Kadang-kadangkan manusia ni senang sangat nak menyalahkan jodoh, terutama sekali apabila rumahtangga yang dibina, yang dijaga tak berkesudahan seperti yang diharap dan dirancangkan. Bukan semua bahtera perkahwinan berakhir sampai ke tua, dan hingga ke akhir hayat.
Ada jugak yang terputus di tengah jalan. Berakhir dengan perceraian dan singgah di Kamar Mahkamah Syariah.
Akhbar utusan online hari ni ada melaporkan bahawa Perkahwinan Kian Rapuh!
Institusi kekeluargaan yang dibina oleh pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak dari tahun 2005 lagi, banyak yang telah berkesudahan dengan perceraian. Macam mana ni? Kahwin semata-mata nak cerai ke? Tak sayang ke dengan pasangan masing-masing?

Jom tengok laporan yang disiarkan
Laporan Khas
Statistik menunjukkan 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai.
Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.
Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta ‘kekasih gelap’, ekonomi dan tabiat atau watak kritikal pasangan.
Perceraian dalam kalangan pasangan muda semakin meningkat saban tahun!
Antara sebab yang di highlight adalah
1. Gagal Menjalankan Tanggungjawab
Tanggungjawab yang macam mana tu? Yang ni buat orang gagal mengekalkan perkahwinan ni. Nak jadi suami kepada seorang isteri, bapa kepada anak-anaknya, dan ketua bagi keluarga bukan perkara yang mudah. Memang besar tanggungjawabnya.
Malahan kena ada ilmu yang mantap. Kahwin bukan sekadar nak menyalurkan hawa nafsu dan syahwat ke arah yang halal semata-mata. Ada banyak tanggungjawab yang perlu digalas sebagai pakej perkahwinan.
Kena pastikan bekalan zahir dan batin mencukupi. Tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan.. ala.. pendek kata serba-serbi kena disediakan. Kalau cuma fikir nak enjoy and make love je, memang tak kemana.
2. Campur Tangan Pihak Ketiga
Pihak ketiga yang dimaksudkan dekat sini adalah keluarga, sama ada belah isteri atau suami. Tak kurang jugak campur tangan kekasih gelap. Hmm..
Pasal campur tangan keluarga tu, kita faham sebahagian pasangan yang baru bernikah ni belum ada kemampuan untuk beli rumah atau sewa rumah lain. Ada yang tumpang rumah mertua. So bila hidup menumpang ni memang banyaklah anasir-anasir negatif yang jadi tukang hasut untuk memecah belahkan keharmonian rumah tangga. Apa pun itu semua cuma ujian.
Pasal kekasih gelap tu pulak, ia selalu dikaitkan dengan peranan Facebook. Ye la.. dah kahwin tu buatlah cara dah kahwin. Tak perlulah nak terlalu bersosial dekat laman-laman sosial. Lagi-lagi sekarang ni facebook boleh diakses melalui mobile phone.
Alahai senangnya nak berlaku curang. Patutnya haramkan je gadjet-gadjet pemusnah rumah tangga ni daripada dimiliki oleh pasangan yang dah berkahwin. Lebih-lebih lagi bila ia lagi banyak mudarat daripada rahmat.
Tak setuju? Eh siapa yang paksa kalian untuk bersetuju dengan aku, ni cuma pendapat aku semata-mata.
3. Ekonomi
Kalau ekonomi tak kukuh, tak ada kerja yang tetap, tak ada pendapatan yang tetap dan kita hidup dalam era yang serba mencabar macam sekarang ni pulak tu.. berapa lama sangat kita boleh bertahan? Setahun? Dua tahun? Kalau hidup single itu lain cerita. Boleh ikat perut. But not when you are married. Isteri? Anak-anak? Nak biar diorang berlapar? Gila apa..
4. Tabiat
Bohonglah kalau kita tak tau yang pasangan kita ada tabiat tak elok dari sebelum berkahwin lagi.
Sekarang ni dah jarang ada yang kahwin atas aturan dari orang tua. Sebenarnya kita dah boleh tahu pasangan kita macam mana. Hipokrit kah dia? Apa tabiat dia? Merokok ke dia.. semua-semua tu kita boleh kenal sebelum kahwin lagi.
Jadi kalau boleh kita pertimbangkanlah.. setiap keputusan yang kita buat, sebenarnya ada orang lain yang akan terkesan. Terutama sekali apabila kita dah mendirikan rumah tangga.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]

macam mana ..tuhan yang tntukan ..kiter rancang jer