengaruh.
Tapi bile dah mula semua orang yang pakai celcom tak boleh nak akses internet dekat seksyen 2 Shah Alam ni, ape maknenye? Takkan semua orang pun ade problem dengan moderm masing-masing? Bile aku balik kampung dekat Meru, Ok je.. Tak ada pun masalah tak boleh nak connect internet. Laju lagi tu.
So, ape yang berlaku sebenarnye ialah lepas je pengumuman budget 2010 tu tadi, rupenye berlaku aktiviti melanggan perkhidmatan jalur lebar secara besar-besaran oleh golongan-golongan student ni. RM50 je sebulan, bagi aku ia memang affordable lebih-lebih lagi untuk mereka-mereka yang ada PTPTN.
Aku pulak masih lagi guna plan basic dengan bayaran RM68 sebulan. Tak berbaloi kan, padahal aku boleh je dapatkan perkhidmatan yang sama dengan harga RM50 jugak. Jadi, bagi yang masih belum tukar kepada basic youth plan, aku cadangkan korang segera la tukar kepada plan youth tu ye. Oh selagi umur korang masih lagi dibawah 26 tahun maka korang layak untuk memohon pelan basic youth plan ni.
Kalau umur korang dah lebih, ah pandai-pandai la gune name adik korang atau sape-sape je yang masih lagi tengah belajar. Be creative as much as possible.
Aku tukar plan RM68 kepada RM50 ni pun kejap je. Aku rase makin benci pun ade jugak dengan celcom ni. Langsung tak boleh dibuat kawan, asik nak carik gaduh je. Degil kemain. Nak suh masuk google mail pun melawan. Duk diam je, tak mau gerak. Bagi la sejam sekalipun, belum tentu lagi die akan gerak. Pemalas kan.
So macam mane pun, sekarang ni aku terpakse beralih ke digi. Pelan discover. Walaupun limit download hanya setakat 3 GB per month. So far masih ok lagi. At least digi ni masih lagi membantu untuk aku mendalami ilmu blogging ni.
Bayaran? Hmm Rm58 untuk upfront payment, dan monthly payment nanti cume RM48. Ni kate jurujual digi tu la. So far bill belum pernah sampai lagi. So, aku masih lagi belum boleh bagi kepastian yang mutlak.
Owh sebelum ni aku ade kate yang aku agak geram dengan kerajaan ni hhe. Actually aku bukan lah tak setuju seratus peratus untuk memberikan perkhidmatan jalur lebar kategori mampu milik ni. Bagi aku ia memang bagus untuk semua. Dengan hanya RM50 pastinya orang-orang yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan bakal menikmati kemudahan jalur lebar.
Barulah mereka ni tak ketinggalan daripada mengikuti arus perdana. Boleh jadikan mereka ni celik IT, dan paling tidak pun akan membantu meluaskan lagi pengetahuan mereka ni. Macam tu la lebih kurangnye.
Tapi bile aku tengok kawan-kawan aku yang gunekan internet untuk tujuan-tujuan yang tak berfaedah ni, buat aku rasa yang kerajaan tak sepatutnya umumkan budget yang macam tu. Biarlah diorang ni semua tak mampu nak melanggan perkhidmatan internet, lagi bagus.
Aku tengok sekarang ni orang lagi galak Facebook, YM, Facebook, Facebook dan Facebook lagi. Itu je la 24 jam, 7 hari seminggu. Part manenye gune internet untuk tambah pengetahuan pun aku tak nampak.Kalau 5 jam duduk depan laptop tu, 4 jam tu dah tentu hanya untuk facebook, yang lebihnye baru la buat benda-benda lain. Apa la..
Memang la aku ni orang luar. Tak faham ape yang sebenarnye berlaku dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, dan apa dasar-dasar kerajaan yang bersangkutan dengan syarikat telekomunikasi ni. Tapi bagi aku, kalau betul lah nak wujudkan masyarakat yang berilmu melalui medium perantara internet, perbaiki dan naikkan dulu taraf internet connection dekat Malaysia ni.
Lepas tu nak bagi free sorang satu moderm pun tak ada masalah. Ni sampai pengguna lama pun turut terjejas, sape tak geram. Kalau korang tak kan korang pun tak geram.
Popularity: 1% [?]



discover digi (rm68 sebln) ada limit ka? mn la tau klu trlebih limit digi cas lbh plak
Limit yang ada pun dari segi speed je la, kalau dah exceed download quota nanti akan kena cap la speed tu. Jadik slow