Kanser merupakan penyakit yang mustahil untuk diubati. Rata-rata individu yang telah di diagnose menghidap kanser, biasanya memang tak mempunyai harapan untuk sembuh. Walaubagaimanapun, terdapat jugak sebilangan individu yang berjaya survive walaupun pernah mengidapi penyakit kanser.
Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk Kanser, telah menggariskan beberapa cara bagi mencegah penyakit kanser. Umum mengetahui bahawa kanser sukar untuk diubati, justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, seharusnya langkah-langkah pencegahan wajar diambil.

picture: floridachildinjurylawyer.com
Berikut merupakan garis panduan yang telah dihasilkan
Diet
Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses adalah digalakkan. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan diklasifikasikan sebagai diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini mencegah kegemukkan yang merupakan salah satu punca kanser.
Berat Badan
Dapatkan berat badan yang ideal dan elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh mengakibatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Disamping itu, elakkan juga kenaikkan berat badan yang secara mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.
Senaman
Pastikan sentiasa melakukan senaman walaupun hanya untuk satu jam dalam sehari. Sekiranya bekerja diruang yang memerlukan sentiasa duduk, pastikan ada membuat sedikit senaman ringan, seperti berjalan kaki. Aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktivit fizikal mampu mengawal berat badan dan secara tak langsung mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukkan.
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.
Makanan dan gula yang diproses
Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses secara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, pula dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam mencegah kanser.
Alkohol
Hentikan pengambilan alkohol kerana ia boleh meningkatkan risiko kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.
Daging Merah
Pengambilan daging merah harus dihadkan kepada tiga auns sehari. Pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (daging lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkat risiko kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak kanser lain.
Minyak
Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambahkan lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran.
Garam
Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Sebagai alternatif, bolehlah menggunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut.
Makanan Tercemar
Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati.
Makanan Salai
Kurangakan makanan yang disalai. Makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawet dengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan.
Rokok
Jelas sekali merokok boleh mengakibatkan kanser. Malah individu yang terdedah dengan asap rokok juga terdedah dengan risiko yang sama. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.
Sumber Rujukan : Harian Metro
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 6% [?]

gula yang diproses memang tak bagus.
aduh, sejak dua menjak dah kurang kerap makan sayur. kena makan juga ni.
Affan baru-baru ni tulis pasal..Akismet tak berfungsi dengan baik- apa alternatifnya…
kena makan la affan, banyakkan makan sayur.. nak buang air besaq pun jadik senang nanti
aku klo makan kat luaq ode ayaq kosong ja
Wan Perlis baru-baru ni tulis pasal..Tatasusila dalam Facebook
ayaq kosong pon sodap and jimat
lama dah aku tak makan sayur.
kena amal kan ni.
Ali ridha baru-baru ni tulis pasal..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors