Salam hormat dan selamat datang buat pengunjung blog Mohdsabree dot com. Sekiranya ini adalah kali pertama korang menjejakkan cursor mouse korang di blog ini.. Selamat datang diucapkan sekali lagi. Semoga korang tak akan rasa macam masa korang terbuang sepanjang korang berlegar-legar di blog ini.
Dunia ni didiami oleh berbagai-bagai jenis manusia. Ada yang baik, jahat, humble, sweet talker, stalker, menjengkelkan, menghiburkan, tak ada perasaan.. ah pendek kata macam-macam jenis manusia wujud lah dalam dunia ni. Manusia itu dijadikan berpuak-puak adalah supaya kita saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
Berjalan dan bermusafirlah atas muka bumi ini bagi melihat kebesaran dan keagungan tuhan yang maha esa yang menciptakan segala isi alam. Semoga dengan demikian akan bertambah keimanan kita dan berganda amalan baik kita.
Adakalanya kita akan berpeluang untuk berjumpa atau terjumpa dengan seseorang yang karekternya memang suka carik pasal. Ada je benda yang orang macam ni akan rasa tak puas hati. Itu tak kena, ini tak kena. Semua silap, semua salah. Dia je yang perfect. (Yuck!)
Andaikata korang adalah seorang blogger, dan tiba-tiba ada seorang mangkuk ni duk carik pasal dengan korang. Tak kisah la apa pun yang dibuat, tapi apa yang mangkuk ni buat boleh dikategorikan sebagai cubaan mencarik pasal. Apa yang korang akan buat? Balas balik? Buat tak tau? Maafkan?
Well.. mungkin jugak korang akan memilih untuk maafkan je.. nak panjang-panjangkan story pun untuk apa kan.. Tapi.. perkara yang sebaliknya yang biasa aku nampak. Setahun aku bersama Nuffnang, tengok-tengok entry blog yang ada dekat innit.. paling tidak setiap minggu mesti akan ada satu atau dua entry yang menyuarakan rasa tak puas hati dengan seseorang.
Apa maksud dia?

Maksudnya.. orang yang ada blog ni ada kecenderungan untuk menulis berkenaan mana-mana individu, kumpulan, entiti mahupun syarikat yang membuatkan seseorang blogger ini rasa tak puas hati. Dengan kata lain, sesiapa yang menyingung perasaan blogger ini, natijahnya ialah akan menjadi bahan penulisan dalam blog peribadinya.
Contohnya, satu hari korang pergi ke seven eleven. Tujuan korang datang situ adalah untuk membeli deodorant spray jenama Brut. Korang pun cariklah kesana-kesini, tapi tak jugak jumpa. Selepas 10 minit, korang pun mula nak give up mencarik dan korang pun tanya dekat staff yang ada dekat premis seven eleven tersebut.
“Kak, deodorant jenama Brut ada tak?”
Tiba-tiba korang dapat jawapan.. “Kalau dah tak jumpa tu maknanya tak ada lah.. tak paham-paham lagi ke?”
Ha.. amacam, panas tak kalau korang dapat jawapan yang macam ni.. rata-rata orang yang ada blog bila sampai je dekat rumah kemudiannya, pasti akan story benda ni dekat blog masing-masing.
Salah ke?
This is very subjective question. Aku sendiri tak mampu nak kata sama ada tindakan korang ni di kategorikan sebagai salah atau betul. Lagipun, korang hanya menyuarakan pandangan dan rasa tak puas hati atas layanan yang korang terima, itu je kan niat korang. Korang tak ada niat pun nak malukan atau nak menjatuhkan bisnes orang lain, betul?
Apa yang aku nak kongsikan dalam entry ini ialah, semoga korang sentiasa bertanggungjawab atas setiap entry yang korang buat. Tak kisah la entry tersebut berniat baik mahupun buruk.
Andai katalah, entiti atau syarikat yang korang tulis tu adalah satu syarikat besar, dan mereka bertekad untuk menyaman korang atas sebab penulisan korang yang menjatuhkan maruah mereka, mampukah korang untuk mengemukan bukti-bukti yang konkrit bahawa korang menulis berdasarkan fakta yang tepat.
Sebagai contoh, dalam contoh kes yang aku bagi, sekurang-kurangnya korang mampu kemukakan bukti yang korang betul-betul berada di premis perniagaan tersebut. Mungkin korang boleh tunjukkan resit sebagai bukti korang berada dekat sana. Korang berjaya dapatkan nama akak yang buat korang rasa tersinggung tu untuk membuktikan yang korang bukan buat tuduhan melulu. Masa kejadian tersebut berlaku, supaya nanti boleh rujuk balik melalui kamera cctv bahawa kejadian yang korang claim telah berlaku pada korang bukanlah hanya sekadar rekaan semata-mata.
Bayangkan, selepas korang tulis macam-macam yang buruk pasal sesuatu syarikat, kemudian syarikat tersebut berniat untuk saman korang.. tiba-tiba korang tak dapat nak tunjukkan bukti-bukti yang korang betul-betul berada di premis perniagaan tersebut dan kejadiaan yang korang tulis dalam blog korang tu benar-benar berlaku. Apa korang akan buat?
Fikir-fikirkan lah ye… Mungkinkah korang sebahagian daripada blogger yang bakal naik court?
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]

Biasanya kalau nak tulis pasal entri kena fikir masak2 pasal contentnya sebab nanti entri jadi permanent. Nama pun permanent link, bukannya macam chatting kat facebook, kalau tersilap pun sempat minta maaf.
Kalau blogger buat entri gaduh2, kalau kes selesai pun, orang yang akan datang baca entri lama pasal gaduh pun mungkin ingat blogger tu masih bergaduh padahal sudah berdamai.
Ha’a, saya pun ingat dulu blogger ni asik gaduh je kerjanya.. rupenya sekali entry lama pulak dah.. tersalah faham rupanya
bersangka baik ja selalu
terbaeekkk!!!!
singgah dari mknace unlimited
mknace baru-baru ni tulis pasal..Jom Ronda-Ronda – Gerai Mee Udang Tiram Duku
yeah
hurm betoi tu kena bersedia untuk bertanggungjawab dengan entri yang dipublish.
kekadang ada yang buat entri tajuk-tajuk serious tapi tak buat research dulu
nisa fadzil baru-baru ni tulis pasal..MACAM MANA NAK HASILKAN BLOG YANG MENARIK HUH
Lepas ni kita sama-sama buat research dulu ye sebelum nak tulis benda-benda yang serius eh
Maaf saudara saya ingin tegur sedikit. Moto website saudara tu sebaiknya di tukarkan.. “mentafsir dunia dengan cara aku sendiri…” dengarnya seperti Saudara lebih kepada sifat takabur..
bukankah lebih baik mentafsir dunia dengan panduan Allah dan Rasulnya….
Terima kasih atas cadangan & teguran saudara tu ya… saya tak sangka pulak ada yang merasakan saya ni takbur disebabkan tak highlight Allah dan Rasul.
Apa pun terima kasih atas teguran, akan saya perbaiki diri ni